Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Sunday, March 06, 2011
Eksklusif PRK DUN Kerdau & PRK DUN Merlimau - Siapa yang KALAH atau diMALUkan dengan pengurangan UNDI..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Tempoh berKEMPEN sudah pun TAMAT.. Esok adalah hari mengUNDI, hari yang akan menentukan siapa yang bakal menJADI pilihan RAKYAT di DUN Kerdau dan DUN Merlimau.. Pihak-pihak yang berTANDING sudah menCONGAK di atas KERTAS beberapa mereka akan MENANG atau KALAH.. Apa pun bagi UMNO/BN, mereka seharusnya memastikan kesemua ahli mereka KELUAR mengUNDI dan jugak TIDAK ada UNDI protes walaupun kurang daripada 10 UNDI.. Jika INI berjaya diLAKUkan oleh UMNO, tidak MUSTAHIL kita akan menyaksikan keKALAHan TERUK PAS dan mungkin CALON mereka akan hilang WANG perTARUHan..
Dipihak PAS pulak sudah tentu mereka cuba memecahkan undi kaum Melayu disamping cuba memBOLOT seBERAPA banyak undi kaum Cina.. UMNO/BN masih berUNTUNG kerana peratusan pengundi Cina di DUN Kerdau tidaklah RAMAI.. Malah di Merlimau pun tidak sebegitu SIGNIFIKAN tetapi mungkin mampu menJEJASkan sedikit peluang untuk MENANG.. Apa pun pengundi Cina bukanlah penentu seperti mana PRK sebelumnya.. PAS jugak janganlah 'OVER-CONFIDENT' dengan undi daripada kaum Cina kerana sikap pengundi Cina di DUN Kerdau menyerupai pengundi Cina di DUN Galas, Kelantan.. Mungkin di Merlimau masih ada SIMPATI terhadap anak-beranak LIM yang dah jadi MAHARAJA di Pulau Pinang..
BERNAMA telah membuat sedikit KIRA-KIRA untuk menganggarkan peratusan keluar mengundi dan peratusan keMENANGan calon.. ->KLIK<-
Apa pun itu HANYA perKIRAan di atas KERTAS kerana banyak lagi FAKTOR yang perlu diambil kira dalam PRK kali ini.. Wajar jugak untuk menilai sejauh mana keberkesanan KEMPEN kedua-dua belah PIHAK.. Berbanding PRK sebelum ini yang menyaksikan begitu banyak serangan PERIBADI terhadap CALON, kali ini kita menyaksikan perkara sedemikian tidak berlaku.. Sebaliknya, PERIBADI Penasihat PKR pulak diLONDEH habis-habisan oleh UMNO/BN di DUN Kerdau dengan keHADIRan individu seperti Ummi Hafilda, Rohimi dan Rashid yang berpaling TADAH daripada PKR..
PAS sebenarnya tidak mengHARAPkan untuk menang di DUN Melimau sebaliknya mereka mahu menang di DUN Kerdau.. TIDAK pernah dalam sejarah PAS berjaya menawan mana-mana DUN di Melaka.. Sebab itu di DUN Merlimau mereka tidak ambil kisah sangat.. Malangnya, DUN Kerdau jugak bakal menyaksikan PAS kecewa.. Ini kerana PAS telah meLETAKkan calon KITAR semula dan bukan pengundi di DUN Kerdau sebagai wakil mereka.. Pengundi di DUN Kerdau melihat ini sebagai pengHINAan kepada mereka dan tidak mustahil mereka akan melakukan PROTES di atas kertas undi beberapa JAM lagi.. Apa pun, sudah terLAMBAT untuk PAS mengubah apa-apa pun dan tengok sajalah nanti..
UMNO/BN jika mahu MENANG besar harus memastikan peratusan pengundi keluar adalah TINGGI.. Baik di DUN Merlimau atau pun di DUN Kerdau, ahli-ahli UMNO memBENTUK majoriti pengundi di sana.. Oleh itu seWAJARnya UMNO melakukan apa yang terbaik untuk memastikan mereka keluar mengundi dan memastikan mereka tidak menSABOTAJ peluang UMNO hanya kerana KECEWA dengan sebab yang REMEH-temeh.. UMNO perlu memastikan ahli-ahli mereka SEDAR bahawa zaman untuk PROTES dengan keLEMAHan PM ke-5 dan keKORUPan menantunya sudah berlalu.. Mungkin ada beberapa ahli yang masih boleh diSUAP oleh kuncu-kuncu mereka yang menyebabkan UMNO kena kerja KERAS sedikit..
Apa pun, kita SAKSIkanlah keputusannnya malam esok.. Apa pun boleh berlaku dan TIDAK semestinya semua akan menjadi seperti yang diRANCANG..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan