Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, May 23, 2011
Gendang PERANG kempen PRU-13 dah diPALU tetapi UMNO/BN masih tidor LENA...
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Lebai PAS dah mula PALU gendang PRU ke-13.. Semalam kat Kota Bharu, di satu majlis yang dihadiri oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM', digambarkan kira-kira 10 ribu warga Lebai PAS berkumpul nak menyatakan SOKONGan kepada parti mereka.. Walaupun diFAHAMkan sebahagian daripadanya adalah budak-budak Maahad tetapi kena INGAT jugak bahawasanya Lebai PAS tak pernah pun mengHADkan umur untuk sesiapa jadi ahli parti mereka.. ->KLIK<-
Kemudian, kita terbaca pulak kisah Lebai PAS nak anjurkan satu lagi DEMONSTRASI ala-ala BERSIH katanya nak KUMPULkan sampai 100 ribu orang di tengah-tengah jalan di KL.. Walaupun ianya diUSAHAkan oleh seorang mantan KAKI KHALWAT dan mantan pengebas DUIT derma Memali, kita PERCAYA usahanya ini akan dapat SAMBUTAN kerana Lebai-Lebai PAS bijak mengaburi segala tindakkan KEJI mereka dengan dalih KONONnya ianya adalah 'FISABILILLAH'.. Tambah pulak diBANTU dek DAP dan PKR dalam bentuk sumber kewangan.. ->KLIK<-
Walaupun Lebai PAS akan mengadakan pemilihan parti dalam MUKTAMAR mereka tahun ini, ianya tidak akan mengubah apa-apa pun.. Sebelum ini kita dah lama tahu kumpulan ULAMA dalam PAS dah jadik ibarat MELUKUT di tepi GANTANG.. Mereka cuma diTUGASkan untuk buat FATWA bagi mengHALALkan kerja-kerja KOTOR yang dilakukan oleh Geng ERDOGAN aje.. Malah, jangan terkejut kalau kita katakan bahawa selepas ini Geng ERDOGAN akan berKUASA dalam PAS dan mengHAPUSkan era ULAMA selepas ini.. Begitu sekali SEMANGATnya Lebai PAS untuk menumbangkan UMNO/BN..
Baiklah, bagaimana pulak dengan UMNO/BN? Dalam masa kurang dari setahun, kita JANGKAkan PRU ke-13 akan diadakan.. Setakat manakah perSEDIAan UMNO/BN untuk menghadapinya? PM DS Najib dah suruh palu GENDANG.. TPM TS Muhyiddin pulak dah bagi peringatan mengatakan PRU ke-13 adalah paling SENGIT untuk UMNO/BN dalam sejarah.. Namun demikian, HARAM kita tak nampak pun keGUSARan dan 'AWARENESS' yang disebut oleh PM dan TPM disambut oleh jentera-jentera UMNO/BN malahan oleh para pemimpinnya sendiri.. ->KLIK<-
Kita LIHAT masih ramai yang dok MERAPU buat kenyataan macam orang MAMAI.. Tadi Menteri KEBAJIKAN dan WANITA dah memandai keluarkan kenyataan yang KURANG menyenangkan pasal status rumah anak yatim di Hulu Langat ketika RAKYAT masih lagi berSEDIH dengan tragedi runtuhan tanah tersebut.. Inilah pe'el pemimpin UMNO yang selalu salah 'TIMING' lagi MERAPU bila nak buat kenyataan.. Akibatnya, yang RUGI adalah UMNO/BN sendiri.. Gamaknya Menteri nih dah nak PENCEN dah kot? PASAL kalau dia berTANDING lagi sekali pun KALAH aje nampaknya.. ->KLIK<-
Selain daripada tahap 'AWARENESS' para pemimpin UMNO/BN yang meMALUkan, tak keterlaluan kalau diKATAkan masih ramai yang dok kejar JAWATAN atau mengampu 'BOSS' mereka untuk JAWATAN dalam parti.. Inilah yang sering kita nampak dalam Pemuda UMNO ketika ini.. Dalam mesyuarat Cawangan atau Bahagian, bukan main lagi berapi-api berucap nak bela nasib RAKYAT la, nak perjuangkan agama, bangsa dan negara la, nak majukan RAKYAT la.. TETAPI keluar aje dari dalam dewan mesyuarat, dah mula SEMBANG pasal bisnes, pasal nak tepuk bahu siapa untuk LOBI projek dan pasal nak tanding JAWATAN apa pulak selepas ini..
Adakah UMNO/BN yakin mereka PRETASI mereka lebih baik pasal diBANTU oleh jentera kerajaan? Jangan.. Jangan ingat semua penjawat awam dalam kerajaan MENYOKONG mereka.. Penjawat awam dalam kerajaan pun dah pandai main KAYU TIGA pasal kot mana pun mereka tetap terJAMIN.. Sebab itulah kita TENGOK banyak penjawat awam di LHDN, PBT, perGURUan dan banyak lagi main acuh tak acuh aje dengan tugas.. Kalau RAKYAT marah dengan KUALITI perkhidmatan mereka ini pun RAKYAT hanya mampu LUAHkan menerusi undi dalam PRU nanti.. Bila RAKYAT buat begitu, adakah yang terJEJAS adalah penjawat awam yang berSIKAP acuh tak acuh atau kerajaan UMNO/BN itu sendiri? Anda TAHU jawapannya..
Itu belum lagi masuk bab agensi-agensi kerajaan yang diWUJUDkan oleh kerajaan UMNO/BN seperti PEMANDU, ECER, NCER dan banyak lagi yang tak PERNAH 'Working on the GROUND'.. Begitu jugakla dengan pengurusan GLC-GLC yang mana ada diterajui secara 'DIRECT' oleh ahli-ahli UMNO/BN.. PRESTASI setiap agensi meLAMBANGkan keSUNGGUHan kerajaan UMNO/BN untuk berkhidmat kepada RAKYAT.. Kalau agensi-agensi ini lebih banyak menyusahkan RAKYAT daripada memberi KHIDMAT, alamatnye faham-faham aje la.. Asyik RAKYAT aje yang kena TANGGUNG, sedangkan mereka yang berSEMBUNYI di balik agensi-agensi kerajaan dan GLC-GLC ini dok menyamun RAKYAT tak henti-henti? CONTOHnya – BANK..
Sebagai RAKYAT, kita tak LARAT dah nak bagitau kat UMNO/BN apa RINTIHAN kita.. Harga BARANG naik, kadar faedah BANK naik, caj dan surcaj perKHIDMATan naik, rebat LHDN diNAFIkan, rebat tak boleh 're-CLAIM'.. BANYAK sangat benda yang menyakitkan hati RAKYAT berlaku TETAPI mungkin kerajaan UMNO/BN terpaksa PEJAM mata pasal sedar UMNO/BN dah tak sekuat dulu lagi.. Walaupun ada yang terang-terang jadik PENYANGAK pun, UMNO/BN terpaksalah buat tak RETI pasal jika diambil tindakkan, KESAN keROSAKkan yang akan dilakukan oleh PENYANGAK tersebut kepada kerajaan UMNO/BN jauh lebih DAHSYAT berbanding tindak-balas RAKYAT yang tak puas hati.. – AGAKnya la....
Kalau DS Najib dan TS Muhyiddin turun buat 'WALKABOUT' macam setiap kali PRK pun belum tentu lagi RAKYAT boleh sejuk HATI.. Pasal RAKYAT nampak keSUNGGUHan DS Najib dan TS Muhyiddin TETAPI malangnya RAKYAT tak nampak keSUNGGUHan yang SAMA dalam diri setiap ahli UMNO/BN dan jugak setiap anggota kerajaan yang yang diterajui oleh UMNO/BN!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan