Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Saturday, April 09, 2011
Eksklusif PRN Sarawak - A new 'POLITICAL PUPPET' introduced by DAP for the people of Sarawak?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Hanya orang GILA sahaja yang PERCAYA bahawa pemimpin yang diTUNJUK oleh DAP akan memberi keMAKMURan kepada mereka.. Kita terGELAK sakan apabila membaca petikan berita Malaysia Insider menyatakan calon PKR untuk DUN Ba’Kalalan akan diLANTIK sebagai Ketua Menteri jika pakatan DAP + PKR + PAS menumbangkan BN dalam PRN Sarawak kali ini..->KLIK<-
Kita terGELAK kerana DAP berMIMPI mereka mampu menCIPTA satu lagi BONEKA selepas GAGAL di DUN Perak tetapi berjaya di DUN Selangor.. Adakah seorang pemimpin BONEKA yang mengikut telunjuk DAP akan mampu menTADBIR sebuah negeri seperti Sarawak yang mempunyai 24 lebih pecahan suku KAUM, agama dan bahasa? Adakah DAP tidak sedar bahawa semangat jati diri PRIBUMI di Sarawak jauh lebih KUAT berbanding orang Melayu di Semenanjung? Mungkin DAP mampu memberi SAINGAN di kawasan Bandar seperti Sibu, Miri, Kuching dan sebagainya tetapi siapakah yang nak ikut cakap mereka di kawasan PEDALAMAN Sarawak?
Untuk REKOD, tidak ada keJAYAan yang boleh diBANGGAkan apabila seseorang pemimpin itu diPILIH mengikut TELUNJUK parti paling SIAL dalam sejarah NEGARA ini..
1) Rakyat Sarawak patut LIHAT bagaimana MB GAGAP yang mengikut TELUNJUK DAP selama ini hanya menjadikan Selangor sebuah negeri yang mempunyai belanjawan DEFISIT sebanyak RM 65.98 juta untuk tahun 2010.. Lihat bagaimana negeri seKAYA Selangor di’JAHANAM’kan oleh BONEKA DAP sepertinya..
2) BONEKA DAP di Selangor GAGAL mengurus bekalan air BERSIH kepada rakyat dan sampai sekarang masih berTELAGAH berhubung penyaluran air untuk RAKYAT dari Pahang..
3) Lihat bagaimana BONEKA DAP di Selangor mengetepikan hak rakyat dalam isu Yayasan Basmi Kemiskinan di Selangor
4) Lihat bagaimana BONEKA DAP sanggup mengHABISkan duit kerajaan negeri demi memBIAYAi pakar patologi Dr, Pornthip yang dipertikaikan hatta di Thailand sendiri dan juga memBIAYAi wang guaman untuk seorang penDERHAKA Sultan di Selangor?
5) Lihat bagaimana BONEKA DAP seperti MB GAGAP hidup MEWAH sedangkan rakyat Selangor semakin ramai yang jatuh MISKIN pasal kurangnya kegiatan EKONOMI?
Itu di Selangor, di Perak jugak tidak KURANG hebatnya.. Cuma nasib tidak menyebelahi mereka kerana BONEKA DAP di Perak tumbang selepas seTAHUN menjadi kerajaan..
1) Mahukah RAKYAT Sarawak keHILANGan hak ke atas tanah-tanah ADAT mereka kepada satu kaum yang menaungi DAP seperti apa yang berlaku di Perak melalui pajakan 999 tahun?
2) Mahukah RAKYAT Sarawak seorang BONEKA DAP yang sanggup menDERHAKA kepada bangsa sendiri seperti mantan MB Perak menDERHAKA terhadap Baginda Sultannya?
Bukan RAHSIA lagi DAP amat memBENCI istilah PRIBUMI atau pun BUMIPUTERA.. Mahukah rakyat Sarawak diNAFIkan hak-hak mereka sebagai PRIBUMI seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang?
1) Lihat sendiri bagaimana DAP terang-terang menindas kaum BUMIPUTERA di Pulau Pinang dalam segenap aspek dari pemilikkan TANAH, hak mereka untuk berNIAGA, sejarah Pulau Pinang dan banyak lagi..
2) Pulau Pinang yang ASALnya diMILIKki oleh KeSULTANan Kedah cuba diputar-belitkan SEJARAH oleh DAP melalui penerbitan seperti My Balik Pulau.. Mahukan PRIBUMI Sarawak diNAFIkan hak-hak mereka dan diHINA sedemikian rupa?
Malah, sepatutnya DAP jugak wajar diPERANGi oleh umat ISLAM kerana DAPlah satu-satunya parti yang memPROMOSIkan perkara-perkara seperti:-
1) PengGUNAan nama Allah SWT oleh agama LAIN
2) Umat ISLAM murtad dari agamanya
3) Para pemimpin DAP sering menyalah-gunakan ayat-ayat suci Al Quran tetapi mereka tidak pun berIMAN dengannya?
4) DAP jugak mem’PROMOSI’ aktiviti yang manjadi DOSA dalam ISLAM seperti rumah-rumah URUT dan SEKS, bersekedudukan tanpa NIKAH, arak dan JUDI..
Oleh itu, adakah umat ISLAM di Sarawak mahu menjadi sedemikian RUPA hanya kerana memilih PRIBUMI yang sanggup menjadi BONEKA DAP? Kita percaya umat ISLAM di Sarawak jauh lebih TEBAL keIMANan mereka berbanding Lebai-Lebai PAS yang FASIK dan masih memBELA pelaku MAKSIAT..
DAP hanya membawa keBINASAan ke mana sahaja mereka WUJUD.. Memang itulah tujuan parti ini diTUBUHkan.. Yang BERHAK akan keHILANGan HAK, yang meRAMPAS HAK orang lain akan diDEWA-DEWAkan.. Kalau di Singapura, orang Melayu yang menjadi penduduk ASAL diNAFIkan segala-galanya kerana memilih PAP yang merupakan INDUK kepada DAP, adakah perkara yang SAMA tidak mustahil berlaku di Sarawak yang lebih LUAS berbanding Singapura?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan