Sunday, March 27, 2011

DATUK T VS LELAKI Y - Giliran Pok Nik pulak tambah ADUNAN cerita dengan 'FATWA'nya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Akhirnya Pok Nik 'ALAIHISSALAM' telah pun membuat kenyataan berhubung dengan isu penayangan video seks dan PELAKUnya seperti yang diDEDAHkan oleh 'DATUK T'..

Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi individu yang tidak bermoral. Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" ->KLIK<-

Walaupun agak PELIK kerana Pok Nik diLIHAT menyebut tentang bangsa Melayu sedangkan sebelum ini dia bukan main ANTI lagi dengan nama 'M-E-L-A-Y-U', tetapi kenyataannya tidak SALAH dan kita yakin kenyataannya itu KHUSUS untuk menarik perhatian orang Melayu/ISLAM berhubung dengan kes video seks tersebut..

Kita ada jugak BACA komen dari beberapa BLOG lain berhubung dengan kenyataan Pok Nik.. Rata-ratanya BLOG khususnya dari pihak yang pro UMNO/BN agak MARAH kerana mereka melihat Pok Nik seakan menyokong aksi 'LELAKI Y' bersama seorang AMOI pelacur dari China yang diKATAkan muncul dalam video seks tersebut.. Malah, ada yang memperSOALkan kenapa Pok Nik membuat kenyataan sedemikian tanpa melihat terlebih DAHULU video seks tersebut untuk mencari kepastian berhubung dengan keSAHIHan identiti 'LELAKI Y'? HE!HE!HE!

Rilek.. Rilek.. Anda yang beranggapan sedemikian patut TAHU Pok Nik atau mana-mana Lebai PAS sama sekali tidak akan menonton video seks tersebut demi mencari kepastian seperti anda.. Adalah lebih MUDAH bagi mereka untuk memaparkan keJELIKkan anda yang berSUNGGUH menonton video seks itu kemudian meNAMAkan 'LELAKI Y' sebagai individu yang beraksi dalam rakaman tersebut.. Dengan KATA lain, anda yang menonton video seks tersebutlah yang BURUK dan JAHAT pada padangan Pok Nik dan Lebai-Lebai PAS yang lain walaupun anda 100% YAKIN bahawa memang 'LELAKI Y' yang dilihat dalam rakaman tersebut.. Memang itulah STRATEGI mereka untuk memBURUKkan anda yang menyokong UMNO/BN..

Walaupun 'DATUK T' telah mencabar Lebai-Lebai PAS semasa sidang media mereka pada hari Selasa lepas untuk bersama-sama menonton dan mengenalpasti sendiri individu yang diKATAkan 'LELAKI Y' dalam video seks tersebut, ternyata ianya tidak disambut oleh Lebai-Lebai PAS.. Ini jugak STRATEGI mereka untuk mencabar KREDIBILITI 'DATUK T' yang dianggap mereka melakukan perbuatan JIJIK iaitu cuba memFITNAH 'LELAKI Y' menggunakan video seks tersebut.. Tambah pulak 'DATUK T' nih tengok air MUKA pun bukannya BERSIH sangat.. Apa nak dikata pasal 'DATUK T' sendiri yang 'gali dan masuk LUBANG' untuk diKAMBUS oleh Lebai-Lebai PAS dan 'LELAKI Y' seperti yang kita LIHAT sekarang..

Lebai-Lebai PAS tidak BODOH untuk diPERDAYAkan atau menerima penjelasan bulat-bulat sedemikian RUPA.. Diorang yang sering mengaku lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain pun tahu AIR MUKA mereka tak dapat diSOROK jika video seks tersebut terBUKTI benar.. Kita dah pun bagi tahu sebelum ini bahawasanya Lebai-Lebai PAS ini berSIKAP "Seeing is believing but no seeing means not believing".. Jadik, dengan SIKAP sebegini mereka akan tampil di pentas-pentas CERAMAH untuk memBURUKkan penDEDAHan oleh 'DATUK T' sekaligus mengaitkan mereka dengan UMNO/BN dan PERKASA.. Walaupun ada pihak ketiga seperti Datuk Zaid atau BLOGGERS yang YAKIN dengan penDEDAHan video seks itu tapi ADAkah mereka akan jadi SAKSI di mahkamah nanti?

Sesiapa yang berjaya menDEDAHkan salah laku SEKS Penasihat PKR biasanya akan dicabar KREDIBILITI atau cuba diJATUHkan MARUAH mereka.. Itulah apa yang berlaku terhadap Ummi Hafilda Ali, Azizan Abu Bakar dan Saiful Bukhari.. Mereka akan diTONJOLkan sebagai pihak yang berMASALAH dalam hidup atau AKHLAK yang buruk supaya KREDIBILITI mereka diperSOALkan oleh RAKYAT sendiri.. UNTUNGnya kerana mereka ini bukannya orang POLITIK sebaliknya warga biasa seperti kita.. Lambat laun akhirnya RAKYAT akan merasa ada SUATU yang tidak kena apabila Penasihat PKR sendiri memPOLITIKkan kes salah laku SEKSnya sendiri hingga AKHIRnya dia yang diBENCI kembali oleh RAKYAT..

Apa yang berlaku di Taman Melawati malam kelmarin hanyalah perMULAan kepada agenda yang lebih BESAR.. Namun, adakah 'DATUK T' yang diketahui UMUM sebagai orang POLITIK mampu memperTAHANkan KREDIBILITI mereka dari diJATUHkan sedemikian rupa oleh Penasihat PKR di hadapan RAKYAT? Mungkinkah 'DATUK T' akan mengubah 'LIFESTYLE' mereka, pergi berSUMPAH Mubahalah seperti Ummi dan Saiful, selalu masuk MASJID dan berdamping dengan ULAMA atau mula TAMPIL berHADAPAN dengan RAKYAT dalam beberapa siri 'ROADSHOW' untuk memberi penjelasan apa yang telah mereka LAKUkan? Entahlah Labu.... HE!HE!HE!

Wallahualam..

1 comment:

  1. yang bawa isu video ni bukan Melayu tetapi Siam.....apa la

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan