Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Tuesday, August 16, 2011
Demi perPADUan umat ISLAM, MUFTI & ULAMA wajar berMUZAKARAH dalam Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum memutuskan sesuatu HUKUM..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Selepas beberapa HARI terCETUSnya perBALAHan sesama umat ISLAM melalui isu pengGUNAan pemBESAR suara untuk BACAan ayat-ayat suci Al QURAN sebelum azan Subuh, hari ini Mufti Pulau Pinang TAMPIL memBERIkan penJELASan.. Walaupun kita mengHARGAi penjelasan berTULIS Tuan Mufti, namun ianya masih diLIHAT tidak menyelesaikan keKUSUTan terhadap larangan yang terkandung dalam Pekeliling JHEAIPP sebelum ini.. Dengan KATA lain, apakah HUKUM yang diPUTUSkan untuk pengGUNAan pemBESAR suara untuk BACAan ayat-ayat suci Al QURAN sebelum azan Subuh? 'Menyalahi hukum SYARAK', diBOLEHkan atau apa?
Dengan meRUJUK kepada kenyataan berTULIS Tuan Mufti sendiri di dalam PERKARA 3 dan 4 di bawah TAJUK: ASAS PERBINCANGAN DAN KUASA JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG,
3. Jika merujuk kehendak Seksyen 48 (1), (2), (3), (4), (5), (6) dan (7)
Enakmen Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, berkaitan Tatacara
pembuatan fatwa, keputusan ini bukanlah satu fatwa.
4. Keputusan mesyuarat tersebut TIDAK DIWARTAKAN dan keputusan ini
adalah sebagai satu NASIHAT HUKUM yang sering diputuskan sama ada
melalui jawapan terus daripada Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dari
semasa ke semasa atau dipohon pandangan terlebih dahulu daripada Ahli
Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang melalui Mesyuarat Jawatankuasa
Fatwa. Ia merupakan suatu keputusan HUKUM sebagai panduan serta
menjelaskan pandangan Islam tentang amalan tersebut kepada seluruh umat
Islam di negeri Pulau Pinang untuk diikuti dan dipatuhi. ->KLIK<-
Oleh itu, sebagai umat ISLAM, bolehkah kita mengatakan bahawa NASIHAT HUKUM itu adalah satu bentuk NASIHAT yang mana kita boleh PATUHi atau kita boleh melakukan SEBALIKnya berGANTUNG kepada suasana? Berbeza dengan FATWA yang mana ianya WAJIB diPATUHi oleh semua umat ISLAM, apakah status NASIHAT HUKUM ini? WAJIB diPATUHi? DiPATUHi sekiranya perlu atau ikut keadaan atau APA? Dengan KATA lain, berDOSAkah jika ada pihak ENGGAN mematuhi NASIHAT HUKUM ini? Seperti mana yang umat ISLAM seluruh dunia MAKLUM bahawa jika sesuatu perkara itu 'meLANGGAR Hukum SYARAK', jawapannya cuma SATU iaitu berDOSA.. Jadik bagaimana dalam SOAL ini?
Selanjutnya dengan meRUJUK kepada ULASAN SOHIBUS SAMAHAH DATO’ SERI MUFTI BERHUBUNG ISU BERKENAAN,
4. Walaupun bacaan Al-Quran dan zikir amatlah baik, namun kita tidak boleh
memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin
membacanya sendiri atau ingin membacanya pada waktu lain atau mereka
sedang sakit atau ada anak kecil yang sedang tidur atau mereka tidak
difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.
5. Rasulullah S.A.W melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga
mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah atau menyakitkan
orang lain. Jika mereka yang sedang berada di dalam masjid yang memang
bersedia untuk beribadah pun tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan
sehingga mengganggu konsentrasi atau tumpuan terhadap solat mereka,
mana mungkin untuk menguatkan suara bacaan melalui pembesar sehingga
mengganggu mereka yang sedang berada di luar masjid.
6. Larangan ini adalah keputusan yang berlaku pada zaman yang belum ada
pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana hanyalah bagi
mereka yang berada di dalam masjid sahaja, bagaimana jika Rasulullah dan
para sahabat serta para ulamak dahulu melihat keadaan pembesar suara
pada zaman kita ini, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan
bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik
semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam
yang harmoni.
BerHUBUNG dengan perkara 4 di atas, kita meLAHIRkan rasa keSYUKURan dan terima KASIH Tuan Mufti mengakui bacaan Al QURAN dan ZIKIR adalah BAIK.. Kita berSETUJU bahawa tidak perlu ada PAKSAan kepada seSIAPA pun untuk menDENGARnya.. Namun demikian, bagaimana pulak dengan pihak yang MAHU menDENGARnya pulak? Apakah perlu diNAFIkan hak mereka yang mahu menDENGAR bacaan Al QURAN dan ZIKIR? Tidakkah perlu diWUJUDkan garis PANDUAN yang dapat menyeIMBANGkan keperluan antara kedua PIHAK yang diMAKSUDkan? Adakah Pekeliling JHEAIPP sebelum ini menyatakan sebarang garis PANDUAN atau sekadar menyatakan 'Menyalahi hukum SYARAK'?
Berhubung dengan perkara 5 pulak, RASAnya semua sedia maklum HADIS yang diRIWAYATkan oleh Abu Said Al Khudri tersebut.. Namun demikian, SENARIO di dalam HADIS tersebut jelas menyatakan LARANGAN sedemikian apabila ada pihak ingin berSOLAT atau melakukan apa bentuk IBADAT berDEKATan dengan pihak yang sedang memBACA Al QURAN.. Secara SPESIFIKnya, tidak disebutkan dalam HADIS ianya berlaku pada waktu Subuh dan sebagainya.. Jika mengambil kira waktu Subuh, adakah pihak yang ingin SOLAT Fardhu Isya atau apa-apa SOLAT Sunat sebegitu LEWAT? Jangka masa antara Isya dan Subuh begitu PANJANG, kenapakah perlu SOLAT pada waktu sedemikian? Jika QIAMULLAIL sekali pun keBIASAannya WAKTU beberapa MINIT sebelum azan Subuh diisikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al QURAN atau zikir? Jadik, apakah yang tidak KENA jika memBACA ayat-ayat suci Al Quran pada waktu sedemikian?
Kita SETUJU zaman Rasullullah SAW memang tidak ada pembesar SUARA seperti yang diNYATAkan dalam perkara 6.. Namun, HARI ini pembesar SUARA diGUNAkan hampir dalam semua aktiviti keAGAMAan seperti Khutbah Jumaat atau Hari Raya, Azan, bacaan dalam SOLAT, zikir MUNAJAT, selawat, TILAWAH dan banyak lagi.. Dengan KATA lain, kita tidak boleh meLIHAT keGUNAan pembesar SUARA ini dalam aktiviti agama ISLAM secara 'ANDAIAN' semata-mata.. Secara SPESIFIKnya apakah semua aktiviti yang diNYATAkan mengGUNAkan pembesar SUARA tersebut adalah diSIFATkan 'mengGANGGU orang luar dan dalam MASJID'? Apakah itu ARAHAN Nabi Muhammad SAW seperti yang diNYATAkan dalam perkara 6?
Sebagai umat yang mengIKUT sahaja apa kata ULAMA, kita ingin menyarankan agar pihak Tuan Mufti berBINCANG berhubung apa yang terCATAT dalam ULASAN tersebut bersama-sama para Mufti dan alim ULAMA lain di dalam Majlis Fatwa Kebangsaan demi keSEPAKATan umat.. Memang BENAR perSELISIHan pendapat adalah RAHMAT tetapi dalam KONTEKS di mana semua elemen keAGAMAan diperGUNAkan demi kePENTINGan POLITIK oleh Lebai PAS, Wahhabi dan Khawarij, hampir semua perkara yang terDAPAT perSELISIHan diGUNAkan untuk memecah-belahkan umat ISLAM sendiri.. Sebagai umat, kita hanya mengIKUT yang terBAIK tetapi untuk menCAPAI yang terBAIK itu memerlukan perBINCANGan, MUZAKARAH dan keSEPAKATan bukannya hanya diPUTUSkan melalui Surat Pekeliling sahaja!
Wallahualam..
Salam Bro,
ReplyDeleteYang gua hairan tu kenapa boleh aje wakil rakyat kafir dari DAP masuk masjid berceramah politik guna pembesar suara? Ada siap masuk ruang solat betul2 kat tempat imam beri tazkirah. Ada gambar2 wakil rakyat DAP berdiri dalam masjid siap pegang mikrofon beri sepatah dua kata. Guna mikrofon (pembesar suara) apa? OK je puak2 PAS dan PKR. Tapi pelik bin ajaib di Penang, kena tekan sikit dgn DAP terus depa suruh jgn guna pembesar suara utk orang Muslim nak baca Quran. Haru dah Bro!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteEntahla..
Jelas dan terang dalam Al Quran kita disuruh membaca dan meperDENGARkan bacaannya..
Kalau nak salahkan SPEAKER, control aje lah Volume tu? Tak perlula sampai nak kata 'menyalahi hukum SYARAK' etc..
Buat GELAK dek orang KAFIR?
Wallahualam..
bacaan Ai Quran adakah termasuk tarhim yang dibacakan setiap sebelum subuh..kalau mulanya dikatakn menyalahi hukum syarak mcm mana sekarang jadi nasihat pula..malu pulak dengan bukan Islam bila berbalah benda mcm ni..majlis Fatwa Kebangsaan perlu keluarkan garis panduan sama berkaitan hal ini..
ReplyDelete