Wednesday, February 23, 2011

REVOLUSI Pak-Pak Arab jadikan mereka umpama 'KERBAU' yang dicucuk HIDUNG oleh ZIONIS - Adakah Lebai PAS ialah 'KERBAU' yang berikutnya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ketika INI kita menyaksikan RUSUHAN dan keGANASan tercetus di negara-negara Arab/ISLAM dimulai dengan Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain, Jordan, Libya, Maghribi dan Iran.. Walaupun ada pihak cuba 'menJENAMAkan' RUSUHAN tersebut dengan nama REVOLUSI, setakat manakah REVOLUSI tersebut dapat membawa HASRAT rakyat yang sebenar atau tidak lebih sekadar meRUNTUHkan sesebuah negara umat ISLAM untuk diGANTIkan dengan REJIM baru yang 2X5 dengan rejim sedia ada? Konon-kononnya digembar-gemburkan bahawa REVOLUSI tersebut sebagai langkah menjadi negara DEMOKRASI.. Namun demikian, DEMOKRASI hanya wujud jika rakyat dapat memilih pemimpin dalam suasana AMAN tanpa sebarang GANGGUAN.. DEMOKRASI langsung tidak ada KAITAN dengan ELEMEN keGANASan seperti yang kita saksikan dalam RUSUHAN di sana?

INI sebenarnya adalah HASIL usaha pihak Zionis NEO-CON yang ingin memecah-belahkan umat ISLAM dan memperkotak-katikkan mereka khususnya di rantau Asia Barat dan Afrika Utara yang KAYA dengan sumber alam seperti MINYAK dan gas.. Di samping itu, mereka ingin mengekalkan HEGEMONI negara HARAM Israel yang sejak penubuhannya tidak henti-henti cuba mengHANCURkan umat ISLAM demi menjadi sebuah negara Israel-RAYA yang terbentang dari Sungai Nil ke Sungai Furat di Iraq.. Apabila RUSUHAN sedemikian dicetuskan untuk mengHANCURkan negara-negara ISLAM, ianya sekaligus mengHANCURkan EKONOMI umat ISLAM dan menggugat keAMANan.. Negara yang kucar-kacir mudah diTUNDUKkan dan rakyatnya akan mudah diJADIkan seperti 'KERBAU' yang dicucuk hidung -> Akan menuruti kehendak tuan yang menarik TALInya..

Dalam KONTEKS negara-negara yang diNYATAkan.. KeSILAPan pemimpin-pemimpin negara tersebut ialah tidak menyediakan GENERASI pelapis kepimpinan dan terlampau berGANTUNG kepada negara-negara pro Zionis NEO-CON untuk mengekalkan KUASA masing-masing.. PerGANTUNGan mereka terhadap negara-negara pro Zionis NEO-CON umpama orang yang berHUTANG dengan AH-LONG -> selagi HUTANG belum langsai, selagi itu mereka kena TURUT kehendak AH-LONG tersebut.. Contohnya terbaik adalah Hosni Mubarak yang sebenarnya seorang yang pernah berJUANG dalam perang Arab Israel sekitar tahun 50-an dan 60-an.. Namun, apabila dia diANGKAT menjadi pemimpin dan sudah MABUK dengan KUASA, maka dia terpaksa berGANTUNG kepada negara-negara pro Zionis NEO-CON seperti US untuk kekal berkuasa.. AKHIRnya, apabila negara-negara tersbeut sudah MUAK dan menganggap dirinya sebagai LIABILITI, maka mereka pun mengHASUT rakyat Mesir KONONnya atas nama DEMOKRASI menerusi laman SOSIAL Internet agar menJATUHkannya..

SENARIO yang sama jugaklah terjadi kepada pemimpin negara-negara tersebut.. Sedangkan pemimpin Libya, Muammar Ghadaffi yang TERKENAL dengan sikapnya yang meMUSUHi Israel dan disanjung oleh umat ISLAM serata dunia sebelum INI pun hari ini diCOP 2X5 dengan pemimpin seperti Hosni Mubarak dan Ali Abdallah Salleh dari Yaman.. Kita HAIRAN dengan sikap Lebai-Lebai PAS khususnya yang KATEGORI kader-kader nih yang SUKA dengan keJATUHan pemimpin seperti Ghadaffi.. Mereka patut sedar Ghadaffi nih dahulu bukan MAIN lagi jadik IDOLA beberapa Presiden PAS seperti Yussoff Rawa, Fadzil Nor dan Hadi Awang sendiri! MALANGnya, Ghadaffi tak KENAL pun mereka yang mengIDOLAkannya ini dalam PAS sebaliknya, Ghadaffi lebih kenal Tun Mahathir yang pernah bertemu dengannya dahulu.. Adakah dengan keJATUHan pemimpin seperti Ghadaffi Lebai PAS beranggapan ISLAM yang MENANG?

Sesungguhnya SEJARAH bagaimana pemimpin sebegini diNAIKkan dan diJATUHkan sangat-sangat menjadi pengajaran.. Dahulu mungkin mereka diSANJUNG sebagai WIRA tetapi hari ini mereka diMUSUHi mengalahkan ZIONIS Israel yang jelas jadi SETERU.. Yang lebih MALANGnya tuh, BUDAYA jahiliyyah sebegini yang cuba diEKSPORT oleh Lebai-Lebai PAS dan kader-kadernya di IPT dalam dan luar negara ke negara ini.. Sebab itulah kita RASAkan yang bakal jadik 'KERBAU' selepas pemimpin-pemimpin tersebut adalah Lebai-Lebai PAS!

- Lebai PAS mengatakan pemimpin-pemimpin tersebut tidak DEMOKRATIK, mengamalkan NEPOTISME dan bersikap KUKU BESI.. BONGOKnya Lebai PAS kerana tidak nampak bagaimana sekutu mereka dalam PKR dan DAP yang diKUASAi oleh DINASTI anak-beranak pemimpin parti itu SENDIRI? Apa BEZAnya mereka itu dengan pemimpin seperti Hosni Mubarak?

- Lebai PAS menyamakan pemerintahan pemimpin-pemimpin tersebut yang LAMA berpuluh-puluh TAHUN dengan kerajaan BN yang memerintah negara ini sejak MERDEKA.. Namun, mereka BONGOK kerana tak mahu mengakui kerajaan BN sudah 6 kali bertukar PEMIMPIN? Yang tak reti-reti nak PENCEN dan masih nak MAKAN GAJI BUTA cuma DIKTATOR TUA PAS yang dok berTAKHTA kat Kelantan tuh sampai hari INI!


Harus diAKUi UMNO adalah satu-satunya parti POLITIK yang bukan sahaja paling DEMOKRATIK dalam Malaysia, malah paling DEMOKRATIK dalam dunia.. Pemimpin datang dan pergi tetapi keUTAMAan tetap kepada agama, bangsa dan NEGARA.. Walaupun ada unsur-unsur LUAR yang cuba mengHANCURkan UMNO konon-kononnya dengan NAMA 'orang MUDA' tetapi ianya TIDAK ke mana selagi RAMAI yang menyayangi dan menghayati perjuangan UMNO selama ini demi NEGARA yang satu.. Oleh itu, adalah menjadi TUGAS Kementerian Pengajian Tinggi untuk menanam keSEDARan sebegini dalam pemikiran orang muda di IPT agar mereka lebih menyayangi negara dan mempunyai SIKAP yang seWAJARnya untuk meWARISi kepimpinan negara INI kelak.. Janganlah asyik-asyik dok sibuk nak cari ALASAN untuk mengGALAKkan mereka berPOLITIK dalam KAMPUS macam Timbalan Menteri IPT yang 'MANGKUK' tuh!!!!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan