Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Friday, September 16, 2011
ISA diMANSUHkan atau TIDAK, Menteri yang bertanggungjawab bukannya buat APA pun selama ni?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Semalam dalam ucapan sempena perutusan Hari Malaysia, PM DS Najib telah menyatakan untuk meMANSUHkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan diGANTIkan dengan 2 undang-undang atau akta yang baru.. ->KLIK<-
Walaupun dilihat sekali IMBAS seolah-olah DS Najib menJAYAkan hasrat puak-puak PR seperti keBIASAan 'TREND' polisi kerajaan ketika ini, kita nampak jugak DS NAjib sebenarnya 'PLAYSAFE' dengan menekankan USAHAnya untuk mengGANTIkan ISA dengan undang-undang yang diGUBAL selaras dengan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan..
"Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa saya mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa ISA akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus.
Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini juga akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah"
Baiklah, kita sebagai RAKYAT hanya tunggu dan LIHAT sajalah perkembangan selanjutnya.. Mungkin ianya sekadar tukar SARUNG tetapi ISInya masih sama? Tak kisahlah, itu memang terpulang kepada kerajaan 100% untuk melaksanakannya..
Secara JUJURnya, kita ingin menyatakan bahawa ubahlah atau gantikanlah ISA itu sekalipun TETAPI yang jelas nampak di mata RAKYAT, Menteri KDN yang bertanggung-jawab terhadap akta tersebut HARAM tak buat apa-apa pun? Jadik keWUJUDan akta itu sendiri mungkin hanya sekadar ayat-ayat hasil peninggalan zaman KOLONIAL yang langsung tidak mengGERAKkan HATI Menteri KDN untuk menguatkuasakannya.. Dengan KATA lain, kalau Menteri KDN yang sepatutnya bertanggungjawab pun buat TAK RETI, wujud atau tidak sesuatu AKTA tuh tidak berMAKNA pun.. Yang nyatanya, RAKYAT masih dok GIGIT jari macam tu jugak!
- Kita lihat sendiri bagaimana RAKYAT menyuarakan BANTAHan terhadap RUSUHAN BERSIH 2.0 melalui ribuan laporan POLIS..
- Kita lihat sendiri bagaimana RAKYAT menyuarakan BANTAHan terhadap usaha Timbalan Presiden PAS untuk meng'HERO'kan KOMUNIS walaupun semua maklum KOMUNIS itu pertubuhan HARAM..
- Kita lihat sendiri bagaimana terdapat USAHA pihak agama lain untuk meMURTADkan umat ISLAM dan usaha mereka di'BACK-UP' pulak oleh ahli-ahli POLITIK khususnya dalam PR..
- Kita lihat sendiri bagaimana pengHINAan demi pengHINAan dilakukan terhadap perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan NEGARA seperti INSTITUSI Raja-Raja Melayu, kedudukan agama ISLAM dan hak-hak Melayu/BUMIPUTERA menerusi media SOSIAL dalam internet seperti BLOG dan Facebook..
Di manakah pulak kelibat Menteri KDN untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada terhadap perkara-perkara yang diNYATAkan? Usahkan ISA, akta yang lebih RINGAN pun seakan tidak digunapakai walaupun untuk menegakkan 'KeDAULATan Undang-Undang' seperti yang tercatat dalam Rukunegara ke-5? Kalau perkara paling ASAS seperti ini pun tidak dkuatkuasakan, apakah RAKYAT akan melihat keTEGASan kerajaan sekiranya akta-akta BARU yang mengGANTIkan ISA dan sebagainya digubal dan diLULUSkan? Rasanya dok macam tu jugakla!
Semalam di kaca TV, RAKYAT melihat Menteri KDN tersenyum-senyum apabila SEPUPUnya mengUMUMkan peMANSUHan ISA.. Sebaliknya, riak muka Ketua Polis Negara pulak walaupun masih SENYUM tetapi kelihatan tidak seCERIA seperti Menteri KDN.. Mungkin Menteri KDN terSENYUM kerana sebahagian tugasnya diPINDAHkan kepada badan keHAKIMan untuk memutuskannya.. Ye la.. Siapa tak SENYUM kalau kerja diKURANGkan tetapi jawatan dan GAJI diKEKALkan? Tak gitu? Yang kena pusing kot mana sekali pun POLIS la jugak pasal kalau mereka nak menguat-kuasakan undang-undang pun kena TUNGGU perintah MAHKAMAH dulu.. Adakah MAHKAMAH kita berubah untuk menjadi CEKAP dan EFEKTIF? Kita tunggu..
Sepatutnya DS Najib apabila mengumumkan peMANSUHan ISA semalam turut mengumumkan pertukaran JAWATAN Menteri KDN sekaligus.. Pasal RAKYAT semua maklum betapa 'CEKAP' dan 'KOMITED'nya dia dengan JAWATANnya itu..Namun, ye la.. Takkan la DS Najib sanggup berbuat demikian.. Ibarat kata PEPATAH Inggeris, "Blood is THICKER than water..".. HE!HE!HE!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan