Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, April 27, 2011
Datuk Hassan Ali should change his POSITION with Pak Jabit la... HE!HE!HE!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
HE!HE!HE!
Mungkin ada orang yang berSETUJU dengan saranan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Hasan Mohamed Ali dalam soal ARTIS tempatan atau luar negara yang terlibat dengan aktiviti tidak berMORAL tidak diBENARkan mengadakan persembahan terbuka di Selangor.. Kita jugak SETUJU pada ZAHIRnya dengan saranan dia.. Malangnya, kalau dalam KONTEKS di Selangor yang mana para pemimpin dari Lebai PAS dan PKR terpaksa tunduk kepada DAP, kita tertanya-tanya sejauh manakah keBERKESANan saranan oleh Datuk Hassan Ali ini.. Almaklumlah, kalau bab larangan penJUALan ARAK secara terbuka pun boleh diperMAINkan oleh DAP, adakah Datuk Hassan yakin saranannya ini akan diterima bulat-bulat oleh mereka? Atau adakah saranan Datuk Hassan Ali ini hanya tertakluk kepada orang Melayu/ISLAM sahaja tetapi orang bukan ISLAM pulak dikecualikan? ->KLIK<-
Larangan ini sebegini memang baik OBJEKTIFnya tetapi adakah ianya menepati sasarannya? Contohnya, kalau ada artis-artis Barat yang diketahui ada masalah MORAL mahu buat persembahan di Stadium Shah Alam atau di Sunway, adakah LARANGAN Datuk Hassan Ali ini hanya terpakai kepada orang Melayu/ISLAM sahaja? Bagaimana pulak kalau yang bukan ISLAM terutamanya kaum penyokong tegar DAP itu memBANTAH larangan Datuk Hassan Ali semata-mata mahu menonton konsert artis-artis dari Barat tersebut? Adakah Datuk Hassan Ali terpaksa mengalah demi menjaga ke'HARMONI'an hubungan dengan DAP? Kalau macam tuh, apa gunanya Datuk Hassan Ali mengHEBOHkan bentuk larangan sebegini jika kemudiannya mungkin akan menghadapi HALANGan untuk melaksanakan akibat gangguan DAP? Nak main 'CARMOUFLAGE' dengan rakyat Selangor ke? HE!HE!HE!
OK lah, kita nak tanya kepada Datuk Hassan Ali ini.. Apa kata dia sendiri bagi garis panduan bagaimana artis tersebut jatuh kepada KATEGORI tidak berMORAL? Kalau ikut laporan Sinar Harian, Kris Dayanti dijadikkan contoh.. OK, kita terimalah.. Bagaimana pulak kalaulah artis tersebut CONTOHnya adalah Edison Chen yang terkenal dengan penyebaran gambar SEKSnya dengan artis-artis Hongkong dalam internet? Bagaimana pulak kalau artis-artis Barat seperti Britney Spears atau Justin Timberlake yang kita tahu ada masalah MORAL jugak? Kalau takat Kris Dayanti tuh, kita tak HAIRAN pun pasal kita jangka tak ada pun kaum penyokong tegar DAP yang nak tengok KONSERT dia.. Cuma kalau artis-artis Hongkong atau Barat nih, harapnya Datuk Hassan Ali masih mampula mengekalkan KONSISTEN saranan dia sendiri nih! Jangan nanti kalau diSERGAH dek Exco GANGSTER DAP karang terGAGAP pulak! HE!HE!HE!
Kalau kita tengok dalam KONTEKS yang lebih luas, bukan ARTIS sahaja yang terlibat aktiviti tidak berMORAL seperti yang diMAKSUDkan oleh Datuk Hassan Ali tuh.. Rakan-rakan POLITIK Datuk Hassan Ali dalam PKR dan DAP pun 2X5 jugak? Sekali lagi kita nak TANYA kepada Datuk Hassan Ali, apakah BEZAnya aktiviti tidak berMORAL seorang ARTIS dengan aktiviti tidak berMORAL seorang ahli POLITIK dari PKR seperti ADUN Bukit Lanjan yang bersekedudukkan dengan seorang lelaki ISLAM? Aik? Takkan Datuk Hassan Ali dah LUPA kot?..Boleh tanya kat Muslimah PAS di Selangor kalau betullah Datuk Hassan Ali lupa! HE!HE!HE!
Begitu jugak dengan Penasihat PKR yang berjawatan Penasihat Ekonomi Selangor berharga 1 Sen.. Sekarang dia diKAITkan dengan sebagai 'LELAKI Y' dalam dua kes SEKSUAL iaitu kes penDEDAHan rakaman video SEKS dengan amoi Cina dan satu lagi kes 'menJUBOR' pembantu PERIBADInya sendiri.. Walaupun pengHAKIMan muktamad belum diPUTUSkan, namun bukti SAHIH seperti rakaman video CCTV dan pemBUKTIan DNA sudah nyata tidak memihak kepadanya? Dengan kata LAIN, perilaku MORALnya dan KREDIBILITInya sudah boleh dipertikaikan dan menjadi perSOALan.. Adakah Datuk Hassan Ali akan turut menguat-kuasakan LARANGAN yang sama terhadapnya? HE!HE!HE!
Kalau setakat ini ajela kerja EXCO seperti Datuk Hassan Ali, Pak Jabit yang jadik S/U JKKK++ kat Kampung Pisang dalam filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' pun boleh BUAT! Takat cakap aje nak buat itu ini tetapi langsung tak ada KUASA untuk melaksanakannya.. Mungkin sek-sok Datuk Hassan Ali boleh tukar POSISI dengan Pak Jabit? Mana tahu kot le Ketua Cabang PKR Temerloh tuh mungkin lebih LAYAK bagi orang KETAWA dengan LAWAKnya berbanding Datuk Hassan Ali? KAH!KAH!KAH! ->KLIK<-
Wallahualam..
Pak Jabit nak bertanding sebagai ADUN pada PADA pru13 nanti ,UNDILAH PARTI CAP PISANG KAH...KAH...KAH HIDUP PAK JABIT BERILAH SOKONGAN KEPADA BELIAU....
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeletePak Jabit LAYAK hatta untu jadik Presiden PKR sekali pun!
Jangan dok BOLOT mikrofon sorang-sorang dah la Pak Jabit.. Kesian pulak kat Pak Abu tu.. KAH!KAH!KAH!
Wallahualamm..