Friday, May 20, 2011

Mintak maaf DS Najib tetapi kita HANGIN dengan PEMANDU dan beberapa tindakkan KERAJAAN BN..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Secara JUJURnya kita ingin JELASkan bahawa kita sengaja tak nak TULIS perkara sebegini awal-awal kerana ianya hanya akan menJADIkan DEMONSTRASI oleh AMK bertambah RANCAK seterusnya mencapai tahap seperti DEMONSTRASI ala BERSIH dulu.. Namun demikian, selepas AMK menjadi PENGECUT dan hanya tahu memperJUANGkan nasib pemimpin PKR anak-beranak sahaja, maka kita RASA kita patutlah TULISkan PERKARA sebegini dan mengHARAPkan agar ianya mendapat RESPON terutamanya daripada mereka yang PERASAN akan menjadi KERAJAAN buat selama-lamanya..

Kita amat TERKILAN dengan beberapa tindakkan kerajaan yang seakan cuba menCABAR keSABARan rakyat ketika ini..

- Kerajaan telah mengurangkan SUBSIDI bahan mentah seperti GULA hingga menyebabkan harga barangan yang menggunakannya akan turut NAIK.. ->KLIK<-

- Bank jugak telah meNAIKkan kadar BFR hingga menyebabkan banyak pemilik RUMAH terpaksa memBAYAR pinjaman BANK mereka dengan kadar yang lebih TINGGI.. ->KLIK<-

- Yang paling menyakitkan HATI ialah apabila kerajaan seakan buat TAK tahu dengan kadar INFLASI negara yang semakin meningkat tanpa berUSAHA untuk mengatasinya.. ->KLIK<-

MALANGnya, kita perasan kerajaan seakan buat PEKAK dengan perkara sebegini tanpa menyedari banyak RAKYAT merintih SENGSARA akibat tindakkan sebegini.. Yang paling menyakitkan HATI ialah apabila ada beberapa menteri yang terus mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati RAKYAT berhubung SOAL penarikkan SUBSIDI yang KONONnya perlu demi menJIMATkan perBELANJAan kerajaan.. Sedangkan semua MAKLUM bahawa Menteri tersebut turut meNIKMATi faedah SUBSISI sama seperti RAKYAT yang lain cuma RAKYAT aje tak meNIKMATi penDAPATan yang tinggi sepertinya? ->KLIK<-

Semasa kerajaan BN di bawah pemerintahan PM ke-5, banyak TINDAKkan DRASTIK yang dilakukannya untuk menarik SUBSIDI telah mencetuskan keMARAHan RAKYAT.. DiFAHAMkan tindakkan sedemikian dilakukan olehnya atas NASIHAT penasihat 'Level 4 BOYS' yang PERASAN merekalah warganegara yang Maha Bijaksana.. Namun, kali ini di bawah DS Najib tindakkan yang seakan SAMA masih dilakukan cuma penasihatnya sahaja yang berLAINan.. Penasihat kali ini dikenali sebagai PEMANDU.. Siapakah di sebalik PEMANDU, anda boleh lihat sendiri di sini.. ->KLIK<-

Yang PELIKnya, seperti jugak 'Level 4 BOYS', PEMANDU jugak seakan tidak mempunyai IDEA yang BERNAS melainkan turut melakukan seperti apa yang diLAKUkan oleh 'Level 4 BOYS' berhubung penarikkan SUBSIDI.. Seperti jugak 'Level 4 BOYS', mereka yang menganggotai PEMANDU jugak dilihat berLAGAK seakan PERASAN elit dan hanya tahu buat KERJA tidak secara 'On the GROUND'.. Dengan kata lain, mungkin mereka hanya meNILAI ikut media massa aje lepas tu main ikut sedap MULUT aje untuk NASIHATkan kerajaan agar ikut apa yang mereka KATAkan.. Kalau SENGET apa yang mereka NASIHATkan, maka SENGETlah apa yang dilakukan oleh kerajaan kepada RAKYAT..

Kalau diLIHAT siapa KETUA kepada PEMANDU ini, dia adalah seorang ahli POLITIK Gerakan yang 'LOSER' di Pulau Pinang kerana penyebab TUMBANGnya kerajaan BN kepada DAP.. Dia dilihat 'LOSER' kerana keLEMAHannya sendiri yang GAGAL membaca SENTIMEN 'On the GROUND' seperti yang kita sebut.. RAKYAT Pulau Pinang suarakan BENDA lain, dia buat benda lain? Manakala CEO PEMANDU pulak adalah orang yang pernah mengatakan NEGARA ini akan MUFLIS pada tahun 2020 jika pemBERIan SUBSIDI diteruskan.. EH? Hello.. Tun Mahathir pernah lalui 2 kali keGAWATan EKONOMI, tak pernah pun dia TARIK pemBERIan SUBSIDI kepada RAKYAT? Lagi dia bantu RINGANkan beban RAKYAT ada la!

Di sini sahaja kita dapat LIHAT perBEZAan KETARA antara penasihat kepada PM selepas Tun Mahathir dengan penasihat di zaman Tun sendiri.. PemBERIan SUBSIDI memang menambahkan BEBAN kerajaan TETAPI penarikkan SUBSIDI perlulah diLAKUkan hanya apabila RAKYAT benar-benar MAMPU berdikari tanpanya.. SOALnya, adakah RAKYAT ketika ini MAMPU berdikari? Di sini kita LIHAT DS Najib jugak seakan GAGAL memahami SENTIMEN rakyat terutamanya di kawasan bandar.. DS Najib asyik sebut penarikkan SUBSIDI dilakukan agar kerajaan dapat SALURkan lebih BANTUAN kepada RAKYAT khususnya di luar bandar.. Baiklah, bagaimana pulak dengan RAKYAT di bandar? Adakah mereka di bandar ini pada SANGKAan DS Najib benar-benar MEWAH dan tidak perlukan BANTUAN?

Kalau RAKYAT luar bandar diHULURkan bantuan seperti alatan untuk kerja pertanian atau NELAYAN, bagaimana pulak dengan RAKYAT di BANDAR? Adakah pada anggapan DS Najib RAKYAT di BANDAR ini semuanya berpendapatan RM 5 ribu atau RM 6 ribu ke atas? Apakah RAKYAT di BANDAR yang bekerja sebagai pembantu AM, juruteknik, tukang atau kerani diKATEGORIkan sebagai MEWAH? Apakah RAKYAT yang bekerja sebagai EKSEKUTIF atau JURUTERA tetapi hanya diBAYAR gaji sekitar RM 3 ribu ke BAWAH dikatakan sebagai MEWAH? Pernahkah dilakukan KAJIAN tentang betapa DAHSYATnya kesan keNAIKkan KOS HIDUP di BANDAR pada ketika ini?

Kalau SLOGAN 'RAKYAT diDAHULUkan' sering dilaungkan, maka RAKYAT yang mana diDAHULUkan? RAKYAT di BANDAR bukannya ada SAWAH atau reban AYAM atau kolam IKAN untuk menampung keperluan hidup sendiri.. Ramai yang terperuk di rumah-rumah FLET, apartment usang atau rumah TERES yang berSTATUS 'Leasehold' kerana tidak MAMPU untuk memilikki keHIDUPan yang sempurna.. Ditambah pulak dengan kerjasama 'GHAIB' antara pihak pemaju dengan BANK untuk menjadikan nilai HARTANAH sebagai sesuatu yang boleh diSPEKULASI, lambat laun kita akan menyaksikan KL menjadi kota yang 'SLUMP' seperti Manila, Bangkok dan Jakarta.. Adakah ini yang diKATAkan keMAJUan? ATAU memang SENGAJA nak halau RAKYAT keluar agar penempatan MEWAH di BANDAR dapat diJUALkan kepada warga ASING seperti di Mon’t Kiara?

Kita SETUJU kalau pemBERIan SUBSIDI diKAWALselia.. SOALnya adakah itu TINDAKkan yang dilakukan oleh PEMANDU? Semua RAKYAT maklum, baik individu dalam PEMANDU mahu pun DS Najib dan para MENTERInya sendiri tidak terlepas daripada meNIKMATi SUBSIDI yang sedia ada ketika ini.. Bolehkah cuba NAFIkan? Bagaimana pulak dengan yang memang KATEGORI dah KAYA seperti tokey-tokey CINA yang menaungi DAP, pemimpin anak-beranak yang MEWAH dalam PAS atau PKR dan balaci-balaci UMNO dalam GLC-GLC negara? Bolehkah diNAFIkan mereka atau ahli keluarga mereka tidak meNIKMATi sebarang SUBSIDI? Bagaimana pulak dengan para penDATANG atau pelabur yang melabur untuk jangka masa SEKEJAP di negara ini? Adakah mereka tidak meNIKMATi SUBSIDI walaupun selepas mengaut KEMBALI hasil keUNTUNGan yang dilaburkan tanpa sedikit pun berikan EHSAN kepada RAKYAT negara ini?

BLOG ini mintak MAAF kerana terpaksa TULIS panjang LEBAR pasal HAL ini TETAPI inilah REALITI yang dialami ketika ini.. Kita jugak menjadi MANGSA terhadap apa yang diKATAkan penarikkan SUBSIDI terhadap barangan seperti GULA dan barangan keperluan lain serta menjadi MANGSA akibat keNAIKkan kadar BFR untuk pinjaman RUMAH oleh BANK yang mana diterajui oleh adik DS Najib sendiri.. Sebab itulah kita BENGANG dengan PEMANDU yang hanya tahu 'IMPOSE the idea' TETAPI tidak pernah pun BUKTIkan bahawa mereka 'WORKING on the GROUND' untuk buktikan BERNAS atau tidak IDEA mereka.. Harap-haraplah anda semua FAHAM apa yang kita CELOTEHkan ini..

Wallahualam..

2 comments:

  1. Salam dok penghati..
    Mantap..eluk benar bro tulis pun.

    Satu lagi...

    BILA NAJIB DIBERI KARPET MERAH DAN NYSE ANJURKAN INVEST MALAYSIA UTK KITA APA MAKNANYA...?

    Gua serahkan pada pembaca untuk mentafsirkan...tapi bulu tengkuk aku dah mula meremang...

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Ada bermacam TAFSIRAN..

    Terpulanglah kepada RAKYAT untuk pilih TAFSIRAN yang mana..

    DS Najib patut sedar NEGARA ini ada sumber keKUATannya sendiri.. Cuma kenalah GEMBLENGkan dengan cara yang BETUL.. Jangan terlampau HARAPkan PEMANDU atau sesiapa kerana DS Najib patut menCONTOHi Tun Mahathir yang jadik sendiri General Perang..

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan