Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Tuesday, July 12, 2011
Kerajaan kata mereka penDERHAKA tetapi kerajaan ENGGAN mengHUKUM mereka?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
TS Muhyiddin mengatakan bahawa penganjur RUSUHan BERSIH 2.0 telah memBOHONGi YDP Agong dan mengANGGAP perbuatan mereka adalah SERIUS..
"Apa yang berlaku ialah mereka tidak menghormati kedaulatan Seri Paduka sebagai ketua negara yang telah memberi nasihat. Mereka berbohong, sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong (mereka) kata tak akan lakukan sebegini untuk berhimpun atas jalan, buat demonstrasi haram, apa yang berlaku adalah sebaliknya." ->KLIK<-
Mintak MAAFlah kata, tetapi pada kita, kata-kata sebegini sudah tidak berMAKNA lagi.. MARUAH Institusi KeSULTANan Melayu telah diJATUHkan sebegitu HINA tanpa diSEDARi oleh sesiapa pun baik di pihak kerajaan mahu pun di pihak pemBANGKANG.. Sepatutnya, dari dulu lagi HUKUMan yang amat BERAT dikenakan oleh kerajaan kepada pihak yang memperSENDAkan Negara, YDP Agong, Perlembagaan Negara dan Agama ISLAM mengikut undang-undang sedia ada.. Takkan ini pun nak kena diajar?
- Lupakah kerajaan bahawa almarhum Sultan Johor pernah diHINA oleh seorang penulis BLOG pro-PR?
- Lupakah kerajaan bagaimana seorang Lebai PAS berJANGGUT sanggup berbaring di atas jalanraya mengHALANG kereta Raja Muda Perak?
- Lupakah kerajaan bagaimana seorang ADUN di Selangor menulis kata-kata memperlekehkan DYMM Sultan Selangor di dalam BLOGnya berhubung perLANTIKkan SUK?
- Lupakah kerajaan bagaimana INSIDEN mantan DYMM Sultan Kelantan disekat dan di'HIJACK' oleh polis khas?
- Lupakah kerajaan bagaimana Khalifah KIASU Pulau Pinang mengHINA bidang kuasa YDP Agong dalam agama ISLAM berhubung pilihanraya masjid?
- Lupakah kerajaan tentang pengHINAan berterusan terhadap Institusi KeSULTANan Melayu dalam Facebook oleh beberapa individu pro-PR?
Baiklah, apakah HUKUMan yang telah diKENAkan terhadap semua pelaku di atas? Kalau kesemua keSALAHan di atas langsung tidak diKENAkan TINDAKkan undang-undang, apakah kerajaan menJANGKA akan ada HUKUMan terhadap penganjur BERSIH 2.0 kerana melanggar Titah KHAS YDP Agong?
Sepatutnya, keSALAHan sedemikian wajar diberikan 'The HIGHEST priority' untuk diBICARAkan di mahkamah dan dikenakan HUKUMan seberat-beratnya agar menjadi pengajaran kepada SEMUA untuk mengHORMATi Institusi KeSULTANan Melayu sebagai TONGGAK kepada penubuhan NEGARA ini.. Setakat ini langsung tak nampak keSUNGGUHan mana-mana pihak untuk berTINDAK sedemikian.. Nak HARAPkan Jabatan Peguam Negara bertindak? Mungkin kena tunggu 2,3 orang Peguam Negara bersilih GANTI dulu kot! Inilah PUNCA kenapa kita meLIHAT banyak pengHINAan terhadap YDP Agong dan para Sultan kebelakangan ini..
Di samping itu, Institusi KeSULTANan Melayu seharusnya tidak diperGUNAkan oleh ahli-ahli POLITIK bertahap 'EXPIRED' demi meLUNASkan DENDAM peribadi.. Contohnya, kita HAIRAN bagaimana seorang ahli POLITIK UMNO yang 'diPENCENkan' daripada jawatan No.1 kerajaan boleh mengUSAHAkan agar Ketua Pertubuhan HARAM BERSIH 2.0 menemui YDP Agong? Inilah pengKHIANATan terhadap kerajaan DS Najib dan menjadi PUNCA pengHINAan terhadap YDP Agong apabila Ketua Pertubuhan HARAM BERSIH 2.0 mengENGKARi Titah KHAS tersebut.. Memang RAMAI lagi di kalangan ahli-ahli POLITIK dan kerabat Raja bermain POLITIK dengan para Sultan.. Ini semua harus dipandang SERIUS jika mahu keDAULATan para Sultan KEKAL di NEGARA ini..
Sekarang, apa yang DS Najib dan TS Muhyiddin mahu lakukan? Segelintir RAKYAT dah tak MALU untuk mengHINA YDP Agong dan para Sultan.. Sudah tentu YDP Agong sebagai pemerintah NEGARA boleh mengerahkan Jeneral-Jeneral ATM kasi 'BOM' sama itu penDERHAKA tetapi Baginda Tuanku enggan berbuat demikian.. Baginda sudah tentu menyerahkan kepada kerajaan untuk mengHUKUM mereka.. KeBIJAKsanaan kerajaan menjadi UKURAN dalam soal ini.. Apa yang penting, kerajaan jugak WAJAR menDIDIK kesemua RAKYAT khususnya generasi MUDA agar menDAULATkan Institusi KeSULTANan Melayu ini sebagai ASAS pemBENTUKkan NEGARA!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan