Saturday, June 04, 2011

PERKASA kena ambik TAHU kenapa gambaran NEGATIF diberikan terhadap PERTUBUHAN ini menerusi Yahoo! Question Time..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sudah 2 kali Yahoo! Malaysia berjaya melakukan sesi soal jawab dengan beberapa tokoh POLITIK tertentu secara 'ONLINE'.. Kali pertama ialah dengan Penasihat PKR dan kali kedua pulak dengan pengKAGUM kepada Penasihat PKR dalam UMNO iaitu Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG.. Pada dasarnya, kedua-duanya tidak lebih sekadar mePROMOSIkan diri sendiri dan mengGUNAkan sesi tersebut habis-habisan untuk mencari PUBLISITI.. Cuma ada yang PELIKnya, ada sahaja soalan pasal PERKASA ditanyakan kepada kedua-dua mereka ini..

Semasa sesi soal jawab dengan Penasihat PKR, soalan yang berKAITan dengan PERKASA ialah:-

"Comment From Puanes: What's your stand on PERKASA?

Anwar Ibrahim: Insult to the intelligence of Malaysians with their racist tirade. It's also an UMNO ploy to create mischief and racial tension.
" ->KLIK<-

Semasa sesi soal jawab dengan Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG pulak, soalan yang ada kaitan dengan PERKASA ialah seperti berikut:-

"GaryM: hello mr.khairy, i just need an honest answer from u..... , why government dont wanna take action against racists such as IBRAHIM ALI and PERKASA?..... and they are doing this very publicly,

Khairy Jamaluddin: If they commit an act that is seditious, then action should be taken against them. There are many racial/racist groups out there. Not just Perkasa. I have said from the start that I don't support Perkasa. The first UMNO leader to say so. Then Nazri. I maintain my position.
" ->KLIK<-

Kalau kita lihat 'PATTERN' kedua-dua SOALAN ini, ianya ditanyakan oleh pihak yang mendapat gambaran (atau mungkin ingin memBERI gambaran) bahawa PERKASA ini adalah pertubuhan RASIS.. Malah, soalan yang diKAITkan dengan PERKASA ini seolah-olah SENGAJA diberikan gambaran NEGATIF untuk ditanyakan kepada kedua-dua tokoh POLITIK ini.. Sedangkan pada REALITInya, ada lagi banyak pertubuhan yang jauh lebih RASIS dan cuba meNAFIkan hak orang Melayu dalam Perlembagaan Negara? Tak de pulak dikatakan RASIS?

Kalau dilihat kepada 'NICKNAME' pihak yang berTANYA, nampak semacam bukan nama Melayu pun.. Tak tahulah kot spesis Melayu 2 Alam yang boleh berupa bentuk macam-macam seperti kedua-dua tokoh POLITIK tersebut.. Kita pun sedia maklum bahawa kedua-dua tokoh yang 'diJEMPUT' oleh Yahoo! Malaysia ini pun bukannya pihak yang boleh diKATAkan 'Setuju ANGIN' dengan apa yang PERKASA perjuangkan, apatah lagi nak sokong apa yang PERKASA atau NGO-NGO Melayu selalu SEBUT.. Cuma kita boleh buat KESIMPULAN mudah bahawa jika perjuangan PERKASA ialah berlandaskan UNDANG-UNDANG untuk memperTAHANkan hak-hak orang Melayu dalam Perlembagaan Negara, maka kedua-dua tokoh POLITIK ini jugak sudah tentulah orang yang ANTI dengan perkara tersebut? Tak begitu ke?

Selain itu, kita jugak ingin meNASIHATkan PERKASA agar berWASPADA dengan tujuan pihak Yahoo! Malaysia 'menJEMPUT' kedua-dua tokoh POLITIK ini yang semua MAKLUM penuh dengan keKOTORan secara ZAHIR dan BATIN untuk memperLEKEHkan apa yang diperJUANGkan oleh PERKASA dan mungkin jugak NGO-NGO Melayu yang lain.. Apakah MOTIF pihak Yahoo! Malaysia mengUTAMAkan kedua-dua mereka ini? Bukankah sepatutnya DS Najib sebagai PM Malaysia untuk semua RAKYAT sepatutnya lebih diUTAMAkan? Kenapa pihak Yahoo! Malaysia dilihat mengUTAMAkan tokoh POLITIK yang bergelumang dengan masalah SEKS tanpa mengira JANTINA dan seorang lagi pulak terkenal kerana 'diCEKUP' sebagai peSALAH POLITIK WANG oleh partinya sendiri untuk sesi soal jawab ini? Dah takde ke mana-mana tokoh POLITIK yang 'BERSIH'?

Seharusnya PERKASA dan jugak NGO-NGO Melayu lain patut sedar bahawa ada MUSLIHAT disebalik sesi soal jawab ini.. Jika anda cuba menyiasat lanjut, tidak MUSTAHIL anda mungkin akan menemui bahawa ada USAHA terSEMBUNYI oleh pihak-pihak ASING untuk masuk campur urusan POLITIK negara ini seterusnya menCAMPURi pentadbiran kerajaan.. Malah, kalau dilihat dalam KONTEKS yang lebih luas, tidak MUSTAHIL wujudnya usaha untuk memecahkan SOSIO-POLITIK dan GEO-POLITIK penduduk negara ini seperti mana yang berlaku terhadap negara-negara ISLAM seperti Mesir, Libya, Sudan dan jugak Syria.. Bukankah keKACAUan di negara-negara ISLAM tersebut berpunca daripada adu DOMBA pihak-pihak ASING menerusi INTERNET? Walaupun dalam KONTEKS negara ini, orang Melayu/ISLAM lah yang menjadi MAJORITI tetapi bukan sesuatu yang PELIK jika ada pihak ingin 'menTERBALIKkan' FAKTA sejarah seperti apa yang berlaku di Singapura?

Adakah pihak Yahoo! Malaysia ingin memanjangkan 'JEMPUTAN' untuk sesi soal jawab secara 'ONLINE' ini kepada tokoh-tokoh POLITIK Melayu samada dalam UMNO atau PERKASA? Adakah Datuk Ibrahim Ali akan 'diJEMPUT' oleh pihak Yahoo! Malaysia untuk tujuan ini? Sama-samalah kita NANTIkan.. Cumanya, jika 'JEMPUTAN' yang diMAKSUDkan tidak kunjung tiba, seWAJARnya pihak yang berKENAan cuba SELIDIK siapa sebenarnya 'BEHIND' Yahoo! Malaysia ini.. Siapakah 'Shareholder' dan adakah Yahoo! Malaysia ini ada hubungan 'adik-beradik' dengan Yahoo! SNG? Dengan Yahoo! US tu memang dah tentula ada kaitan.. Cuma jika berkait dengan Yahoo! SNG tuh maka kenalah buat-buat FAHAM kenapa tokoh-tokoh POLITIK yang anti perjuangan Melayu/ISLAM ini dipilih oleh mereka.. Almaklumlah, bukan kita tak TAHU 'perangai' KIASU diorang tuh.. Jadik, PERKASA dan NGO-NGO Melayu/ISLAM nih kena rajin-rajinlah menyelidik sikit ye...

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan