Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, October 10, 2011
Ada ke RAKYAT yang ambil kisah pasal ISU penolakkan keNAIKkan elaun para YB?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Nak TANYAlah.. RAKYAT peduli APA dengan GIMIK murahan beberapa PEMIMPIN PR yang menolak keNAIKkan elaun Ahli Parlimen seperti yang diUMUMkan DS Najib semasa pemBENTANGan BAJET 2012 Jumaat lepas?->KLIK<-
Apa kena-mengena elaun para YB tersebut dengan RAKYAT? Adakah di kalangan YB yang berMURAH hati nak menyumbangkan elaun tersebut kepada RAKYAT walaupun seorang? Kalau berMURAH hati nak menyumbangkan kepada para KAKI JILAT dan KAKI AMPU tu mungkin BANYAKlah.. Tambah pulak dekat dengan PRU-13 nih..
Pada kita, pemBERIan elaun ini tidak perlu diGIMIKkan sedemikian rupa, apatah lagi diBERIkan PUBLISITI oleh media.. Kita tak pernah dengar lagilah ada YB yang merempat mintak secawan BERAS dari pintu ke pintu? Kita pun tak pernah dengar jugak ada YB yang berKEMATU tapak KAKInya kerana terpaksa berjalan KAKI? Kalau ada pun yang pernah kita DENGAR pasal MP Rembau yang SENGAJA cari PUBLISITI murahan berjalan kaki ke Parlimen dari Pudu KONONnya nak beritahu betapa tidak EFISIENnya perKHIDMATan BAS di KL.. Selepas GIMIKnya sedemikian dapat sambutan yang HAMBAR, tak de dah dia nak jalan KAKI dah.. HE!HE!HE!
Tanpa keNAIKkan elaun pun para YB kita nih dah cukup MEWAH.. Jauh lebih MEWAH berbanding JUTAan RAKYAT di rumah-rumah FLET di ibukota atau pun pak cik mak cik yang berSAWAH, berKEBUN, bela AYAM atau jadik NELAYAN di kampung! Sebab itulah kita lihat RAMAI para YB kita yang MONTEL-MONTEL atau 'CHUBBY' - meminjam istilah 'GLAMER' dunia hiburan kita.. Dengan kata lain, YB kita semuanya makan KENYANG.. Hinggakan terpaksa diadakan 16 PRK akibat terlampau RAMAI yang SAKIT lalu berhijrah ke Alam Baqa mungkin akibat keKENYANGan.. Ramai jugaklah yang berperut BUNCIT walaupun tak mengaku.. Ada YB di Permatang Pauh yang KANTOI nampak perut BUNCIT dalam video SEKS dengan amoi Cina pun masih tak nak MENGAKU lagi? KAH!KAH!KAH!
Kalau ikut syarikat SWASTA, keNAIKkan sesuatu elaun bergantung kepada PRESTASI seseorang pekerja semasa 'APPRAISAL'.. Namun demikian, DS Najib terlalu berMURAH hati dengan mengABAIkan 'APPRAISAL' oleh RAKYAT apabila sesedap HATI dia aje meNAIKkan elaun para YB di Parlimen.. Nampaknya PRU-13 nanti dengan DS Najib sekali RAKYAT kena 'APPRAISAL'kan betul-betul.. Dahlah 'APPRAISAL' seperti di syarikat SWASTA tidak banyak membantu pun meningkatkan pendapatan PEKERJAnya seperti mana Kakitangan AWAM dapat meningkatkan pendapatan masing-masing sebegitu BANYAK hasil segala macam IMBUHAN menerusi BAJET 2011 hari tuh? Mungkin berbanding pekerja SWASTA, Kakitangan AWAM akan bagi keputusan BAIK aje untuk 'APPRAISAL' para YB pada PRU-13?
Kalau di syarikat SWASTA, banyak perkara yang menjadi intipati di dalam 'APPRAISAL' untuk para pekerjanya.. Contohnya, seperti DISIPLIN, KUALITI kerja, tahap penDIDIKan atau LATIHAN dan jugak mungkin 'CAREER path' setiap pekerja untuk dinilai.. Selepas berPUAS hati, barulah pihak majikan akan bertolak-ansur samada untuk meNAIKkan elaun atau memberi GANJARAN dalam bentuk lain.. Bagaimana pulak dengan para YB kita? Adakah faktor-faktor yang diNYATAkan diambil kira untuk meNAIKkan elaun mereka? Atau semuanya main pakai HENTAM sajalah KONONnya para YB nih semuanya berMATI-MATIan berKHIDMAT kepada RAKYAT? Eh!Eh! Bukan semua RAKYAT tak pergi sekolah tau.. Berjuta RAKYAT yang pergi sekolah dan keLULUSan lebih baik berbanding MP Pokok Sena! KAH!KAH!KAH!
Bagaimanakah PRESTASI seseorang YB patut diNILAI? Ini yang PAYAH kerana kalau diTANYA pada 100 orang RAKYAT di kawasan Parlimen yang diWAKIli, pasti akan ada 100 jenis JAWAPAN.. Namun demikian, sudah tentu RAKYAT boleh tahu samada YB mereka itu mudah 'MENJELMA' bila diperlukan atau TIDAK.. Rasanya baik di pihak UMNO/BN mahu pun di pihak PR seperti PAS + DAP + PKR, bukan semua para YB mereka akan 'MENJELMA' bila diperlukan.. MeLAINkan jika ada kamera TV, D900 atau pun sebarang bentuk 'BESI' alat RAKAMAN sebagai bahan PUBLISITI untuk para YB ini 'MENJELMA'! Sesetengah tu ada jugak para YB yang SPESIS dia 'MENJELMA' atau tidak pun RAKYAT dah tak peduli dan tak KISAH.. Contohnya SPESIS 'BABI Tonyok' di Kelana Jaya tuh? Apa sumbangan dia kepada RAKYAT?
Jadik, tak payahlah nak diGEMBAR-gemburkan sangat bab elaun para YB nih.. Kami RAKYAT nih yang memerlukan elaun khususnya para pekerja SWASTA yang cuma dapat secebis dua IMBUHAN aje berbanding Kakitangan AWAM semasa BAJET 2012.. Habis? Kami nih tak menyumbang kepada NEGARA ke? Atau sumbangan para pekerja SWASTA ini jauh lebih KECIL berbanding para YB di Parlimen yang asyik dok HANCURkan NEGARA dengan berPOLITIK tanpa HENTI dalam semua ISU sejak PRU-12 lagi? Itu pun DS Najib nak bagi keNAIKkan elaun lagi tuh? 1 MALAYSIA betul!! HE!HE!HE!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan