Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, March 23, 2011
Apakah MUSLIHAT penDEDAHan video SEKS ini yang mungkin patut anda FIKIRkan..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Orang Melayu/ISLAM diGEMPARkan dengan penDEDAHan video SEKS seorang pemimpin kanan PKR Isnin lepas.. Sedar tak sedar, orang Melayu/ISLAM menjadi SUBJEK dalam isu ini dan mungkin RAMAI yang tidak tahu bahawa penDEDAHan video SEKS ini sebagai KAJIAN untuk melihat 'RESPON' atau 'TINDAK BALAS' orang Melayu/ISLAM terhadap perkara sebegini.. Mungkin ada pihak tertentu yang mempunyai MUSLIHAT terhadap orang Melayu/ISLAM dalam KONTEKS lebih besar daripada penDEDAHan video SEKS pemimpin kanan PKR ini?
Sebagai CONTOH, orang Melayu/ISLAM telah pun diuji RESPON mereka berhubung ISU penahanan pengedaran 'BIBLE' dalam Bahasa Melayu di Sarawak dan Pelabuhan Klang.. KeSUDAHan isu tersebut akhirnya menyaksikan orang Melayu/ISLAM hanya menerima apabila KDN menarik balik pengedaran tersebut dengan berSYARAT.. Malah, orang Melayu/ISLAM jugak seakan tidak RESPON pun apabila Al QURAN diBAKAR oleh seorang paderi Kristian di Florida, US? ->KLIK<-
Sedangkan sepatutnya kita melihat Lebai PAS akan turun beramai-ramai ke jalan RAYA berDEMONSTRASI memBANTAH jenayah tersebut? Mungkin perhatian Lebai PAS teralih kerana memBELA sekutu mereka iaitu pemimpin PKR yang diDAKWA sebagai pelakon video SEKS tersebut? RESPON sebegini sebenarnya sudah cukup mengGUSARkan kerana kita tidak TAHU apa lagi penDEDAHan yang akan dilakukan terhadap mana-mana pemimpin Melayu/ISLAM di negara ini..
Baiklah, dalam kes video SEKS pemimpin kanan PKR ini, apakah agaknya yang mungkin dijadikan KAJIAN untuk menilai 'RESPON' orang Melayu/ISLAM? Kita menJANGKAkan penDEDAHan video SEKS ini mempunyai OBJEKTIF lebih besar untuk menDEDAHkan keLEMAHan pemimpin Melayu/ISLAM dari segi MORAL atau akhlak kepada seluruh RAKYAT negara ini.. Kenapakah pemimpin kanan PKR ini menjadi 'SUBJEK'? Mudah aje.. Bukankah sebelum ini WIKILEAKS pun menDEDAHkan tentang sifat pemimpin ini yang MUDAH diPERANGKAP oleh musuhnya walaupun dia menyedari itu sememangnya PERANGKAP? Tambahan pulak memerangkap 'Pemimpin ANUGERAH Tuhan' ini tentunya menimbulkan IMPLIKASI besar dalam senario POLITIK negara! HE!HE!HE!
Kenapakah pemimpin Melayu/ISLAM yang menjadi 'SUBJEK'? Sebelum ini pun kita sudah melihat 'RESPON' kaum Cina terhadap video seks DS Chua Soi Lek? Walaupun dia mengaku, kaum Cina masih menerimanya sebagai pemimpin.. Malah, kita dapat lihat semasa kempen PRK DUN Tenang bagaimana kaum Cina samada yang menyokong MCA atau pun DAP langsung tidak menjadikan perkara sebegini sebagai bahan KEMPEN.. Oleh itu sudah tentu perkara yang SAMA cuba dilakukan terhadap seorang pemimpin Melayu yang sejak 20 tahun dulu paling berMASALAH dalam bab SEKS ini.. Mungkin mereka mahu memBUKTIkan pemimpin Melayu pun 2X5 bab skandal SEKS atau mungkin jugak mereka mahu 'MELATIH' orang Melayu/ISLAM agar menerima pemimpin yang memilikki MORAL sebegini di masa hadapan? Siapa TAHU?
Kemungkinan jugak dari sudut POLITIK, ini adalah PELUANG terbaik untuk memecah-belahkan kuasa POLITIK Melayu/ISLAM di negara ini yang sebelum ini diLIHAT seakan BERSATU menyebelahi pihak UMNO/BN.. UMNO/BN langsung tidak akan beroleh keUNTUNGan politik disebabkan penDEDAHan ini.. Malah hingga SAAT ini pun tidak ada mana-mana pemimpin UMNO/BN tampil menolak DAKWAan para pemimpin PKR yang menuduh UMNO/BN disebalik penDEDAHan video seks ini.. Sokongan Melayu/ISLAM yang kembali berPIHAK kepada UMNO/BN selepas beberapa siri PRK mungkin akan SOROT dan orang Melayu/ISLAM kembali berpecah-belah hanya kerana penDEDAHan video seks ini.. UMNO/BN seharusnya sedar bahawa mereka kini menjadi SASARAN walaupun mungkin kandungan video seks itu SAHIH sekalipun!
Akhir sekali, SIAPAkah yang sebenarnya meRAKAMkan video seks tersebut? Adakah individu yang bergelar 'DATUK T'? Setakat ini kita diFAHAMkan 'DATUK T' hanya 'terJUMPA' video tersebut di dalam bilik HOTEL.. Mungkin ada penDEDAHan lebih lanjut, kita tunggu dan LIHAT sajalah.. Namun, LUPAkah anda sebelum ini kes seakan sama pernah berlaku di pejabat MB GAGAP di Selangor? ->KLIK<-
TIDAKkah anda merasakan bahawa mana-mana pemimpin Melayu seakan 'diINTIP' oleh satu PIHAK? Cuma berBEZA dengan 'BOSS'nya yang dikatakan individu dalam video seks tersebut, MB GAGAP memilih untuk tidak membuat laporan polis.. Mungkin dia dah 'KOWTIM' dengan pihak yang cuba mengINTIPnya kot? Namun wajar untuk para pemimpin Melayu/ISLAM khususnya dipihak PR sedar bahawa keMUNGKINan besar segala gerak-geri mereka akan sentiasa diINTIP.. Pihak yang mengINTIP tidak semestinya seteru POLITIK mereka tetapi mungkin SEKUTU mereka sendiri dalam PR.. Kerana dalam SENARIO politik di negara INI, hanya ada satu parti POLITIK sahaja yang mahukan kuasa POLITIK orang Melayu/ISLAM berpecah-belah dan anda TAHU siapakah PIHAK yang kita MAKSUDkan.. HE!HE!HE!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan