Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, June 16, 2011
Agaknya EXCO Pemuda UMNO nih ingat orang DEMONSTRASI tu boleh diHALAU macam AYAM kot?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Dalam keHANGATan kisah pertembungan antara perhimpunan BERSIH 2.0 dengan perhimpunan anjuran PERKASA dan NGO-NGO Melayu/ISLAM, kita terbaca pulaklah kenyataan seorang EXCO Pemuda UMNO yang kita PERCAYA mungkin keturunan 'Anak BANGSAWAN' kalau tengok pada NAMAnya.. Apa pun, dalam kepimpinan Pemuda UMNO sekarang kita dah tak HERAN dah penuh dengan Mat-Mat TOYA pesen macam nih.. Mat-Mat TOYA nih bukannya boleh diHARAP mana pun.. WUJUDnya mereka dalam Pemuda UMNO pun kerana keberGANTUNGan mereka kepada peSALAH POLITIK WANG yang menjadi 'BOSS' mereka.. Lenyap aje 'BOSS' mereka dalam UMNO, jangan terKEJUT pulak kalau kita pakat melihat Mat-Mat TOYA nih pakat masuk PKR atau pakat-pakat pakai serban dan JUBAH untuk kelihatan seperti Lebai-Lebai PAS!
Nak dijadikan cerita, salah seorang Mat TOYA berjawatan EXCO Pemuda UMNO nih telah membuat laporan POLIS berhubung dengan perhimpunan BERSIH.. Biasalah tu.. Dah 400 lebih laporan POLIS telah dibuat berhubung dengan perhimpunan BERSIH 2.0 ini.. Dah tentu le nampak JANGGAL kalau Pemuda UMNO tak 'TUMPANG sekaki' untuk turut sama buat laporan POLIS.. Dah tentu le tak lengkap laporan POLIS yang dibuat kalau tak ada ajak para WARTAWAN ambik kenyataan diorang yang KONONnya prihatin.. Ye la, antara beratus laporan POLIS tuh, laporan POLIS yang dilakukan oleh Pemuda UMNO kenalah diberikan PUBLISITI sedikit sebanyak dalam media.. Kalau tak, takde pulak siapa sedar yang Pemuda UMNO ini masih WUJUD lagi.. HE!HE!HE!
Walaupun Mat TOYA yang jadik EXCO Pemuda UMNO nih meNAFIkan wujudnya cadangan untuk bekerjasama dengan PERKASA bagi mengadakan DEMONSTRASI balas, kita PERCAYA ianya langsung tidak akan menJEJASkan usaha PERKASA bersama NGO-NGO lain untuk berbuat demikian.. Malah, PERKASA pun tidak mengHARAPkan sangat SOKONGan daripada Pemuda UMNO kalau sikap mereka SAMA seperti Mat TOYA ini.. Ketika meRUJUK kepada DEMONSTRASI yang akan dilakukan oleh kedua-dua belah PIHAK, Mat TOYA ini mengatakan,
"Kita akan pastikan mereka tidak mengganggu para peniaga."
Selanjutnya, dia menambah lagi
"Kalau betul BERSIH untuk rakyat, sila minta kebenaran para peniaga, para pemandu teksi di sini. Bukan semua peniaga di sini orang UMNO." ->KLIK<-
KAH!KAH!KAH! KAH!KAH!KAH! KAH!KAH!KAH!
Apa dia INGAT macam HALAU ayam yang masuk ke dalam RUMAH ke? Apa kalau dia INGAT dia berdiri di tengah-tengah RIBUan orang yang berDEMONSTRASI dan berkata-kata sedemikian RUPA, mereka yang berDEMONSTRASI tuh akur, pakat bungkus barang dan balik RUMAH tengok siaran ULANGAN Akademi Fantasia 9 kat TV Astro ke??
KAH!KAH!KAH! KAH!KAH!KAH! KAH!KAH!KAH!
Tak ada siapa pun KISAH kalau Pemuda UMNO enggan turut sama berDEMONSTRASI walaupun semua maklum OBJEKTIF utama perhimpunan BERSIH 2.0 adalah untuk menumbangkan UMNO sebagai tonggak kerajaan BN.. Kita pun bukannya tak KENAL tahap keBERANIan Mat-Mat TOYA yang pegang jawatan dalam Pemuda UMNO tuh.. Kalau ada kamera TV dok tengah meRAKAM, masa tu lah diorang nak tunjuk BERANI pun.. Cuma kita HARAPla janganla Pemuda UMNO biarkan Mat-Mat TOYA yang dimaksudkan buat kenyataan KELAKAR lagi boleh buat orang KETAWA berguling-guling seperti yang dinyatakan.. Kalau pun dah takde sangat BAKAT sebagai pemimpin POLITIK, janganlah tunjuk BAKAT Maharaja Lawak Astro semasa dikehendakki beri kenyataan atas kapasiti sebagai salah seorang EXCO Pemuda UMNO.. Kita PERCAYA wartawan yang petik kenyataannya pun KETAWA guling-guling bila baca balik apa yang mereka TULIS! HE!HE!HE!
Seperti yang kita sebut, tak ada siapa pun KISAH tentang penglibatan Pemuda UMNO kali ini.. Mungkin ada di kalangan Pemuda UMNO yang jugak menganggotai NGO-NGO Melayu/ISLAM seperti PERKASA akan turut sama berDEMONSTRASI untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0, TETAPI sudah tentu pengLIBATan mereka ini akan cuba diperKECILkan oleh Mat-Mat TOYA ini.. Sekurang-kurangnya mereka lebih BERANI di barisan hadapan berbanding Mat-Mat TOYA ini yang cuma BERANI keluarkan dialog ala-ala skrip siri Maharaja Lawak! Setiap keBERANIan sudah tentu ada pemBALASannya.. Samada dipukul, ditahan FRU, disembur trak air atau dilontar gas pemedih mata, sudah tentu mereka berSEDIA untuk itu semua.. Sebenarnya DEMONSTRASI bukanlah perkara baru bagi Pemuda UMNO sejak zaman pra-kemerdekaan lagi.. Cuma selepas 53 tahun MERDEKA dan akibat selalu diulit keMEWAHan dan budaya POLITIK WANG, mereka mula jadi LEMBEK dan MARUAH mereka mula diperMAINkan oleh musuh-musuh mereka sendiri..
Kalau Mat-Mat TOYA dalam kepimpinan Pemuda UMNO enggan berDEMONSTRASI, tak ada siapa pun yang KISAH.. Namun demikian, kalau ada Mat-Mat TOYA ini mengatakan 'BOSS' Pemuda UMNO sendiri tak pernah berDEMONSTRASI, itu adalah satu pemBOHONGan yang maha HEBAT.. Kalau anda LIHAT gambar yang dipaparkan bersama tulisan BLOG ini, MUKA siapakah yang berhimpit dan sedang tolak-menolak tuh? Itu bukan 'BOSS' Pemuda UMNO ke? Ooo.. Bukan ke? Itu MENANTU BABAH kepada PM ke-5 ye.. BURUK benar perangai dia ye.. KONONnya itula tahap habis BERANI dia yang berDEMONSTRASI bila Condoleeza Rice datang ke KL ye.. Lepas pada tuh? Lepas dia MENANG dan jadik 'BOSS' Pemuda UMNO walaupun diSABITkan dengan keSALAHan POLITIK WANG? Ooo.. Dia dah jadik BAIK dah.. Dah tak guna dah penDEKATan DEMONSTRASI nih.. Lagi pun dah DAPAT dah apa yang dia IDAMkan dalam UMNO.. Lepas tuh apa jadik pada UMNO, biarlah orang lain TANGGUNG! HE!HE!HE!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan