Wednesday, May 11, 2011

Adakah dengan 'AIR LIUR' aje dapat menghalang IMPAK kenaikkan harga GULA hasil RASIONALisasi SUBSIDI?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

SKRIP yang sama diULANG berkali-kali.. Kalau kita tengok DRAMA Melayu, kita sering melihat ADEGAN atau jalan CERITA yang sama diMAINkan walaupun TAJUKnya berbeza.. Begitu jugaklah dalam REALITI keHIDUPan kita di mana pihak berkuasa KHUSUSnya daripada Kementerian seperti KPDNKK hanya tahu menyebut 'JANGAN' atau 'DILARANG' sahaja setiap kali mereka meNAIKkan harga sesuatu barang KAWALAN seperti GULA.. ->KLIK<-

Lagi satu SKRIP yang sering diGUNAkan oleh pihak KPDNKK adalah "Harga itu masih rendah berbanding di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina!" Mungkin kalau ada SKRIP yang baru pun, ianya akan berBUNYI seperti "Kenaikan ini tidak seharusnya membebankan pengguna dan mereka seharusnya melihat dari sudut positif bahawa pengurangan penggunaan gula dapat mencegah dari penyakit seperti kencing manis,".. Takat itu ajelah keMAHIRan tahap tertinggi pihak KPDNKK buat SKRIP untuk ALASAN meNAIKkan harga barang KAWALAN! HE!HE!HE!

Apa pun, SKRIP tersebut hanyalah berbentuk LISAN atau 'AIR LIUR' sahaja.. Setakat manakah PEMANTAUAN akan dilakukan oleh mereka? Mungkin PEMANTAUAN hanya bila ada KAMERA TV mengekori di belakang setiap kali pihak mereka buat SERBUAN.. Yang NYATAnya, kalau PENIAGA nak NAIKkah harga MAKANAN kerana harga GULA naik, mereka tetap akan NAIKkan jugak! Mustahil KPDNKK mampu memantau keSEMUA peniaga MAKANAN di seluruh negara.. Lainlah kalau ada 'REWARD' diberikan kepada PELAPOR yang meLAPORkan wujudnya PENIAGA yang berbuat demikian.. Almaklumlah, 'REWARD' nih penting jugak kepada RAKYAT terUTAMAnya pada ketika ini di mana nila WANG semakin SUSUT berbanding KOS hidup!

Seperti yang kita SEBUT dalam tulisan BLOG sebelum ini, apa yang diKATAkan sebagai RASIONAL dengan melakukan RASIONALisasi SUBSIDI? Kebanyakkan RAKYAT nampak ialah WANG yang diMILIKki mereka tidak meMUNGKINkan mereka berBELANJA walaupun untuk meMILIKki keperluan ASAS.. Contohnya dengan RM 3000 sebulan, apa yang boleh anda BUAT untuk hidup di KL? Sewa RUMAH di KL walaupun rumah FLET dah sekitar RM 450 ke RM 500.. Kalau pergi KERJA dengan RAPID KL sekali pun kena bayar RM 150 untuk RAPID PASS.. Bil-bil ELEKTRIK, telefon, AIR dan lain-lain mungkin jumlah sekitar RM 100.. Itu belum lagi belanja untuk PAKAIAN, belanja DAPUR dan perSEKOLAHan anak.. Bagaimana pulak dengan HUTANG BANK atau PTPTN? Kalau SAKIT, apa pulak ceritanya?

Sebab itulah walaupun diGEMBAR-GEMBURkan keNAIKkan cuma 20 sen aje tapi KESANnya amatlah DAHSYAT.. Mungkin kerajaan boleh menJIMATkan SUBSIDI beberapa ratus JUTA RM tetapi RAKYAT pulak apa yang mereka DAPAT sebagai TIMBAL-BALAS? Apa yang akan diLAKUkan oleh kerajaan dengan wang hasil penJIMATan tersebut untuk diNIKMATi oleh RAKYAT? Sebab itulah kita terTANYA-TANYA adakah pihak-pihak yang PERASAN pandai dengan menCADANGkan RASIONALisasi SUBSIDI ini sudah memikirkan kesan terhadap ekonomi MAKRO dan MIKRO? Atau mereka ini hanya memikirkan EKONOMI diri sendiri aje yang berTAMBAH baik hasil bagi IDEA yang belum tentu terJAMIN untuk diLAKSANAkan oleh kerajaan UMNO/BN?

Untuk MAKLUMAN, sekarang ini RAKYAT diBERIkan gambaran berikut oleh kerajaan:-

1) Nilai matawang US telah SUSUT berbanding RM dan mata wang seRANTAU

2) KDNK negara dijangka mencapai 7%

3) Indeks BURSA KLCI jugak berada sekitar jajaran tinggi >1000 mata

4) RIZAB Bank Negara jugak diberitakan sekitar USD 130 bilion

MALANGnya petanda yang KONONnya menunjukkan EKONOMI negara adalah SIHAT seakan terbalik pulak apabila melihat RAKYAT semakin terTEKAN dengan keNAIKkan KOS hidup.. Dengan kata lain, RAKYAT tidak dapat meNIKMATi apa yang diKATAkan petanda EKONOMI negara ini SIHAT.. Kuasa BELI rakyat merosot, HUTANG semakin bertambah dan jumlah TABUNGAN semakin susut.. Apa SUDAH jadik? Apakah penjelasan RASIONAL untuk RASIONALisasi SUBSIDI ini?

Rakyat BERHAK tahu kenapa keHIDUPan mereka menjadi sebaliknya walaupun kerajaan beriya-iya menDAKWA ekonomi NEGARA di landasan yang BETUL.. Rakyat bukannya menuntut SUBSIDI keterlaluan seperti yang diGEMBAR-GEMBURkan oleh beberapa BONGOK dalam UMNO yang jugak pemakan SUBSIDI tegar tetapi MARAHkan RAKYAT bila rakyat berTANYA kenapa SUBSIDI dikurangkan.. Rakyat cuma mahu kenapa KUALITI kehidupan mereka semakin TERUK walaupun kerajaan melakukan RASIONALisasi SUBSIDI yang KONONnya bertujuan sebaliknya..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan