Thursday, September 29, 2011

MANSUHkan AUKU - 'BOSS' Pemuda MCA menyahutnya macamlah MCA boleh MENANG PRU dengan ISU ini?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Anjing atau serigala di HUTAN biasanya tidak akan menyalak sendirian.. Sudah tentu kalau seekor menyalak, akan ada beberapa ekor yang LAIN akan menyahutnya.. Samalah jugak dengan orang POLITIK kita khususnya yang GILAkan PUBLISITI seperti dalam UMNO.. Kalau diTIMBULkan sesuatu ISU, dia mesti pastikan ISUnya itu turut dijaja oleh SEKUTU yang berPERANGAI buruk sepertinya.. Walaupun ISU tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan NEGARA, apatah lagi untuk memBOLEHkan parti UMNO/BNnya MENANG pilihanraya..

Itulah yang berlaku apabila 'BOSS' Pemuda UMNO 'menyalak' berhubung ISU peMANSUHan AUKU sebelum ini.. ISU yang tak tentu hala punca dan tak TAHU apa OBJEKTIFnya pun.. Yang jelas ialah dia cuba tumpang SEKAKI dengan 'keRAJINan' PM DS Najib nak MANSUHkan itu dan ini tanpa menyediakan ALTERNATIF terlebih dahulu kepada APA yang hendak diMANSUHkan.. Malangnya, ISU peMANSUHan AUKU yang cuba diBAWAnya langsung tidak diSAHUT kerana tidak RELEVAN kecuali oleh SEKUTUnya iaitu 'BOSS' Pemuda MCA yang diKENALi cukup AKTIF bab menyentuh kepentingan Melayu/ISLAM untuk mencari MODAL POLITIK partinya yang nyawa-nyawa IKAN..

Kita TIDAK nampaklah apa keUNTUNGan baik dari segi POLITIK atau pun bukan POLITIK apabila 'BOSS' Pemuda MCA nih menyahut 'salakan' 'BOSS' Pemuda UMNO yang diBENCI ramai ini.. Mungkin lebih BAIK dia menyahut SAMA agar RAKYAT lupa bagaimana dia diKAITkan dengan ISU PKFZ? Jelas sekali tidak ada ISU pun sebenarnya untuk mereka menuntut peMANSUHan AUKU.. ->KLIK<-

Sejak bila Pemuda MCA memperJUANGkan peMANSUHan AUKU, kita pun tidak tahu? Adakah peMANSUHan AUKU akan mengembalikan SOKONGan pengUNDI Cina kepada MCA, itu pun rasanya jelas MERAPU.. Usahkan orang Cina, orang Melayu sekali pun belum tentu nak BERIkan undi kepada UMNO sendiri jika mereka menDAPATi 'BOSS' Pemuda UMNO yang meLAKUkan keSALAHan POLITIK WANG hingga menyebabkan UMNO diBENCI, masih diKEKALkan jawatannya dalam parti!

Sudah tentu 'BOSS' Pemuda MCA tidak akan sesekali memBAWAkan ISU penyatuan kaum, perpaduan atau MUHIBAH seperti yang tercatat dalam agenda perJUANGan parti mereka.. Sudah tentu jugak Pemuda MCA tidak akan menyokong SISTEM satu sekolah yang mengGABUNGkan pelajar berbilang KAUM dalam satu bangunan.. Pada mereka, ISU perpaduan, MUHIBAH atau sebagainya akan mengHILANGkan MODAL POLITIK mereka yang berTERASkan perjuangan SEMPIT kaum sendiri.. Apabila 'BOSS' Pemuda MCA menyokong peMANSUHan AUKU, bermakna dia menyokong para siswazah berPOLITIK.. Dah tentu POLITIK hanya membawa kepada perPECAHan..

Seperti yang kita sebut sebelum INI, 'BOSS' Pemuda UMNO bukannya pernah berSEKOLAH di NEGARA ini pun? Apa kes pulak dia memandai-mandai nak meMANSUHkan AUKU? Agenda siapa yang dia nak BAWAK dan apakah UNTUNGnya terhadap perjuangan UMNO? Adakah peSALAH POLITIK WANG ini hendak diJADIkan 'Role MODEL' oleh UMNO kepada generasi muda di IPT? Ini soalan-soalan yang kita CUKUP yakin tidak akan diJAWAB oleh DS Najib walaupun DS Najib sendiri yang memandai-mandai nak MANSUHkan itu dan ini sebelum berSEDIA sepenuhnya.. Maaf, tapi selagi ada 'BOSS' Pemuda UMNO ini dalam UMNO, jangan HARAPlah UMNO akan kembali meraih SOKONGan RAKYAT! "Mark my WORDS.."

DS Najib GAGAL memahami apa yang RAKYAT mahukan.. Dekat-dekat nak habis 5 tahun PENGGAL pemerintahan kerajaan, kita terTANYA-TANYA undi SIAPA nak diRAIH oleh DS Najib dengan peMANSUHan itu dan ini di samping mengekalkan ahli POLITIK yang diBENCI oleh RAKYAT seperti kedua-dua 'BOSS' Pemuda UMNO dan Pemuda MCA ini? Undi Melayu? Orang Melayu cukup MELUAT melihat bagaimana 'BOSS' Pemuda UMNO daripada 'NOBODY' menjadi 'SOMEBODY' hanya berLESENkan jawatan Naib Ketua Pemuda dan MENANTU BABAH semasa pemerintahan REJIM PM ke-5! Begitu banyak NASIB orang Melayu KHUSUSnya generasi muda tidak terbela, tiba-tiba MUDAH pulak UMNO mengANGKAT peSALAH POLITIK WANG yang tak pernah kerja KERAS sebagai IKON parti mereka? Ingat orang BODOH ke?

Atau DS Najib nak RAIH sokongan kaum bukan Melayu? Rasanya ahli-ahli UMNO lebih pandai MATEMATIK berbanding Lebai-Lebai PAS.. Oleh itu, pernahkah UMNO mengira SIAPAkah yang memBERIkan UNDI kepada UMNO dalam keSEMUA PRK selepas PRU-12? Orang bukan Melayu ke? Pernahkah UMNO mengira peratusan undi bukan Melayu bagi PRK yang diMENANGi mereka? Walaupun PAHIT tetapi inilah REALITI berkaitan PERSPESI orang bukan Melayu terhadap UMNO.. Itu pun DS Najib masih buat PEJAM MATA aje tentang siapa yang beriya-iya memBANTAH kedai 1 Malaysianya.. Dalam SOAL ini, nyata sekali DS Najib kurang BIJAK berbanding Pehin Sri Taib di Sarawak dalam menangani isu undi berbilang KAUM ini..

DS Najib hanya menunjukkan keLEMAHan apabila memBIARkan orang-orang POLITIK dalam UMNO/BN yang diBENCI oleh RAKYAT mengEKSPLOITASIkan usahanya meMANSUHkan itu dan ini.. Inilah penyebab keKALAHan terbesar UMNO/BN dalam PRU-12 apabila mereka yang diBENCI oleh RAKYAT ini cuba diJADIkan sebagai YB oleh PM ke-5 termasuklah MENANTU BABAHnya sendiri! DS Najib ternyata masih enggan BELAJAR apabila masih mengekalkan mereka yang diGAMBARkan oleh seorang pengarang Utusan Malaysia sebagai 'PemBAWA agenda Penasihat PKR' ke dalam UMNO/BN dan jugak kerajaan yang diTERAJUinya untuk mengHANCURkannya dari dalam! Tak nampak-nampak lagi ke? ->KLIK<-

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan