Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Friday, November 25, 2011
Ahli-ahli POLITIK kita - Yang MERAPU, Yang MENIPU dan Yang MENGAMPU
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Mengundi pihak LAWAN bagi pemimpin UMNO/BN meRUPAkan satu keSILAPan yang dilakukan oleh RAKYAT Kedah.. Itu bukan sesiapa yang kata tetapi itu adalah kata-kata TS Muhyiddin sendiri semasa dia bersarapan pagi dengan RAKYAT di Pekan Sungai Lalang, Kedah.. Bagaimana pandangan anda semua? SETUJU ke dengan apa dia kata?
"Apa yang mustahak di Kedah ini ialah kita mahu pembangunan dan kemajuan, bukan setakat politik sahaja. Pas dia tahu dia banyak cakap, tapi tidak ada apa-apa hasil. Sebab itu dalam pilihan raya umum lalu agak ada silap sikit dengan memilih Pas. Jadi kali ini apabila pilihan raya umum sampai, jangan buat silap kali kedua. Sokong BN, kita mampu buat lebih daripada hari ini." ->KLIK<-
Mungkin kata-kata TS Muhyiddin BENAR jika dia mengUCAPkan kata-kata sebegini di antara zaman kePIMPINan Tunku Abdul Rahman hingga ke zaman Tun Dr. Mahathir.. Namun, selepas perSARAan Tun Dr. Mahathir, RAKYAT menyaksikan satu zaman di mana REJIM pemerintahan yang diterajui oleh UMNO/BN banyak mengHURU-HARAkan keHIDUPan RAKYAT baik dari segi EKONOMI(KeNAIKkan harga MINYAK dan barang kePERLUan), dari segi POLITIK(pengaruh keluarga PM ke-5 dalam keputusan kerajaan) dan dari segi SOSIAL(agenda seperti IFC dan LIBERALisasi KONONnya atas dasar keterBUKAan?).. Adakah TS Muhyiddin ingat RAKYAT BODOH tak nampak SEMUA ini?
Oleh kerana DS Najib mahukan RAKYAT 'terTARIK' dengan JENAMA BN, adakah dengan mengatakan RAKYAT yang tidak memilih JENAMA BN meRUPAkan satu keSILAPan setelah mereka mengetahui JENAMA ini semasa PRU-12 tidaklah seHEBAT seperti yang diPROMOSIkan? Bukankah lebih baik TS Muhyiddin memperBAIKI 'KUALITI' dalam JENAMA BN seperti memBUANG elemen POLITIK WANG dan mengembalikan OBJEKTIF perJUANGan parti sejak dahulu lagi untuk meMARTABATkan bangsa Melayu/BUMIPUTERA? Ini tidak, yang BURUK dan meROSAKkan diKEKALkan lepas tu pergi tambah lagi keROSAKkan baru!
Selain itu, kita jugak terTARIK dengan kenyataan 3 pemimpin POLITIK yang masing-masing meWAKILi UMNO/BN, Bebas dan PR terhadap RAKYAT Kelantan berhubung keGAGALan PAS memBEKALkan air BERSIH seperti berikut.. ->KLIK<-
'BOSS' Pemuda UMNO yang telah diMALUkan dengan SLOGAN 'Pade DOH' semasa PRU-12 lalu mengatakan RAKYAT Kelantan patut mengHUKUM PAS pada PRU-13 nanti..
"Sikap sambil lewa terhadap negeri yang ditadbir menunjukkan identiti sebenar pembangkang. Mereka lantang mengkritik kerajaan Pusat tetapi tanggungjawab kepada rakyat negeri mereka abai. Berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang terbukti sentiasa mengambil berat soal keperluan asas seluruh rakyat, apatah lagi air adalah soal hak asasi rakyat,"
Dari satu SUDUT, memang BETUL apa yang diperKATAkannya.. Namun demikian, sedangkan dia yang terang-terang berSALAH mengAMALkan POLITIK WANG pun tidak diHUKUM, kenapa pulak mahukan RAKYAT mengHUKUM orang lain? 'Double STANDARD'?
Kenyataan wakil BEBAS, Datuk Zul Nordin pulak adalah seperti berikut,
"Kenapa tidak tumpu perkara itu? Kalau orang pergi curi air bersih takkan hendak potong tangan pula? Sudah tentu keadaan air kotor dan beracun memaksa mereka berbuat begitu,"
Menurutnya, masalah pemBANGUNan, bekalan air, penDIDIKan, peRUMAHan dan peKERJAan juga termasuk dalam ISLAM, namun tidak diberi perhatian sebaiknya oleh Kerajaan PAS Kelantan yang dok sbuk nak HUDUD sebagai MODAL POLITIK PRU-13.. Yang ini kita SETUJU 100%.. Bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang mengatakan keMISKINan itu memBAWA kepada keKUFURan..
Yang paling LAWAKnya tuh, kenyataan seorang Lebai PAS yang nama 'GLAMOUR'nya adalah DIN Puduraya seperti berikut..
"Sekiranya kerajaan Pusat peka dengan nasib rakyat, hulurkan bantuan kepada penduduk Kelantan,"
Dia menDAKWA keadaan tersebut berlaku disebabkan sikap kerajaan Pusat yang tidak memulangkan ROYALTI minyak kepada NEGERI itu.. Perghh.. Ini memang kepala OTAK PENYAMUN! Perlis, Selangor dan KL yang langsung tak ada ROYALTI minyak pun mampu beri bekalan air BERSIH kepada RAKYAT? Yang meMALUkan tuh, pandai pulak dia DIAM bila diTANYA ke mana peruntukan RM600 juta Kerajaan PUSAT untuk bekalan air BERSIH diBELANJAkan? Dasar PENYAMUN yang berSERBAN, berJUBAH dan berTAKBIR! HE!HE!HE!
Jadik, sebagai RAKYAT anda NILAIkanlah sendiri keBIJAKSANAan ahli POLITIK seperti di atas.. Ini penting kerana anda akan menunaikan HAK anda sebagai pengUNDI PRU-13 nanti.. Oleh itu adakah anda akan memilih 'MANUSIA' sebagai wakil di Parlimen atau 'BERUK kena BELACAN' untuk menyuarakan kePENTINGan anda di Parlimen dan DUN..
Wallahualam..
Setuju Tuan!
ReplyDeleteAhli politik semuanya tak guna.
Salam tuan dan setujju din malika,
ReplyDeleteterus terangla aku cakap ... sebagai bumiputera yang mana keturunan aku melayu bernenek moyang dari dulu, hidup atas tanah melayu, mati dalam tanah melayu , aku tak nampak apa relevennya untuk mengundi pemimpin2 penyamun yang ada sekarang ni. yang sebelah sini penyamun, yang sebelah sana pun penyamun gak. dan betul kata tuan punya blog. apa dia orang ingat aku ni melayu bodoh ke? sesia je tun M bersusah sekolahkan aku tinggi2 untuk mengundi penyamun 2 mcm yang ada sekarang ni. mak aku tak suruh buat gitu. aku tau ramai yang akan kecewa dengan pendirian orang mcm aku dan aku rasa sekarang ni pun ramai yg sependapat dgn aku. nak mengundi apa kejadahnya klu asyik merah mata tengok org2 politik jual negara. aku pun tak pernah rasa senangpun selama mengundi sebelum2 ni. dan aku rasa aku lebih rela berjuang mcm tok nenek aku dulu menentang penjajahan( dulu penjajah cara dulu, skrg penjajah cara skrg .. ko paham maksud aku) supaya tanah melayu bebas semula kepada yang hak... wahai ahli2 politik melayu, pulangkan hak kami orang melayu!! ini tanah tok nenek kami. ini TANAH MELAYU.
... mamu ampang.
Mamu Ampang,
ReplyDeleteSaya bukan Din Malika, tapi Didi Malika. Salam perkenalan :)
Jangan pernah percaya pada ahli politik. Depa semua ni merapu jaa. Tapi kalau yang perform, kita boleh sokong. Jangan macam Anwar, cakap jaa, habuk pun tarak.
Jaga jangan ghairah marahkan politik wang rasuah sehingga tak undi UMNO. Nanti teruk padahnya. Kalu lebih teruk dari PRU12, lagi naik kepala, melanda landa kaum lain. Dieksploitasinya kita sampai jahanam.
ReplyDeleteUndi UMNO/BN. Tapi kita riuhkan supaya Ahli UMNO - Perwakilan ke PAU - bisingkan supaya pemimpin/ pemerintah kikis lagi politik wang dan rasuah.
Mamu Ampang,
ReplyDeleteMacam Didi Malik cakap, kamu baca/ tulis nama dia pun tak betul. Amacam nak pecaya apa kamu cakap?
Kamu ada pernah dengor ke Presiden JF Kennedy cakap (kalo tak faham BI, beri tau nanti aku akan terjemahkan): Ask not what the country can do for you, ask what you can do for the country.
Atau apa omputih Bretes lama dah cakap: My country, right or wrong.
Maknanya, termialah keadaan dinegara, semua negara ada tahinya. Kita cubalah baikki keadaan. Boleh sebut benci sana benci sini, tapi jangan sampai tak mahu undi. Kalu dah dua dua belah pihak - pemerintah dan pembangkang - banyak tahi, kita fikirkan mana yang telah banyak berbakti. Takkan BN tak ada bakti langsong selama 54 tahu merintah. Cuba lihat sekeliling kamu, kan banyak pembangunan, kemajuan yang BN buat sejak Merdeka.
Kita kutuk rasuah, penyelewengan, kalau ada bukti, saksi dan sebagainya, kita kasi tahu SPRM.
Kita bidas "Ahli-Ahli Politik yang merapu, menipu, mengampu" tapi, kalau takda bukti, kita beri penjelasan lah. Siapa, bila, dimana, macam mana, apa dia buat sebenarnya, dll.
Ingat, pihak sebelah sana pun begitu juga, "merapu, menipu, mengampu". Contohnya, kalau Timbalan Presiden PKR Azmin tak mengampu Anwar, dunia dah nak terbalik lah. Merapu dan mengampu pun gitu jugak. Tengok saja orang orang diberbagai parti. Parti pemerintah ke parti pembangkang ke. Sama saja. Banyak tak banyak tu bergantung berapa lama mereka dalam politik.
Jadi, gunakanlah undi kamu. Kamu ada hak mengundi, betul, takda sesiapa boleh paksa, tapi rugilah kalau tak bersuara dipilihan raya. Tengok pihak yang dah banyak berjasa membangunkan negara, boleh pilih yang itu sebab boleh diharapkan berjasa lagi untuk meneruskan pembangunan negara. Yang tak banyak berjasa, nak harapkan mereka tu, ada risiko tinggi, sebab kamu sendiri cakap dua dua belah ada tembelang, ada yang "merapu" dsbnya.