Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Saturday, March 26, 2011
DATUK T VS LELAKI Y : Penyelesaian -> JOM pakat ajak RAKYAT ramai-ramai TONTON video itu?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Sebelum berlaku salah FAHAM, ingin kita beritahu TUJUAN klip video di atas diDEDAHkan bukannya kerana kita berSETUJU dengan kandungannya atau MAKSUD yang cuba diSAMPAIkan.. Sebaliknya kita ingin memBERITAHU bahawa PROPAGANDA secara halus dan HUMOR contohnya melalui klip video di atas sedang diSEBARkan untuk mempengaruhi RAKYAT khususnya kategori golongan atas pagar agar berSIMPATI dengan PKR dan pemimpin kanannya yang diKAITkan dengan video seks ketika ini.. Sudah tentu ada MAKSUD tersirat yang ingin disampaikan melalui klip video ubah-suai tersebut.. Adakah anda dapat memahaminya? HE!HE!HE!
RAKYAT sekarang bukannya sebegitu BODOH untuk turun berDEMONSTRASI di jalan-jalan raya atau tempat tumpuan UMUM seperti HASUTan Angkatan Muda Keadilan(AMK) yang diketuai oleh si 'BANTUT' tuh! Rakyat sekarang lebih BIJAK menilai maklumat dan berhati-hati untuk memPERCAYAi sebarang bentuk propaganda POLITIK baik di pihak kerajaan mahu pun di pihak pembangkang.. Begitu jugak jika di pihak UMNO/BN cuba berkempen atau menyebarkan propaganda, belum tentu RAKYAT akan menerimanya bulat-bulat seperti zaman ibu bapa kita dulu.. APAkah UMNO/BN belum cukup belajar PENANGAN protes senyap PRU 2008 yang memperLIHATkan bagaimana RAKYAT tidak menunjukkan pun PROTES mereka secara terang-terangan sebaliknya memilih pilihanraya untuk memBANTAI kerajaan UMNO/BN?->KLIK<-
Sebab itulah dalam kes video seks yang melibatkan seorang pemimpin kanan PKR, seharusnya 'DATUK T' dan 'LELAKI Y' membaca SITUASI semasa dahulu sebelum berTINDAK.. Dalam KONTEKS ini, kita berSETUJU bahawa perbuatan 'DATUK T' menayangkan video seks tersebut di Hotel Carcosa kepada beberapa wakil media yang terpaksa berkelubung adalah tidak wajar sedangkan mereka seHARUSnya menyerahkan video seks tersebut kepada POLIS untuk siasatan.. Walaupun ada antara 'DATUK T' tersebut memberikan ALASAN kononnya tak mahu polis diKAITkan dengan KONSPIRASI, tetapi semalam nak tak nak kena beri kat POLIS jugak video dan jam Omega tuh? Adakah itu memBAWA maksud POLIS bebas dari tuduhan KONSPIRASI? Entahlah Labu……
Untuk setakat ini kita diFAHAMkan POLIS telah mengambil keterangan kedua-dua 'DATUK T'.. Kita yakin POLIS jugak akan mengambil keterangan 'LELAKI Y' yang didakwa sebagai individu dalam video seks tersebut.. Kita yakin dengan keCEKAPan POLIS kita terUTAMAnya selepas mereka memBUKTIkan 'SKILL' mereka setanding dengan CSI dalam kes 'menJUBOR' Penasihat PKR yang menyaksikan bagaimana bijaknya POLIS kita mendapatkan DNAnya.. Oleh itu, sepatutnya tidak timbul bahawa POLIS kita sebahagian daripada KONSPIRASI dan kedua-dua belah pihak iaitu 'DATUK T' dan 'LELAKI Y' seharusnya memPERCAYAi kemampuan polis untuk menyiasat perkara ini..->KLIK<-
Di pihak PKR pulak, keterangan Penasihat PKR semasa sidang media yang mengatakan 'LELAKI Y' dalam video seks tersebut lebih BUNCIT sepatutnya diambil kira.. Semua MAKLUM bahawa Penasihat PKR sendiri belum pun melihat video seks tersebut, bagaimana dia boleh tahu SAIZ perut 'LELAKI Y' dalam rakaman itu? Takkan dengar cakap-cakap MP Sungai Petani dan Che Gu Bard? Sejak bila pulak diorang rajin BENAR ukur saiz PERUT orang lain? BINI kepada 'LELAKI Y' pun belum tentu nak buat macam tu? Dah tak dak kerja sangat ke? HE!HE!HE!->KLIK<-
Kita boleh TOLAK tepi DAHULU keterangan mereka yang tak sebulu dengan Penasihat PKR seperti Datuk Zaid Ibrahim dan beberapa BLOGGER kerana mungkin sebab perbezaan fahaman POLITIK.. Malah, kita yakin jika pemimpin tertinggi UMNO/BN sendiri melihat video seks tersebut pun mereka tak akan menyuarakan secara terbuka adakah INDIVIDU dalam rakaman tersebut adalah 'LELAKI Y'.. Mereka lebih SUKA pihak ketiga yang menilaikannya sendiri.. Sebab itu jugaklah tuntutan 'DATUK T' agar dibentuk Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat keSAHIHan rakaman video seks ini tidak disambut.. Mungkin kena tunggu apa BUKTI yang dijumpai oleh POLIS dulu kot..
Kenyataan para pemimpin sekutu PKR dalam PAS dan DAP yang menolak jemputan melihat sendiri kandungan video seks tersebut ada MUSLIHAT tersendiri.. Seperti yang kita kata, RAKYAT dah bijak untuk menilai seseorang pemimpin itu berBOHONG atau TIDAK.. Sekurang-kurangnya apabila mereka tidak melihat sendiri video tersebut, REAKSI dan RIAK muka mereka tidak boleh diBACA oleh RAKYAT untuk mengetahui samada mereka berBOHONG atau TIDAK.. Maka mereka BEBAS menabur dakyah depan RAKYAT bahawa video tersebut adalah KONSPIRASI dari UMNO/BN terhadap PR untuk meraih SIMPATI.. Kalau UMNO.BN tak cukup bijak dan membiarkan RAKYAT termakan dengan DAKYAH sebegini, AKIBATnya nanti faham-faham aje la..
Memang BENAR video seks tersebut perlu dikenal-pasti keSAHIHannya.. Namun, siapakah yang SANGGUP atau LAYAK melakukannya? Sesiapa yang diLANTIK pasti tidak akan lari dari tuduhan KONSPIRASI samada oleh PR atau oleh UMNO/BN.. Mungkin Suruhanjaya Bebas boleh dibentuk dengan MANDAT pemerintah tertinggi negara iaitu YDP Agong dan semua pihak kena PATUHinya.. Mungkin jugak 'DATUK T' dan 'LELAKI Y' boleh mengemukakan pakar video dan rakaman bagi pihak masing-masing dan lihat sendiri pakar SIAPA yang berjaya meYAKINkan RAKYAT.. Atau kalau nak lebih MUDAH dan CEPAT, sebarkan aje video tersebut untuk diNILAI sendiri oleh RAKYAT.. Keputusannya akan diperlihatkan semasa pilihanraya nanti.. Cuma LEPAS tuh kalau Allah SWT terBALIKkan bumi Malaysia nih seperti mana BALA terhadap umat-umat Nabi terdahulu, JAWABnya sendiri TANGGUNGla! HE!HE!HE!
Wallahualam..
eloklah kalau disiasat sapa pelakon porno tu. ni bukan masalah fitnah memfitnah atau dosa melihat video lucah. persoalan yg lebih besar ialah maruah negara. apa akan jadi kalau pelakon porno tu memang anuwar dan satu hari nanti dia akan jadi pm.
ReplyDeletedah tentu yg untungnya tauke hotel yg rakam video tu. dia & geng2 (parti ***)nya akan mintak macam2 sampai negara dan bangsa melayu akan tergadai. kalau tak bagi...pecah lah rahsia... akibatnya negara ni akan jadi singapura satu hari nanti. itulah yg yahudi nak...menghalang kebangkitan islam ke 2 yg akan muncul diakhir zaman sebelum imam mahadi. hakikatnya ini semua adalah perancangan yahudi. org yg buat solat hajat utk penzina, menggunakan islam utk kepentingan politik, etc adalah seumpama orang yang membersihkan najisnya dengan kertas dari cebisan al quran. sejahat2 umno, diorag bersihkan najis dengan tisu.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteMemang benar pelakon tersebut perlu di siasat siapa gerangannya..
Namun, tindak-tanduk pihak yang memperolehi video tersebut dan 'mengeramnya' untuk hampir sebulan tanpa menyerahkan kepada pihak berkuasa jugak menimbulkan tanda tanya.. Hanya sekarang bagi kat POLIS itu pun selepas orang yang 'terasa' (LELAKI Y) tu buat report polis..
Kita berSETUJU dengan kenyataan Mufti Perak dalam Utusan Malaysia hari ini.. Kot mana pun berDOSA jugak.. Adakah kita perlu melakukan DOSA untuk memBUKTIkan orang lain melakukan DOSA? Ni HUKUM mai dari mana?
Kalau dari awal lagi video tersebut diserahkan atau diupload agar pihak pembangkang turut sama dapat lihat seperti apa yang berlaku terhadap Chua Soi Lek dan Ariel Peter Pan, mungkin SENARIOnya akan lain..
Sekarang KUNCI kepada MISTERI ini terletak pada salah seorang DATUK T yang mengaku mukanya turut ada dalam RAKAMAN video tersebut.. Kalau dia ke kiri, semuanya akan ke kiri sebaliknya kalau dia ke kanan, semuanya pergi ke kanan.. Yang tumpang sekaki nama DATUK T tu hanya terima kesannya aje la.. BAIK ke BURUK ke akibatnya nanti telan aje la..
ADAkah ini SENAIRO yang SIHAT untuk POLITIK negara? Anda JAWABlah sendiri.. HE!HE!HE!
Wallahualam..