Thursday, September 08, 2011

LARAT ke Pakcik nak menyorok bawah KETIAK HANGIT Lebai PAS kalau mangsa keKEJAMan KOMUNIS nak TUNTUT bela dengan Pakcik?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pakcik di dalam GAMBAR tuh mengaku dia ADIK kepada Mat Indra, individu yang mengANGGOTAi KOMUNIS dan diDAKWA sebagai pemBUNUH pihak POLIS dan ahli keluarga mereka dalam TRAGEDI Bukit Kepong.. Menurut sumber blog RBF, Pakcik yang diMAKSUDkan hanya berUMUR 4 tahun semasa TRAGEDI Bukit Kepong yang diSEBABkan oleh abangnya.. Jadik agaknya masa umur 4 tahun lagi dia dah TAHU gamaknya apa yang abangnya telah LAKUkan.. ->KLIK<-

Hari ini Pakcik ini diJAJA oleh Lebai-Lebai PAS ke sana ke mari dan Pakcik ini tampil memBUAT tuntutan KONONnya mahukan kerajaan memBERSIHkan nama abangnya walaupun abangnya itu terlibat memBUNUH dan memBAKAR anggota POLIS Melayu/ISLAM dan ahli keluarga mereka dalam TRAGEDI Bukit Kepong.. Entah macam mana, Lebai PAS berjaya memBUATkan Pakcik ini merasakan DIRInya adik 'HERO' walaupun tangan abangnya itu berlumuran DARAH orang! Dalam ISLAM, Hukum Qisas menyatakan kalau BUNUH orang, pemBUNUH itu wajar diBUNUH kembali.. Agaknya Lebai PAS dah sembunyikan kot bab hukum tersebut?

Kalau kerajaan AKUR dengan TUNTUTan Pakcik tuh, lepas nih makin RAMAIla pemBUNUH dan penJENAYAH yang dah BUNUH orang lepas tuh 'CLAIM' balik KONONnya SEJARAH tidak menyebelahi mereka.. Kot lepas nih pulak ahli keluarga Mona Fandey, Bentong Kali atau Botak Chin pun mahukan NAMA mereka diBERSIHkan oleh kerajaan atas tujuan yang SAMA? Mungkin inilah masa terBAIK bagi pihak yang tangannya pernah diBASAHi DARAH orang mengUGUT kerajaan agar mereka diCAP sebagai HERO? Kalau UGUTan mereka diBIARkan, KONONnya kerajaan akan hilang UNDI dalam pilihanraya kot? HE!HE!HE!

Kita sebenarnya KESIAN dengan Pakcik adik kepada Mat Indra yang berumur 65 tahun ini.. Secara UMUMnya, kalau orang seUSIA Pakcik ini biasanya MALU nak mengaku ada di kalangan ahli keluarga mereka memBASAHkan tangannya dengan DARAH orang yang diBUNUH.. Seboleh-bolehnya mereka mahu mengHABISkan hari TUA mereka dengan AMAN tanpa perlu dibelenggu dengan kisah-kisah SILAM.. Tambah pulak kalau sebelum ini mereka hidup AMAN damai tanpa orang keliling TAHU bahawa mereka memPUNYAi ahli keluarga yang pernah memBUNUH orang.. DiSEBABkan oleh keBODOHan Lebai-Lebai PAS dan Timbalan Presidennya, hari TUA Pakcik ini tidak akan AMAN selama-lamanya..

Tindakkan Lebai-Lebai PAS menonjolkan Pakcik ini untuk meng'cover-LINE'kan keBODOHan Timbalan Presiden mereka sebenarnya lebih meROSAKkan persepsi UMUM terhadap PAS itu sendiri.. Pada kitalah, kerajaan UMNO/BN selama ini tidak pernah mengGANGGU atau memBIARkan mana-mana ahli keluarga kepada anggota KOMUNIS diGANGGU kehidupan mereka.. Selaras dengan tuntutan ISLAM, yang berSALAH perlu diHUKUM dan ahli keluarga yang tidak berSALAH dipelihara keAMANan hidup mereka.. Mungkin disebabkan HASUTAN Lebai PAS, Pakcik yang mengaku sebagai adik Mat Indra ini dah tak akan AMAN hidup dia.. Kalau takat Pakcik umur 65 tahun ini aje tak apa la.. Bagaimana pulak dengan anak cucu dia?

Yang nyata terPERANGKAP dalam isu keBODOHan Timbalan Presiden PAS untuk meng'HERO'kan KOMUNIS ini ialah Pakcik umur 65 tahun ini dan bukannya kerajaan UMNO/BN pun.. Kerajaan UMNO/BN tidak RUGI apa pun jika tidak meLAYAN tuntutan Pakcik ini? KeGANASan KOMUNIS adalah jelas dan masih SEGAR dalam ingatan RAKYAT kita.. Kita tak TAHUlah setakat mana daya pemikiran Pakcik ini tetapi bagaimana pulak kalau mangsa dan ahli-ahli keluarga TRAGEDI Bukit Kepong ini menuntut 'Hutang DARAH' terhadap Pakcik ini? Ada tak Pakcik ini mintak Lebai PAS yang dok HASUT tu fikirkan jika berlaku sedemikian rupa? HE!HE!HE!

Kalau setakat ahli keluarga kepada mangsa TRAGEDI Bukit Kepong aje yang menuntut 'Hutang DARAH' dengan Pakcik ini, mungkin Pakcik ini mampu berTAHAN.. Bagaimana pulak kalau seluruh orang Melayu/ISLAM di Johor atau seluruh ahli keluarga mangsa keKEJAMan KOMUNIS di seluruh NEGARA turut sama menuntut 'Hutang DARAH' dengan Pakcik ini? Larat ke Pakcik ni nak menepisnya? Jangan HARAPlah nak mintak Lebai-Lebai PAS tu menolong pasal 'CONFIRM' diorang akan cabut LARI jauh-jauh seperti mana yang diorang pernah BUAT terhadap balu-balu dan ahli keluarga TRAGEDI Memali! Yang akan terNGANGA nanti Pakcik ni la jugak!

Mungkin kalau Mat Indra berTINDAK seperti Rosli Dhoby di Sarawak, dah tentu dia disanjung sebagai pejuang.. Malangnya, Mat Indra memilih untuk memBASAHkan tangannya dengan DARAH orang yang seagama dan sebangsa dengannya.. Mat Indra memilih untuk memBAKAR hidup-hidup wanita dan kanak-kanak dalam Balai POLIS Bukit Kepong macamlah ada antara mereka tuh yang pernah meLAKUkan sedemikian terhadap mana-mana ahli keluarga Mat Indra sebelum itu? Hari ini disebabkan HASUTan Lebai-Lebai PAS yang nak 'cover-LINE' keBODOHan mereka, Pakcik yang mengaku adik kepada Mat Indra mahukan pengIKTIRAFan di atas perBUATan abangnya sedemikian RUPA? Siapa nak bagi Pakcik oii?

Secara JUJURnya, kita NASIHATkanlah Pakcik ini agar mengHALAU dengan PENYAPU semua Lebai-Lebai PAS yang dok macam LANGAU keliling Pakcik nih.. Kalau pun Pakcik ini sanggup menanggung MALU sorang-sorang, kita tak RASA pun seluruh anak cucu Pakcik akan TAHAN menanggung MALU.. Kot la Pakcik ni seKEJAM abangnya hingga meRELAkan anak cucunya menanggung MALU akibat perBUATannya? Terus-terang KATAlah, yang mengHUKUM Mat Indra bukannya UMNO/BN, bukannya British pun.. SEJARAHlah yang mengHUKUM Mat Indra sedemikian rupa.. Yang nyatanya, SEJARAH tidak boleh diUBAH dengan keBODOHan orang seperti Timbalan Presiden PAS! KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan