Tuesday, May 31, 2011

MB Kedah nih menyindir ahli-ahli POLITIK dari parti MANA agaknya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kali ini ingin mengatakan sesuatu yang PAHIT untuk sesetengah orang POLITIK tetapi sebenarnya amat MANIS bagi RAKYAT biasa macam kita.. Walaupun semua maklum Lebai PAS memang tak akan seBULU dengan UMNO sampai bila-bila TETAPI ada jugak masanya di mana ahli-ahli POLITIK UMNO khususnya dalam Pemuda UMNO tuh patut mencontohi kePIMPINan beberapa Lebai PAS dalam beberapa PERKARA.. Contohnya, keTAKSUBan beberapa pemimpin UMNO terhadap mengGUNAkan platform parti mencari keMEWAHan.. Walaupun dalam PAS jugak ada PENYAKIT macam nih, ianya tidak KETARA seperti UMNO pasal diorang tak berKUASA di peringkat PUSAT.. Sebab itulah UMNO mungkin patu menilai TELATAH beberapa ahli POLITIK mereka agar RAKYAT tak naik MELUAT!

Dalam KONTEKS ini, kenyataan 'RENDAH DIRI' MB Kedah mungkin patut dijadikkan IKTIBAR oleh para pemimpin UMNO yang berNAFSU besar KHUSUSnya dalam Pemuda UMNO..

"Tidak ada jawatan pun boleh berbakti,"

ITUlah kata MB Kedah apabila mengulas tentang penarikkan DIRInya daripada berTANDING jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan parti itu KALI ini.. Menurutnya lagi, tidak semestinya seseorang itu perlu menJADI Presiden atau Timbalan Presiden terlebih DAHULU untuk membolehkannya berBAKTI kepada parti.. ->KLIK<-

Ayat yang diTUTURkan oleh MB Kedah ini amatlah RINGKAS tetapi amatlah DALAM dan amatlah 'PEDAS' lagi berBISA kepada beberapa PIHAK! TerPULANGlah kepada anda untuk buat TAFSIRAN.. Siapa makan CILI, dialah yang rasa PEDASnya! HE!HE!HE!

Semasa berUCAP dalam Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Ketua UMNO Cheras jugak pernah mengUCAPkan kata-kata yang mempunyai MAKSUD yang SAMA.. Malangnya, selepas itu Ketua Pemuda UMNO Cheras pulak telah menunjukkan betapa tidak FAHAMnya dia tentang ucapan Ketua UMNO Cheras sendiri dalam MAJLIS yang SAMA apabila meMINTA agar DS Najib memBERIkan JAWATAN dalam KABINET kepada 'BOSS'nya dalam Pemuda UMNO! Nampak jelas perBEZAan antara sikap KETUA sebuah kerajaan NEGERI dengan SIKAP Ketua PEMUDA sebuah parti POLITIK.. Patut kita INGATkan bahawa RAKYAT bukannya BODOH untuk tidak memBANDINGkan apa yang mereka nampak INI..

Secara JUJURnya kita jugak PERCAYA bahawa keMUNGKINan besar PAS akan KEKAL memerintah Kedah jika MBnya terus bersikap sebegini.. Walaupun MBnya mungkin diKRITIK kerana GAGAL membawa pemBANGUNan TETAPI rakyat Kedah jugak mungkin lebih suka dengan penampilan MBnya yang sederhana dan MESRA berbanding beberapa pemimpin UMNO Negeri sendiri! Kalau kerja UMNO Kedah setakat cari SALAH orang tanpa berusaha menunjukkan DIRI sendiri lebih BAIK, jangan HARAPlah Kedah akan kembali kepada UMNO.. Itu pun jika tak ada Lebai PAS yang akan buat TAIK terhadap MB Kedah ini seperti mana yang berlaku di Kelantan semasa di bawah MB PAS bernama Datuk Nasir..

Pada RAKYAT, mereka sudah SERIK dengan ahli-ahli POLITIK yang kuat berCAKAP, kuat meLOBI dan kuat KELENTONG TETAPI langsung tak tunjuk KHIDMAT dan keMESRAan kepada RAKYAT.. Inilah PENYAKIT dalam UMNO dan inilah sebab kenapa RAKYAT Kelantan melihat Pok Nik 'ALAIHISSALAM' lebih MESRA dengan RAKYAT berbanding beberapa pemimpin UMNO.. Itu sebab Pok Nik masih kekal sebagai MB Kelantan setakat ini walaupun kejenya sehari-hari cuma MAKAN GAJI BUTA.. Bolehkah UMNO mencari PEMIMPIN sebegini khususnya di kalangan Pemuda UMNO untuk mengatasi masalah PERSEPSI sebegini? Bukan tak ada.. Ada INDIVIDU sebegini dalam UMNO.. Cuma BIASAnya INDIVIDU sebegini akan diPINGGIRkan oleh puak-puak pengamal POLITIK WANG dalam UMNO..

Apa pun, pemimpin yang berSIKAP seperti MB Kedah ini biasanya akan diROSAKkan oleh sendiri oleh Lebai PAS.. Itulah yang berlaku terhadap MB Kelantan dari PAS iaitu Datuk Nasir pada tahun 1977 dahulu.. Kita pun cuma TUNGGU ajelah berapa lama MB Kedah ini akan diperTAHANkan oleh Lebai PAS daripada anasir-anasir dalam PAS sendiri.. Almaklumlah, dalam PAS pun dah semakin RAMAI ahli-ahli parti mereka yang menCONTOHi sikap BURUK ahli-ahli UMNO.. Kalau TAK, takkanlah bekas 'KAKI KHALWAT' dan bekas 'PENGEBAS DUIT MEMALI' nak diCALONkan sebagai Timbalan Presiden parti sendiri? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan