Saturday, October 01, 2011

Mungkin DS Najib patut TUKARkan perkataan 'KEBANGSAAN' pada nama UMNO kepada perkataan 'LIBERAL'?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apa kata kalau UMNO menukarkan perkataan 'KEBANGSAAN' pada nama PARTInya kepada 'LIBERAL' menjadikannya Pertubuhan LIBERAL Melayu Bersatu? Kita SARANkan sedemikian kerana terlampau BANYAK halangan untuk orang Melayu/BUMIPUTERA memperJUANGkan semangat KEBANGSAAN mereka menerusi UMNO tetapi kaum-kaum langsung TIDAK ada HALANGan untuk mepeJUANGkan semangat KEBANGSAAN masing-masing menerusi MCA, DAP, MIC, HINDRAF dan sebagainya? Jika UMNO meRASAkan mereka meNDAPAT SOKONGan RAKYAT dengan mengambil sikap LIBERAL, kenapa tidak meMULAkannya dengan tukar nama PARTI?

DS Najib sebagai Presiden UMNO mengatakan, orang Melayu perlu mengGUNAkan kuasa POLITIK daripada kerajaan sedia ada dalam memastikan keJAYAan orang Melayu tanpa mengambil HAK orang lain..

"Kalau kita hendak menjadi bangsa yang bermaruah dan terhormat kita tidak boleh berselindung dengan kerajaan tetapi mesti ada keberanian dan keyakinan diri untuk berjaya. Ciri-ciri Melayu abad ke-21 yang berjaya bukan dilindungi tetapi kerana ada kelebihan ilmu, kemahiran berfikir dan minda yang tajam. Inilah perubahan yang mesti ada," ->KLIK<-

Sebagai orang Melayu, kita TERASA jugak apabila DS Najib mengatakan orang Melayu kena BERJAYA tanpa mengambil HAK orang lain.. Pernahkah orang Melayu mengambil HAK orang lain? Bila? Di mana? Siapa? Bagaimana? Bolehkah DS Najib menJAWABnya atau DS Najib sendiri meRASAkan ucapannya itu telah tersalah TULIS? Malah, kenyataan begitu jugak jelas tidak berSANDARkan fakta SEJARAH orang Melayu di NEGARA ini sejak sekian lama.. Sedarkah DS Najib bahawa keJAYAan orang Melayu selama ini pun sememangnya tanpa SEDIKIT pun mengambil HAK orang lain? Sebaliknya banyak HAK orang Melayu hari ini yang 'diROMPAK' habis-habisan atau diGADAIkan demi kePENTINGan POLITIK!

Orang Melayu sejak dahulu lagi telah diTERAPkan bahawasanya untuk BERJAYA, mereka perlu bekerja KERAS, bijak berfikir dan berILMU.. KeDATANGan ISLAM sebagai agama orang Melayu menguatkan lagi pemahaman sedemikian di dalam MINDA mereka.. Oleh itu, DS Najib sepatutnya TAHU di luar sana berapa RAMAI orang Melayu yang berKERJA keras untuk meMAJUkan diri tetapi sentiasa diHALANG atau di'BUNUH' semangat mereka itu melalui campur tangan POLITIK.. Bukan RAHSIA lagi bagaimana orang Melayu sendiri lebih diDISKRIMINASIkan oleh kerajaan berbanding kaum lain? Tak kiralah samada kerajaan UMNO/BN atau kerajaan PAS-PKR-DAP, semuanya 2X5 bab mem'BUNUH' semangat Melayu yang berUSAHA untuk BERJAYA ini.. Ada ke NASIB mereka ini diBELA?

Cuba FIKIR, adakah pihak yang SUDI meminjamkan berjuta-juta RM untuk beli SAHAM ECM Libra kepada seorang pemuda Melayu jika dia TIDAK berJAWATAN Naib Ketua Pemuda UMNO dan jugak sebagai 'MENANTU BABAH' kepada Perdana Menteri ke-5? Jika pemuda Melayu itu hanya berJAWATAN eksekutif cabuk tanpa semua 'PRIVILLIGES' yang diNYATAkan, agak-agak ada ke BANK, agensi kerajaan atau 'ALONG' nak PINJAMkan duit sebanyak itu? Mungkin SENARIO sedemikian wajar diRUJUK sebagai "mengGUNAkan kuasa POLITIK kerajaan untuk BERJAYA" atau sebagai "Ciri-ciri Melayu abad 21 yang BERJAYA" seperti yang diNYATAkan oleh DS Najib sendiri dalam petikan ucapannya di atas? Macam tu ke? HE!HE!HE!

Kita RASA DS Najib tak perlu pun mengUCAPkan kenyataan sedemikian RUPA kepada orang-orang Melayu/BUMIPUTERA di luar sana.. Sebaliknya, DS Najib WAJIB dan WAJAR mengucapkan sedemikian kepada para LANUN, PENYAMUN dan PEROMPAK Melayu dalam UMNO sendiri! Tidakkah DS Najib sedar Melayu mana yang sering diTANGISi oleh Tun Dr. Mahathir semasa beliau beJAWATAN Presiden UMNO dahulu kerana SIKAP dan kelakuan mereka kalau bukan Melayu dalam UMNO sendiri? Bukankah Melayu dalam UMNO inilah yang mengGUNAkan platform parti untuk mengejar keMEWAHan? Setelah BERJAYA mendapat keMEWAHan, merekalah yang ke hulu ke hilir mengatakan Melayu di luar sana sebagai MALAS kerana bergantung kepada kerajaan seterusnya menDISKRIMINASIkan pulak Melayu di luar sana?

Agak-agaklah, berapa LAMA lagi kuasa POLITIK Melayu dalam kerajaan akan berTAHAN agar orang Melayu dapat mengGUNAkannya untuk BERJAYA, KONON-kononnya? Kuasa POLITIK Melayu pada hari ini sudah berpecah TERUK dan UMNO sendiri terpaksa berGANTUNG kepada ISU-ISU tertentu untuk meRAIH sokongan orang Melayu/BUMIPUTERA.. Yang mengHAKIS kuasa POLITIK ini sebenarnya para pemimpin POLITIK Melayu sendiri baik dalam UMNO mahupun dalam PAS dan PKR yang lebih PEKA kepada kePENTINGan POLITIK bukan Melayu berbanding Melayu sendiri! Mereka ini mahu diLIHAT KONON-kononnya lebih LIBERAL walaupun seLIBERAL mana pun mereka, belum tentu ada bukan Melayu nak berikan UNDI..

Wallahualam..

2 comments:

  1. saya suka ngat artikel ni :) Mohon untuk dicopy nanti ya...

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Amik je Abg. Din...

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan