Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Friday, September 09, 2011
DS Najib akan GAGAL mengawal 'LANUN-LANUN KORPORAT' daripada meNAIKkan CAJ mereka..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
TS Hassan Merican, TS Mohktar AlBukhary, arwah TS SM Nasimuddin dan arwah TS Yahaya Ahmad adalah nama-nama besar dunia KORPORAT yang berjaya dan muncul semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir.. Pada zaman Tun, ahli-ahli KORPORAT berganding bahu dengan para pemimpin kerajaan untuk bersama-sama meMAJUkan NEGARA bagi mencapai Wawasan 2020.. Malangnya, selepas Tun Mahathir bersara, secara berANSUR-ANSUR ahli-ahli KORPORAT yang berjasa ini telah diGANTIkan dengan 'Lanun-Lanun KORPORAT' yang diperKENALkan oleh rejim PM ke-5 dan menantu BABAHnya..
Semasa zaman PM ke-5, kita menyaksikan bagaimana ahli-ahli KORPORAT yang bagus diPINGGIRkan dan diGANTIkan secara beransur-ansur oleh 'Lanun-Lanun KORPORAT' yang kita MAKSUDkan.. Secara beransur-ansur, GLC-GLC milik kerajaan yang diterajui dengan CEMERLANG sebelum ini mula menJADI seakan-akan syarikat milik Tok Nenek 'Lanun-Lanun KORPORAT' yang diPUSAKAi turun-temurun.. GLC-GLC yang sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan untuk meMAJUkan NEGARA dan meningkatkan taraf hidup RAKYAT telah berubah menjadi ENTITI yang meROMPAK dan menyamun segala-galanya yang menjadi milik RAKYAT..
Di zaman PM ke-5 lah kita menyaksikan bagaimana EKONOMI orang-orang Melayu/Bumiputera diMUSNAHkan secara beransur-ansur atas NAMA dasar keterBUKAan'.. Di zaman ini jugaklah kita menyaksikan menantu BABAH yang asalnya tiada peKERJAan tetap telah diBERIkan pinjaman berjuta-juta RM oleh seseorang untuk beli saham ECM Libra sedangkan MUSTAHIL untuk orang lain menDAPATkan pinjaman sedemikian rupa? Di zaman ini jugaklah kita menyaksikan keMASUKkan budak-budak 'Level 4 BOYS' sebagai KONSULTAN Penasihat Kerajaan yang kemudiannya seorang demi seorang diSERAPkan ke dalam GLC-GLC untuk menjadi 'Lanun-Lanun KORPORAT' yang kita LIHAT hari ini..
Hari ini walaupun PM ke-5 telah 'diUNDURkan' secara terHORMAT, 'Lanun-Lanun KORPORAT' yang diBELAnya masih berMAHARAJALELA dan ada pulak yang mengGUNAkan kedudukan mereka dalam GLC-GLC untuk menjadi TALAM dua muka dalam kerajaan yang diterajui DS Najib.. Mereka BEBAS mengGUNAkan GLC-GLC ini untuk menekan kerajaan DS Najib yang telah diLEMAHkan sebelumnya oleh PM ke-5 yang sering terTIDO dalam majlis-majlis RASMI.. 'Lanun-Lanun KORPORAT' ini BEBAS untuk mengaut keMEWAHan dan pada masa yang SAMA boleh pulak mengUGUT kerajaan dengan memBERIkan TEKANAN kepada RAKYAT secara meNAIKkan caj dan bayaran perKHIDMATan GLC-GLC yang diterajui mereka.. Yang terpaksa menJAWABnya sudah tentulah kerajaan yang diterajui DS Najib..
Inilah yang berlaku apabila syarikat-syarikat TELEKOMUNIKASI secara tiba-tiba meNAIKkan caj 6% cukai perKHIDMATan untuk bayaran 'prepaid'.. ->KLIK<-
'Prepaid' biasanya diGUNAkan oleh RAKYAT berpendapatan rendah.. Di sini kita melihat dengan jelas kePIMPINan DS Najib GAGAL mengawal 'keGANASan' para 'Lanun-Lanun KORPORAT' yang mengGUNAkan GLC-GLC untuk menindas RAKYAT dan menCETUSkan keMARAHan RAKYAT kepada kerajaan.. Malah, dalam banyak PERKARA pun RAKYAT melihat bagaimana kerajaan terpaksa TUNDUK kepada kehendak mereka dalam isu-isu sebelum ini seperti keNAIKkan caj TNB, Telekom, ASTRO dan banyak lagi.. Nyata sekali kerajaan hilang KAWALAN dalam GLC-GLC miliknya sendiri.. Apa sudah jadik? DS Najib dah BOSAN jadik PM ke?
Walaupun DS Najib begitu gah memperKENALkan NKRA sebagai satu bentuk model EKONOMI baru tetapi NKRA akan GAGAL jika DS Najib dan kerajaan tidak mengHUKUM atau mengHALAU 'Lanun-Lanun KORPORAT' ini daripada GLC-GLC milik kerajaan.. Malah, keWUJUDan PEMANDU sebagai organisasi untuk mengURUSkan NKRA ini dilihat untuk meMUDAHkan atau satu bentuk GALAKAN kepada 'Lanun-Lanun KORPORAT' untuk terus meROMPAK dan meLANUN kepentingan RAKYAT.. PEMANDU yang diterajui Menteri cap 'ILLUMINATI' ternyata lebih banyak meROSAKkan keHIDUPan RAKYAT berbanding memperBAIKInya.. DS Najib tak nampak lagi ke sifat 'ILLUMINATI' yang diTUNJUKkan oleh Menteri tersebut?
Hari ini RAKYAT terpaksa mengHADAPi penindasan menerusi keNAIKkan segala macam KOS dan caj.. RAKYAT pergi pasar malam pun HAIRAN apabila harga secucuk SATE sebelum ini 30 sen dah jadik 40 sen, apam balik 'special' sebelum ini RM2.70 dah jadi RM3.00.. Kenapa keNAIKkan berlaku sedangkan harga bahan-bahan MENTAH sepatutnya dikawal oleh kerajaan? Adakah ini jugak keJAYAan NKRA yang diterajui oleh Menteri 'ILLUMINATI' tersebut? Adakah ini aje tahap kePANDAIan yang mampu diTUNJUKkan olehnya? DS Najib patut sedar bahawa DS Najib dipilih oleh RAKYAT melalui pilihanraya tetapi Menteri 'ILLUMINATI' yang mengetuai PEMANDU ini tidak dipilih sedemikian sebaliknya diLANTIK sendiri oleh DS Najib..
Budak-budak level 4 BOYS dan 'Lanun-Lanun KORPORAT' era PM ke-5 sepatutnya diHUKUM seberat-beratnya sebaik sahaja DS Najib mengambil-alih sebagai PM.. 'JENAYAH' mereka terhadap RAKYAT dan NEGARA masih berTERUSan sehingga ke hari ini.. Mentaliti mereka adalah mentaliti puak PR walaupun mereka menguasai GLC-GLC.. KeNAIKkan caj dan kos perKHIDMATan adalah USAHA mereka untuk memastikan kePIMPINan kerajaan sedia ada tidak POPULAR dan terpaksa ikut kehendak mereka.. Kalau kita fikir lagi, keWUJUDan mereka ini dalam GLC-GLC jugak adalah HASIL 'PerJANJIan Passport' antara menantu BABAH yang jadik pengHANTAR passport dengan Penasihat PKR..
Dalam keadaan di mana kepimpinan kerajaan diWARISi daripada PM ke-5 dalam keadaan LEMAH, terpaksalah DS Najib mengalah dan memBIARkan budak-budak level 4 BOYS dan 'Lanun-Lanun KORPORAT' itu bermaharajalela ATAS nama kerajaan UMNO/BN pada hari ini.. Sampai BILA DS Najib nak SIMPAN mereka ini semacam orang dulu-dulu meWARISi JIN SAKA hasil mengAMALkan ilmu HITAM?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan