Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, October 12, 2011
Jangan HARAP untuk UMNO/BN menang PRU-13 jika otai-otai mereka tak BERANI mencabar di KUBU lawan..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Dalam senario pePERANGan, kita tak boleh berGANTUNG sangat kepada SOKONGan daripada SEKUTU kita.. Macam-macam boleh jadik samada SEKUTU kita tuh yang akan diSERANG terlebih dahulu atau ada keMUNGKINan SEKUTU kita akan diSABOTAJ supaya ianya akan mengGAGALkan strategi pePERANGan.. Itulah yang berlaku semasa PRU-12 dahulu apabila parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan diLEMAHkan secara DRASTIK dan senyap.. Mujurlah BN ada 'BACK-UP' besar daripada komponen Sabah dan Sarawak.. Kalau tak, memang HANCUS dah..
Jika kita ingat balik senario PRU-12, kita BERANI kata memang tidak ada pemimpin MCA, MIC dan Gerakan meRASAkan parti mereka telah diLEMAHkan.. Hampir kesemua pemimpin parti pada MASA itu dibuai LENA sama seperti kePIMPINan UMNO yang menjadi TUNJANG utama BN.. UMNO bukan tidak pernah LEMAH.. UMNO pernah diLEMAHkan pada PRU tahun 1990 dan PRU tahun 1999.. Namun, keUTUHan BN masih tidak tergugat kerana keKUATan komponen BN yang lain tidak terjejas.. Dengan kata lain, UMNO walaupun telah berPECAH tetapi masih selesa kerana gabungan keKUATan SEKUTU mereka dalam komponen BN..
Pada PRU-12 tahun 2008, UMNO bukan sahaja diPIMPIN oleh seorang Presiden Parti yang gambar TIDURnya dijaja merata-rata NEGARA.. UMNO jugak diCEMARI dan GAGAL menJAWAB perSOALan kenapa Menantu BABAH Presiden Parti dapat beli saham ECM Libra dengan pinjaman berjuta-juta RM? Selain itu, banyak KONTROVERSI meLIBATkan Menantu BABAH dalam urusan penTADBIRan NEGARA.. Malah, RAKYAT ternyata meluap MARAH dengan beberapa keputusan meRUGIkan NEGARA seperti pemBATALan 'Jambatan Bengkok', penJUALan MV Augusta pada nilai yang RENDAH, kes Pulau Batu Putih dan banyak lagi sehingga tak terJAWAB..
KeSEMUA keMARAHan ini diluahkan terhadap UMNO/BN semasa PRU-12.. Kaum Melayu/BUMIPUTERA menunjukkan keKUATan UNDI mereka melalui peratusan UNDI rosak terTINGGI dalam sejarah pilihanraya dan mengALIHkan undi kepada calon-calon bukan Melayu dari DAP dan PKR.. Sementara kaum bukan Melayu pulak terang-terang menolak sesiapa sahaja calon dari UMNO/BN kerana mereka MELUAT dengan tahap BODEKkan pemimpin komponen BN selain BENCIkan kePIMPINan Presiden UMNO dan gelagat Menantu BABAHnya.. Mudah kata, AKIBAT sikap pemimpin sendiri, habis JAHANAM kesemua parti dalam komponen BN.. PELIKnya sehingga kini UMNO/BN GAGAL mengHUKUM mereka yang menJAHANAMkan parti?
Masa berlalu.. PRU-13 akan menjelma bila-bila masa sahaja.. Hampir keSEMUA parti komponen BN telah meLAKUkan peralihan KUASA dimulai dengan UMNO.. Namun demikian, tidak ada sebarang INDIKATOR untuk mengukur pemulihan tahap SOKONGan terhadap UMNO/BN.. Walaupun nampak keyakinan RAKYAT terhadap UMNO/BN semakin pulih, setakat manakah berjaya diPULIHkan, tidak ada siapa pun TAHU.. Komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan pulak tidak dikeTAHUi setakat manakah keKUATan mereka telah diPULIHkan.. Setakat ini MCA dan Gerakan tidak pernah lagi diUJI keKUATan mereka dalam mana-mana PRK pun.. Cuma UMNO, MIC dan komponen BN di Sabah dan Sarawak telah diUJI setakat ini..
Jika PRU-13 berlangsung dalam masa terDEKAT, apakah STRATEGI terbaik UMNO/BN? Rasanya pemimpin komponen BN dalam MCA, MIC dan Gerakan tidak WAJAR lagi mencari 'Safe SEAT' untuk KEKAL sebagai pemimpin dengan mengHARAPkan SOKONGan kaum Melayu/BUMIPUTERA yang berjaya dipujuk oleh UMNO.. Sudah tiba MASAnya otai-otai BESAR dalam parti-parti KOMPONEN ini menCABAR jagoan bukan Melayu/BUMIPUTERA dari DAP dan PKR secara 'Face to FACE'.. Kita menyambut BAIK jika semakin RAMAI otai-otai BESAR parti komponen BN bertanding menCABAR lawan mereka seperti apa yang diLAPORkan ini.. ->KLIK<-
Ya.. Inilah satu-satunya CARA untuk memBUKTIkan komponen BN benar-benar GAGAH tanpa perlu mengHARAPkan pemulihan keKUATan UMNO menerusi undi kaum Melayu/BUMIPUTERA.. Jika ini berjaya dilakukan, nescaya keMENANGan MUTLAK akan menjadi milik UMNO/BN pada PRU-13.. Otai-otai komponen BN tidak patut TAKUT untuk menCABAR 'Khalifah' Lim ANAK-beranak, Karpal ANAK-beranak dan jugak pemimpin bukan Melayu/BUMIPUTERA dari DAP dan PKR yang mengHARAPkan EHSAN undi Melayu/BUMIPUTERA di kerusi masing-masing.. UMNO sendiri sepatutnya MUDAH untuk menumpaskan 'Pemakan GAJI BUTA' terULUNG di DUN Chempaka - Kelantan dan jugak pemimpin tahap DINOSOR di Pokok Sena - Kedah, Kota Bharu -Kelantan atau di Marang - Terengganu..
Tidak perlu ambil BERAT sangat dengan Penasihat PKR ANAK-beranak.. RAKYAT Malaysia khususnya kaum Melayu/BUMIPUTERA sangat SENSITIF dengan kePIMPINan ANAK-beranak oleh kaum mereka sendiri.. Itulah yang berlaku terhadap UMNO sendiri semasa PRU-12.. Itu belum lagi diTAMBAH dengan masalah MORAL dan FAHAMan PLURALISME agama para pemimpin tersebut.. Yang menjadik masalah kerana ADAnya PETUALANG dalam UMNO sendiri yang meLEMAHkan parti sendiri demi menjaga HUBUNGAN dengan Penasihat PKR ANAK-beranak.. Kalau tak, takkanlah budak pengHANTAR passport kepada Penasihat PKR adalah ahli UMNO sendiri? Itu belum diKIRA lagi para MALAUN yang berKONGSI pemikiran seperti LIBERAL dan jugak 'NEW POLITICs' dengannya? Jangan UMNO dulu yang TUMBANG hasil 'TENDANGan GOL sendiri' sudah la... Tanda-tanda tuh dah ADA.. HE!HE!HE!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan