Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, April 25, 2011
PerTANYAan jujur - Sejauh MANAkah DEMONSTRASI oleh NGO-NGO Melayu/BUMIPUTERA memBERIkan IMPAK yang sepatutnya?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Pertama SEKALI, kita ingin beritahu bahawa NGO-NGO Melayu/BUMIPUTERA memerlukan lebih daripada DEMONSTRASI jika mereka benar-benar mahu memperTAHANkan POLITIK kaum Melayu/BUMIPUTERA yang diANCAM oleh satu kaum yang TEGAR menyokong DAP.. Terus-terang katalah, penDEKATan DEMONSTRASI oleh NGO-NGO Melayu/BUMIPUTERA bukanlah yang terbaik ketika ini dan seharusnya ada banyak lagi WADAH yang mampu diTUNJUKkan untuk mengHALANG kaum yang TEGAR menyokong DAP itu daripada menDOMINASI politik NEGARA ini secara tidak SIHAT.. Ada BAIKnya NGO-NGO Melayu/BUMIPUTERA pakat berhenti berDEMONSTRASI sebaliknya mencari kaedah lain yang lebih EFEKTIF jika dilakukan.. ->KLIK<-
BLOG ini adalah antara BLOG yang mula-mula memBERITAHU bahawa Pehin Sri Taib Mahmud telah menunjukkan KAEDAH terbaik bagaimana BUMIPUTERA mampu menguasai POLITIK negeri seperti Sarawak tanpa memerlukan SOKONGAN kaum yang TEGAR menyokong DAP.. Namun, sedarkah anda Pehin Sri Taib langsung tak mengGUNAkan pendekatan seperti DEMONSTRASI dan sebagainya? Sebaliknya Pehin Sri Taib hanya menDEDAHkan REALITI sebenar hakikat POLITIK di Sarawak tentang bagaimana DAP yang cuma bertanding 15 kerusi DUN tetapi MENYALAK macam nak bina sebuah EMPAYAR ala-ala DINASTI tok nenek mereka dahulu! Bukankah lebih baik kalau penDEKATan Pehin Sri Taib ini diCONTOHi sekaligus mampu memBERI pukulan MAUT kepada pihak yang diMAKSUDkan?
Kita haraplah NGO-NGO Melayu ini melihat kepada REALITI dan membaca SITUASI sebenar keadaan POLITIK, ekonomi dan SOSIOLOGI negara sebelum berTINDAK.. Jika TIDAK, tindakkan seperti DEMONSTRASI hanya menjadi sia-sia dan OBJEKTIFnya langsung tidak tercapai.. Yang MALANGnya, DEMONSTRASI macam mana pun HAKIKATnya kuasa POLITIK kaum Melayu/BUMIPUTERA semakin merosot kerana pecah-belah sesama sendiri! Antara REALITI yang kita mintak sangat-sangat NGO-NGO Melayu/BUMIPUTERA lihat ialah:-
1) Kuatnya kaum yang menjadi penyokong TEGAR kepada DAP ini kerana kekuatan EKONOMI mereka.. Merekalah yang menguasai pasaran bahan-bahan MAKANAN di negara ini seperti ayam, sayur-sayuran, TELUR, tepung, garam dan banyak lagi.. Mereka jugaklah yang menguasai pasaran seperti PAKAIAN, perabot, automotif, komputer, barang ELEKTRONIK dan banyak lagi.. Nak tak nak kenalah diAKUi bahawa kaum Melayu/BUMIPUTERA kena 'CIUM' mereka jugak untuk ini SEMUA?
2) Kaum penyokong TEGAR kepada DAP ini jugak banyak menguasai sektor pekerjaan berPROFIL tinggi di negara INI.. Anda boleh LIHAT siapakah yang menjadi Pengurus, Penasihat atau CEO, COO dan apa-apa 'C' lagi di kebanyakkan KONGLOMERAT dalam negara.. Tolak tepi dululah GLC yang jelas milik kerajaan.. Malah, agensi mencari peKERJAan seperti Jobstreet, JobsDB dan banyak lagi turut diterajui oleh mereka.. Kaum Melayu/BUMIPUTERA pulak setakat mana?
3) Nak buat JAMBAN pun ramai kaum Melayu/BUMIPUTERA lebih suka panggil Phua Chu Kang dan ADIKnya Phua Chu Beng! Itu pun dah menunjukkan setakat mana bilangan KONTRAKTOR dan usahawan Melayu/BUMIPUTERA dalam negara yang menguasai sektor perINDUSTRIan di negara ini.. Ada ke satu PROJEK yang 100% kontraktor dan pemBEKALnya orang Melayu/BUMIPUTERA? Jarang benar kita DENGAR Melayu/BUMIPUTERA dapat KONTRAK untuk konglomerat-konglomerat ASING walaupun di negara sendiri?
Oleh itu, kita MENYERU kepada NGO-NGO Melayu/BUMIPUTERA agar meneliti perkara di atas sebelum ke jalan-jalan raya untuk berteriak di sana-sini.. Inilah REALITI yang tidak dapat diSANGKAL lagi.. Yang lebih menyedihkan tu ialah apabila kaum Melayu/BUMIPUTERA sendiri GAGAL membantu sesama mereka sebaliknya lebih suka menJAHANAMkan sesama sendiri dalam banyak SEKTOR di negara ini.. Langsung tidak ada semangat nak membantu sesama sendiri walaupun sering diGAHkan katanya Melayu/BUMIPUTERA itu ISLAM dan ISLAM pulak mementingkan UKHUWAH! BLOG ini pun dah banyak kali menyeru agar NGO-NGO Melayu/BUMIPUTERA bangkitkan keSEDARan ini terutamanya dikalangan generasi muda samada di IPT atau di gelandangan.. Tapi???
Yang lebih TERUK ialah SIKAP segelintir Melayu/BUMIPUTERA yang kelas MENENGAH (Seperti di Damansara, Taman Tun, Bukit Antarabangsa, Bangsar dan Sri Hartamas) dan yang PERASAN diri mereka kelas MENENGAH (Spesis dok dalam FLET sardin di Datuk Keramat, Kampung Baru, Kerinchi, sekitar Gombak, Tasik Permaisuri, Pandan dan Sri Damansara).. Yang KAYAnya berlagak macam segala-galanya boleh diMILIKki dengan hanya tuding jari tapi sek-sok akhirnya kaya dengan HUTANG! Yang perasan KAYA pulak BOROS dan gemar berpoya-poya mengHABISkan duit.. Kalau yang TUAnya ke kelab-kelab EKSKLUSIF, yang MUDA pulak tergedik-gedik semasa KONSERT AF atau Jom HEBOH! Melayu/BUMIPUTERA macam ni ke yang diHARAPkan untuk mempertahankan kuasa POLITIK?
Jadik adalah lebih baik NGO-NGO Melayu/BUMIPUTERA melihat sendiri setakat mana tahap keSEDARan kaum Melayu/BUMIPUTERA sendiri untuk memperTAHANkan apa yang mereka milikki.. Selagi GEJALA tersebut belum selesai, jangan HARAPlah orang Melayu/BUMIPUTERA akan menyahut seruan NGO-NGO ini.. Usah diHARAPkan pada parti POLITIK seperti UMNO kerana ramai pemimpin mereka lebih suka 'PLAYSAFE' (ala-ala jenama KONDOM kat kaunter 7 Eleven).. Para pemimpin UMNO pun jenis lebih suka melakukan perkara yang SENANG berbanding bersusah payah ala-ala Dato' Onn, Tunku, Tun Razak dan Tun Mahathir sendiri.. Sebab tu lah pemimpin UMNO yang KORUP dan MENANG kerana WANG semasa pemilihan parti diSANJUNG mengalahkan seorang PATRIOT! Cheh!
Kita menyerulah kepada para pemimpin NGO Melayu/BUMIPUTERA agar tidak bergantung kepada sesuatu ISU sebaliknya sentiasa turun PADANG bagi penDEDAHan dan penerangan kepada kaum sendiri!
Wallahualam..
Tahniah Bro.
ReplyDeleteMantap..mantap sekali.
Kalau nak menyalak buat semak jalan raya buang karan je.Lagi satu NGO yang galak sangat buat laporan polis,fail pun dah sama tinggi dengan balai.
Bila buat sesuatu tak ada rohnya dan sekadar nak glamour masuk tv dan suratkhabar beginilah jadinya.
Rasanya mereka ini semuanya suka orang Melayu akhirnya betul betul jadi PEMBANGKANG.Itu yang tengah berlatih berdemonstrasi jalanan..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteGerak kerja NGO-NGO Melayu biarlah berKESAN walaupun tanpa perlu HEBOH sekampung.. Lihat bagaimana DAP berjaya mengHASUT kaum yang diMAKSUDkan hingga mereka bukan main benci lagi dengan kerajaan yang diterajui oleh Melayu!
Ada BAIKnya NGO-NGO Melayu memBANGKITkan keSEDARan di kalangan orang Melayu sendiri sebelum turun ke jalan-jalan raya..
Wallahualam..