Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, May 09, 2011
RASIONALisasi SUBSIDI nih cetusan IDEA daripada pakar-pakar yang OTAKnya tidak RASIONAL kot?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kita TAK nafikan mana-mana PEMIMPIN sesebuah NEGARA sudah tentunya menyimpan beberapa orang PAKAR atau yang buat-buat mengaku PAKAR.. Walaupun kita TIDAK tahu apakah JUSTIFIKASI yang sesuai untuk meNOBATkan seseorang sebagai PAKAR sekaligus menjadi PENASIHAT kepada PEMIMPIN, rasanya ILMU tanpa PENGALAMAN tidak CUKUP untuk menJADIkan seseorang itu PAKAR.. Malah, lebih CANTIK lagi kalau ada PAKEJ seperti ILMU + PENGALAMAN + IMAN untuk meLAYAKkan seseorang itu bergelar PAKAR.. Soalnya, adakah JUSTIFIKASI sedemikian yang dipakai oleh para PEMIMPIN kita untuk mendapatkan KHIDMAT mereka bagi menTADBIR negara?
Kalau ikut SEJARAH, perLANTIKkan beberapa orang yang buat-buat PAKAR sebagai 'TUAN Penasihat' kepada PM ke-5 atau lebih diKENALi sebagai 'LEVEL 4 BOYS' telah menyebabkan UMNO/BN nyaris terSUNGKUR dari persada POLITIK negara.. Malah, PENYAKIT beginilah yang menyebabkan keJATUHan banyak parti-parti POLITIK seperti LDP di Jepun, KONGRES di India dan Demokrat di Thailand.. KeGAGALan seseorang PEMIMPIN memBEZAkan antara mereka yang benar-benar PAKAR dan mahu berKHIDMAT untuk negara dengan yang buat-buat PAKAR tapi mahu menROMPAK negara akhirnya menyebabkan keJATUHan pemimpin itu sendiri.. Adakah kerajaan UMNO/BN jugak begitu akhirnya?
Kita TIMBULkan perSOALan sedemikian kerana kita masih KABUR apakah LOGIKnya meNAIKkan harga bahan MENTAH seperti GULA dengan usaha kerajaan untuk meRASIONALisasikan SUBSIDI.. ->KLIK<-
Kita jugak INGIN tanya apakah OBJEKTIF sebenar kerajaan meLAKUkan apa yang diKATAkan RASIONALisasi SUBSIDI? Adakah untuk menyusahkan RAKYAT atau untuk mencari ALASAN keKALAHan pilihanraya ke-13 nanti? Di atas KERTAS, memanglah OBJEKTIF yang diNYATAkan ialah untuk mengurangkan beban KEWANGAN kerajaan agar kerajaan dapat menyediakan lebih banyak PERUNTUKAN khususnya pemBANGUNan kepada RAKYAT.. Soalnya, adakah RAKYAT meRASAkan sedemikian pada HARI ini? Walaupun RAKYAT tahu pembangkang lebih banyak RETORIK, tetapi bukankah kerajaan yang patut memperBETULkan keadaan?
Rasanya tidak ada NEGARA yang langsung tidak berikan SUBSIDI untuk RAKYAT? Negara MAJU seperti US, Jepun dan negara EU pun banyak memBERIkan pelbagai jenis SUBSIDI agar negara mereka dapat berSAING di peringkat GLOBAL.. Kita SETUJU kalau pemBERIan SUBSIDI diAGIHkan kepada mereka yang benar-benar BERHAK.. Namun, apa yang kita LIHAT bila RASIONALisasi SUBSIDI diLAKSANAkan, yang KAYA langsung tak terjejas sebaliknya yang kurang KAYA atau MISKIN semakin JAHANAM hidup mereka.. Jadik, adakah INI bentuk penCAPAIan yang mahu diJAJAkan oleh kerajaan UMNO/BN pada KEMPEN pilihanraya kelak?
CONTOHnya apabila harga GULA diNAIKkan, sekaligus harga MAKANAN akan turut NAIK.. Memanglah tak ada orang makan GULA macam makan NASI tetapi harga MAKANAN di kedai-kedai tetap akan NAIK walaupun mungkin hanya sebutir dua GULA sahaja digunakan.. Adakah INI yang diKATAkan RASIONALisasi? Mungkin RAKYAT boleh diMOMOKkan KONONnya harga GULA di negara ini masih RENDAH berbanding di Thailand atau Indonesia tetapi adakah harga MAKANAN kita serendah harga MAKANAN di sana? Adakah setakat ini sahaja keCERDIKan PAKAR yang diUPAH oleh kerajaan untuk menJAYAkan RASIONALisasi SUBSIDI? Kalau macam ni, lebih baik SIMENkan mereka hidup-hidup lepas tuh SELAMkan dalam LAUT!
Apa GUNAnya kerajaan melakukan RASIONALisasi SUBSIDI jika tidak ada seorang pun RAKYAT yang dapat meNIKMATinya? Adakah kerajaan SEDAR bahawa PAKAR-PAKAR yang beriya-iya menJAYAkan RASIONALisasi SUBSIDI ini seolah-olah bekerja di alam DEWATA dan langsung tak 'LOOKING on the GROUND'? Menerusi MEDIA, kerajaan meMOMOKkan KONONnya ekonomi negara berKEMBANG dan sedang MAJU.. ->KLIK<-
HAKIKATnya, rakyat semakin terSEKSA dan langsung tak dapat meRASAi hasil daripada EKONOMI yang KONONnya berkembang.. Tok sah kata RAKYAT yang di KAMPUNG, di bandar lagilah lebih terSEKSA.. Harga BARANG semakin NAIK, pendapatan dan KUASA BELI rakyat masih diTAKUK lama.. Senario RAKYAT di bandar sebenarnya jauh lebih BURUK akibat keNAIKkan kos barang seperti GULA dan bahan mentah lain, HUTANG dengan BANK untuk pemBELIan rumah dan lain-lain serta bermacam-macam CUKAI atau surcaj yang tidak masuk AKAL.. Akhirnya, ke MANAkah HASIL kutipan atau 'ROMPAKkan' daripada RAKYAT ini diSALURkan?
Yang NYATAnya, RASIONALisasi SUBSIDI ini langsung tak menJEJASkan pihak yang 'memperGUNAkan' kerajaan untuk meRAIH keKAYAan seperti ahli-ahli POLITIK, ahli-ahli korporat dalam GLC, tokey-tokey kaum PENDATANG yang dapat PROJEK atau TENDER kerajaan, pegawai-pegawai TINGGI kerajaan atau PBT dan PAKAR-PAKAR seperti yang kita MAKSUDkan.. Bukankah mereka ini yang tidak BERHAK mendapat sebarang SUBSIDI? Sebaliknya yang semakin terTEKAN dan diSEKSA adalah R-A-K-Y-A-T.. Kalau di BANDAR, gaji RM3+++ tak menJAMIN apa-apa pun.. KUALITI hidup semakin MEROSOT tetapi kerajaan UMNO/BN masih beranggapan PAKAR-PAKAR mereka melakukan perkara yang BETUL!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan