Sunday, May 22, 2011

Rumah yang RUNTUH boleh dibina semula, JIWA yang pergi, SEDEKAHkanlah AL-FATIHAH..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau dah nak dikatakan AJAL itu macam mana pun akan dihadapi jugak.. Begitu jugaklah TRAGEDI runtuhan tanah yang menimpa Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.. TRAGEDI ini sangat mengejutkan dan sangat menyedihkan.. Apa pun, kita sebagai umat ISLAM wajar REDHA dengan segala ketentuan Allah SWT dan patut mengambil IKTIBAR di atas segala Qada dan Qadhar yang berlaku.. ->KLIK<-

Antara IKTIBAR yang patut kita ambil ialah dalam pada ketika kita diSARANkan mengejar keMAJUan, kita LUPA masih ada GOLONGAN yang DHAIF, tidak bernasib baik dan memerlukan perhatian serta BANTUAN seperti anak-anak YATIM ini.. Dalam pada kita dok LAUNGkan bermacam-macam SLOGAN yang berunsurkan POLITIK, kita lupa masih banyak JIWA yang SUCI dan tidak wajar diKOTORkan dengan POLITIK keHAIWANan seperti apa yang berlaku ketika ini.. Oleh itu, seWAJARnya kita mula mengambil BERAT terhadap orang-orang sekeliling kita dan saling BANTU memBANTU apa yang patut tanpa mengira apa pun FAHAMan POLITIK..

IKTIBAR yang perlu jugak diberi perhatian ialah setakat mana jaminan keselamatan terutamanya dari segi STRUKTUR binaan dan persekitaran di mana terdapat rumah anak-anak YATIM atau pun rumah-rumah kebajikan lain.. Sering kita LIHAT di kaca TV atau kita lihat sendiri bagaimana DHAIFnya keBANYAKkan rumah-rumah perlindungan ini walaupun kita diKHABARkan negara ini bergerak ke arah keMAJUan.. Sebahagian BESARnya pulak hanya mengHARAPkan IHSAN orang ramai.. KeDHAIFan rumah-rumah perlindungan ini HENDAKlah diberikan perhatian seWAJARnya oleh kerajaan berbanding memberikan perhatian kepada rumah-rumah MEWAH yang KOSONG tetapi meLAMBANGkan keANGKUHan di Mon't Kiara, Bukit Damansara, Bukit Tunku, Bangsar atau di Bukit Antarabangsa..

Dalam pada kita melihat kerajaan GALAK dan bersungguh meNAIKkan NAFSU pemaju untuk memBINA rumah-rumah MEWAH seperti di Mon't Kiara, Subang Jaya, Kota Damansara dan sekitar Putrajaya, janganlah pulak diLUPAkan bahawa masih ramai golongan yang perlu diBELA dan memerlukan tempat berlindung seKUKUH rumah-rumah seperti di kawasan yang diSEBUTkan.. Kalau boleh diBINA sebuah KONDO mewah untuk diHUNI oleh warga ASING yang bukan pun warganegara, apakah SALAH kalau diBINA jugak rumah-rumah perlindungan dan kebajikan seHEBAT atau seCANGGIH KONDO mewah tersebut? Aiseh.. Bukannya anak-anak YATIM tuh nak beranak-pinak di sana pun.. Apabila mereka DEWASA, dah tentulah mereka tahu nak cari NAFKAH hidup dan tempat kediaman sendiri..

Kita pun tidak nampak apa SALAHnya jika rumah anak-anak YATIM atau rumah kebajikan dibina di tengah-tengah KL CONTOHnya seperti di Mon't Kiara atau Sri Hartamas.. Bukankah itu lebih BAIK daripada memBINAnya di kawasan pedalaman atau terpencil? Barulah orang kata Malaysia nih negara MAJU yang tidak mengABAIkan KEBAJIKAN segenap lapisan RAKYATnya.. Oppsss.. Agaknya mungkin pemBINAan rumah-rumah perlidungan ini tidak menDATANGkan keUNTUNGan MATERIAL kepada pemaju apatah lagi kepada pihak yang berMENTALITI TAIK dalam kerajaan.. Ye la.. Bukannya boleh KUTIP sewa pun.. Bank pun belum tentu sanggup bagi pinjaman..

Perkara-perkara sebegini mungkin mudah diALPAkan oleh kerajaan atau pihak yang berkuasa.. Malah, kita pun tak akan menJANGKAkan para Tuan Penasihat dalam PEMANDU akan mengetengahkannya dalam NKRA yang KONONnya menjadi OBJEKTIF mereka.. Lebih baik cari GLAMER atau PUBLISITI dengan isu-isu seperti penarikkan SUBSIDI atau naikkan kadar faedah BANK agar yang sudah KAYA menjadi lebih KAYA dan yang PAPA KEDANA menjadi semakin PARAH.. Harap-haraplah jangan ada pulak yang mengatakan "Siapa suruh diLAHIRkan sebagai PAPA KEDANA" atau "Siapa suruh diLAHIRkan sebagai DHAIF" sebagai ALASAN kelak, udah le!

TAKZIAH dan AL-FATIHAH untuk mereka yang telah pergi..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan