Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Sunday, April 24, 2011
Penting sangatkah Tarian Poco-Poco itu kepada umat ISLAM di negara ini?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Ada beberapa PIHAK sudah mula menempelak Mufti Perak tentang pengHARAMan tarian POCO-POCO dengan ALASAN Majlis Fatwa Kebangsaan tidak memilih untuk mengHARAMkannya seperti di Perak.. Walaupun kita SETUJU sepatutnya ada keSERAGAMan dari segi FATWA berhubung beberapa perkara namun, kita jugak tidak SETUJU jika pandangan Mufti Perak dipertikaikan terutamanya oleh beberapa puak dalam FORUM dan BLOG yang lebih suka menuding JARI berbanding mencari penyelesaian sesama ISLAM..
Apakah dengan memperlekehkan seseorang Mufti maka itu sudah memBUKTIkan kita bijak pandai dan mahu diLIHAT lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain? Asalnya kita melihat 'SINDROM' ini hanya ada pada Lebai PAS tetapi nampaknya semakin berjangkit kepada beberapa puak dalam BLOG dan FORUM tertentu terUTAMAnya berhubung dengan isu tarian POCO-POCO ini.. Mereka ini LUPA bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri mengHORMATi pandangan Mufti Perak dan tidak pulak memBANTAH apabila Perak satu-satunya negeri yang mengHARAMkan tarian POCO-POCO? Jadik, kenapa pulak ada PIHAK yang mahu berSIKAP lebih SUDU dari KUAH? ->KLIK<-
Jika ada PIHAK meRASAkan pengHARAMan tarian POCO-POCO ini menyukarkan HIDUP mereka umpama Mat Gian yang tak boleh hidup tanpa DADAH, maka kita pun SETUJU dengan pandangan Mufti Perak.. Sebagai seorang ISLAM, adakah anda meRASAkan penekanan terhadap tarian POCO-POCO ini lebih dititik-beratkan berbanding tuntuan lain dalam ISLAM? Adakah menari tarian POCO-POCO menjadikan anda lebih MODEN, mengikut peredaran ZAMAN dan tidak dilihat JUMUD? Kita rasa anda yang meRASAkan sedemikian patut berjumpa pakar PSIKIATRI atau pergi buat ujian MRI di mana-mana HOSPITAL..
Secara JUJURnya kita tak nampaklah ada orang akan TERJUN bangunan kerana tak dapat menari POCO-POCO di Perak.. Sama jugaklah dengan pengHARAMan Yoga sebelum ini dan pengHARAMan ESQ oleh Mufti Wilayah Persekutuan.. Dengan KATA lain, tanpa melakukan POCO-POCO, Yoga atau menyertai ESQ pun kita masih boleh berNAFAS, masih menjadi ISLAM dan masih boleh bekerja untuk NEGARA.. Oleh itu, tidak perlulah mana-mana pihak MELENTING atau lebih TERUK lagi memperLEKEHkan seorang Mufti hanya kerana beliau memPUNYAi pandangan berbeza dalam soal tarian POCO-POCO.. Malah, orang Perak pun boleh aje menyeberang ke negeri-negeri lain kalau nak sangat menari POCO-POCO!
Yang PELIKnya, tarian POCO-POCO ini dari sudut BUDAYA sekali pun bukannya tarian TRADISI di negara ini pun? Kot le kata Dikir Barat ke, Zapin ke Rodat ke Boria ke betullah jugak tarian asal negara ini? Tarian ‘Made IN’ tempatan pun banyak bukan MAIN kenapa pulak kita dok sibuk dengan TARIAN yang bukan berasal dari negara ini? Senang kata, kalau satu jenis TARIAN diHARAMkan pun negara ini ada bermacam lagi tarian yang boleh ditarikan sebagai pengGANTI! Tak ke BODOH namanya kita KECOH hanya kerana tarian yang bukan pun BUDAYA kita? Lupa ke bagaimana Indonesia pernah menuduh kita menCURI beberapa tarian yang KONONnya milik mereka?
Ada pihak memBERITAHU bahawa keTEGASan Mufti Perak ini menyebabkan ISLAM dilihat sebagai anti kepada SOSIAL, kolot dan tidak berfikiran terbuka.. Ya.. Mungkin kalau diLIHAT dari sudut seperti mana pihak yang mahukan ISLAM dilihat sedemikian rupa, memanglah BETUL pun.. Ini adalah 'MIND SET' orang-orang yang berANGGAPan walaupun bertelanjang BULAT di khalayak ramai, mereka masih mahu diLIHAT sebagai orang ISLAM yang berFIKIRAN terBUKA! Anda sebagai manusia BEBAS untuk membuat TAFSIRAN sendiri tentang bagaimana ISLAM yang anda mahukan.. Cuma kita NAK tanyalah kepada orang yang ber'MIND SET' sebegini, adakah anda tahu ISLAM yang bagaimana diterima di sisi Allah SWT?
Pada kita, isu pengHARAMan tarian POCO-POCO ini terlampau REMEH untuk diperBESARkan! Walaupun memang tidak ada garis panduan yang JELAS berhubung dengan HIBURAN namun dalam ISLAM memang ada batas-batas dalam melakukan sesuatu perkara.. Contohnya, kalau sesuatu perkara yang diLAKUkan menyebabkan kita LALAI mengINGATi Allah SWT, maka sudah tentulah HARAM.. Kita tidak menolak keMUNGKINan Mufti Perak mengambil tindakkan TEGAS kerana tidak mahu ianya menjadi lebih 'COMPLICATED' di kemudian hari.. Jika itu berlaku, sudah terLAMBAT pulak untuk menFATWAkannya sebagai HARAM nanti!
Dengan kata LAIN, kalau diHARAMkan dari awal, maka sek-sok tidak TIMBULlah pulak masalah yang lebih BURUK yang akan terhasil akibat melakukan perkara tersebut.. Macam kita LARANG anak dara keluar MALAMla.. Kalau diLARANG keluar dari awal lagi, sek-sok tak adalah keMUNGKINan anak dara tu diBUNTINGkan hingga jadi gejala BUANG bayi.. Apa pun, tidak patutlah pandangan mana-mana Mufti diperSENDAkan oleh orang ISLAM sendiri hanya kerana sejenis tarian.. Bukanlah perbezaan pendapat itu sebenarnya satu RAHMAT?
Wallahualam..
1st! artikel y sangat baik
ReplyDelete