Sunday, April 10, 2011

Eksklusif PRN Sarawak - Anyone who can PARALYZED the DAP will WIN the Sarawak State Election..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

"You're leading your army to the WAR not to the VICTORY!", itulah ungkapan yang diPETIK daripada FILEM Lord of The Rings - Return of The King.. Kita SENGAJA tulis semula ungkapan tersebut untuk mengGAMBARkan senario yang paling sesuai ketika PRN Sarawak ketika ini.. Umum mengetahui jentera BN yang diSOKONG oleh para BLOGGER telah pun berKAMPUNG di Sarawak untuk menghadapi LAWAN mereka sempena PRN ketika ini.. Namun, berapa KERATkah antara mereka sedar bahawa kalau TAK kena cara, BN boleh TUMBANG di banyak kerusi kalau pun tidak HILANG majoriti 2/3 DUN?

SENARIO ketika ini menyaksikan BN Sarawak di bawah kepimpinan TS Taib Mahmud menghadapi SERANGAN banyak penjuru daripada LAWAN mereka.. Ada dari gabungan PKR, PAS dan DAP, ada dari SNAP dan jugak dari calon BEBAS yang berPENGARUH.. Banyak KERUSI DUN tidak menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dengan peSAINGnya.. Ada PIHAK yang berANGGAPan senario sebegini akan memihak kepada BN.. Benarkah begitu? Adakah pemecahan UNDI lazimnya akan memihak kepada BN atau itu cuma anggapan BODOH sesetengah KAKI BODEK yang nak menyedapkan hati BOSS-BOSS mereka?

Contohnya jika diTELITI dalan pertembungan di sebuah kerusi DUN antara BN, PKR, SNAP dan calon BEBAS, BN sebenarnya terpaksa menJAWAB isu-isu yang dikemukakan oleh 3 PIHAK.. Dengan KATA lain, BN memerlukan banyak TENAGA dan MASA untuk mengetengahkan JAWAPAN kepada isu-isu yang diTIMBULkan sedangkan BN jugak memerlukan kedua-duanya untuk berKEMPEN atau menawarkan perKHIDMATan kepada rakyat jika memilih calon mereka.. Kalau calon LAWAN jenis tak sekolah atau diragui KREDIBILITI mereka, tak apa la.. Bagaimana pulak kalau calon LAWAN terdiri daripada mereka yang berPENDIDIKan tinggi, POPULAR dan peka kepada isu-isu sekeliling?

Jentera KEMPEN BN jugak tidak sedar bahawa mereka hanya menyerang BALACI peringkat bawahan tetapi mereka tidak menyerang pun KOMANDER peringkat atasan! Contohnya apabila menghadapi gabungan PKR, DAP dan PAS, BN lebih mudah menyerang PAS dan PKR tetapi GAGAL menyerang DAP.. Sedangkan antara 3 parti ini, DAP lebih DOMINAN dalam KONTEKS politik Sarawak berbanding PAS dan PKR.. Semua MAKLUM setakat mana pengaruh PAS di Sarawak dan setakat mana keKUATan PKR di sana.. Malah, kedua-kedua parti ini terpaksa berGANTUNG kepada DAP untuk sumber MAKLUMAT bagi menyerang BN.. Dengan kata lain, DAPlah yang menjadi 'COMMAND CENTRE' untuk menyerang BN di Sarawak!

Ramai dikalangan jentera BN dan para BLOGGER menyangka DAP tidak akan menDAPAT sokongan PRIBUMI Sarawak.. Bukankah itulah SENARIO yang wujud semasa PRU tahun 2008 dahulu? Siapa sangka orang Melayu boleh mengundi DAP di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan? AKHIRnya keputusan PRU 2008 menjadi ubat paling PAHIT untuk BN.. Berbanding PAS dan PKR yang mengGUNAkan SENTIMEN rakyat, DAP lebih REALISTIK kerana mereka mengGUNAkan isu-isu seTEMPAT dan mengolahnya untuk menampakkan ianya sebagai keSALAHan atau keLALAIan BN.. Inilah yang menjadi MAKLUMAT untuk diKONGSI bersama PAS dan PKR semasa PRN Sarawak ini..

Kalau di dalam peperangan sebenar, BN sepatutnya dah mengHALAkan segala MERIAM dan peluru berpandu mereka kepada DAP.. Ye la.. Kalau 'COMMAND CENTRE' tak diMUSNAHkan, macam mana nak MENANG sebuah peperangan? Namun, BN dilihat bertindak sebaliknya.. Malah, BN jugak terlampau bimbangkan SNAP dan calon BEBAS.. Kalau dari persepsi RAKYAT, calon SNAP mudah diatasi jika calon BN adalah anak TEMPATAN, popular dan peka terhadap masalah RAKYAT.. Namun, dalam SENARIO pertembungan dengan gabungan DAP, PAS dan PKR, mereka bijak bermain SENTIMEN dan menimbulkan PERSEPSI buruk terhadap BN.. Inilah yang perlu diBIMBANGkan oleh BN..

Adakah DAP tidak mempunyai keLEMAHan? Banyak... Sangat BANYAK kalau nak diDEDAHkan.. Malangnya jentera BN buat-buat tak NAMPAK dan BN lebih mudah menyerahkan kepada parti KOMPONEN mereka seperti SUPP untuk menyerang DAP.. Ini kerana BN terlampau TAKUT jika mereka menyerang DAP, mereka akan diTUDUH sebagai 'perKAUMan', 'RASIS' dan sebagainya.. Sedangkan DAP pulak sebebas-bebasnya memainkan SENTIMEN sedemikian terhadap BN? SUPP memang tidak mampu berbuat demikian kerana mereka lebih SELESA berkempen ala-ala RETRO sama seperti MCA dan Gerakan di Semenanjung.. Akibatnya nanti faham-faham aje la..

KeLEMAHan kerajaan DAP di Pulau Pinang serta bagaimana DAP 'memBAYANGi' dan 'memperALATkan' pemimpin Bumiputera dalam kerajaan PKR di Selangor dan PAS sebelum ini di Perak agar ikut kehendak mereka seakan tidak menjadi MODAL kempen BN di Sarawak.. Sedangkan etnik PRIBUMI di Sarawak sangat SENSITIF dalam SOAL ini terutamanya jika ianya menyentuh tentang TANAH dan hak-hak mereka.. BN jugak tidak BERANI menDEDAHkan pemBOHONGan DAP terhadap RAKYAT, diskriminasi DAP terhadap orang Melayu/ISLAM di Semenanjung dan betapa BIADABnya DAP dalam soal meLIBATkan agama ISLAM dan kepentingan Melayu.. BN jugak seakan 'menyorok FAKTA' tentang perkaitan DAP dengan kegiatan 'UNDERWORLD', rumah-rumah URUT dan pelacuran serta penyelewengan peruntukkan kerajaan.. Agaknya BN nak PERAM sampai bila?

Sekarang terPULANG kepada BN Sarawak dan BN Pusat untuk mengatur STRATEGI mereka.. Ingat, matlamat DAP adalah untuk men'SINGAPORE'kan negara ini bukannya takat TAWAN satu dua negeri aje.. Tidak MUSTAHIL Sarawak negeri berikutnya selepas Pulau Pinang, Perak dan Selangor.. Ada BAIKnya BN Sarawak bersikap TELUS terhadap RAKYAT dan antara keTELUSan yang perlu diTUNJUKkan kepada RAKYAT bagi menghadapi DAP ialah penjelasan tentang perALIHan kuasa di Sarawak selepas Ketua Menteri sekarang seperti yang diJANJIkan.. Jika keTELUSan ini berjaya diperjelaskan, nescaya DAP akan TUMBANG di banyak kerusi DUN dan IMPAKnya akan merebak ke Semenanjung pada PRU ke-13 kelak..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan