Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Sunday, November 13, 2011
Do you BELIEVE that UMNO Youth 'BOSS' will 'WALK the TALK' on his own WORDs?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Orang POLITIK memang tidak LARI daripada sifat HIPOKRIT.. Di hadapan RAKYAT bukan main berIYA-iya cakap BESAR itu dan ini tetapi HAKIKATnya apabila kena atas BATANG hidung sendiri, bukan MAIN lagi cari ALASAN nak mengelat sini dan sana.. Biasanya ini sifat orang POLITIK tahap MURAHan atau 'CAP Ayam'.. Namun, tak sangka orang yang naik dalam POLITIK hasil 'LESEN KAWIN' dengan anak mantan PM dan 'LESEN Oxford'nya turut berSIFAT sebegini? Ini kot yang diKATAkan 'New POLITICs', SLOGAN yang disanjung dan dijajanya ke sana sini dalam UMNO?
Anda tentu tahu siapa yang kita MAKSUDkan.. Ye la.. Siapa lagi kalau bukan 'BOSS' Pemuda UMNO yang paling RAKYAT meluat dalam SEJARAH.. Meluat bukan pasal apa.. Pasal tak SEDAR diri yang dia berJAWATan dalam Pemuda UMNO pun setelah diSABITkan keSALAHan POLITIK WANG! Tentunya RAMAI masih ingat bagaimana semasa pemilihan 'BOSS' Pemuda UMNO lalu dia yang meRUPAkan CALON yang mendapat penCALONan paling RENDAH samada di peringkat CAWANGAN atau pun BAHAGIAN tiba-tiba meMENANGinya di peringkat perwakilan di PWTC.. Apakah 'SIFIR Matematik' yang diGUNA pakai dalam SENARIO sebegitu kalau bukan SIFIR FULUS?
Mungkin pada sesetengah ahli UMNO, itu kisah LAMA.. Namun pada RAKYAT, itulah punca mereka menolak UMNO.. Bagaimana sebuah parti NASIONALIS Melayu/ISLAM boleh mengorbankan OBJEKTIF perJUANGan parti hanya kerana KEBULURkan taburan FULUS oleh sesetengah pemimpin yang KAYA hasil PROJEK-PROJEK ihsan kerajaan? Itulah PERSEPSI yang ada pada RAKYAT terhadap UMNO.. Apa pun, PRU-13 belum pasti lagi apa yang akan terjadi.. Yang NYATAnya, pemimpin POLITIK sebegini akan mengambil KESEMPATAN di atas sikap orang Melayu/ISLAM yang diKATAkan mudah LUPA.. Cumanya, di zaman MILENIUM ini, tak semua orang Melayu/ISLAM mudah lupa seperti dulu.. Malah, RAMAI yang cerdik pandai walaupun tak masuk OXFORD!
Selepas diPINGGIRkan daripada usahanya untuk menJAWAT jawatan Menteri, dia ke sana-sini buat BISING agar orang masih ingat keWUJUDannya di samping menCARI PUBLISITI murahan.. Ada sahaja peluang untuk PUBLISITI, dia pasti tak akan LEPASkan.. KONON-kononnya, dia mengIKUT 'TREND' orang MUDAlah walaupun sebenarnya hampir 99% orang muda di NEGARA ini tanpa mengira BANGSA sangat meluat dengan dia! Yang 1% baki tu tentulah dua tiga KERAT dalam Pemuda UMNO yang bersangkut-paut dengannya macam 'LEVEL 4 Boys'! Yang jenis inilah diKERAH untuk menyalak bagi PIHAKnya termasuk menyalak kat Presiden parti sendiri..
Kali ini, dia berSUARAlah KONONnya jangan BOIKOT parti jika tidak terpilih sebagai CALON.. Menurutnya,
"Jika tidak tersenarai sebagai calon kelak, jangan ada yang kecil hati dan bawa penyokong sendiri untuk boikot parti. Kita perlu bersatu padu demi memastikan kemenangan berpihak kepada kita. Tidak kira siapa dan dari parti komponen mana yang bertanding, apa yang penting adalah kita sokong seratus peratus," ->KLIK<-
BAIKlah, apa kata kalau dia sendiri mengotakan dahulu apa yang diKATAnya ini? Bak pepatah Mat Saleh, 'WALK the TALK'.. Lagi pun, bukankah sebelum ini dia pernah menyuarakan untuk tidak berTANDING lagi dalam PRU-13 jika dia diLIHAT bukan 'Winnable CANDIDATE'? ->KLIK<-
Apakah dia boleh beri JAMINan bahawa dirinya dan jugak KONCO-konconya tak akan buat KACAU seperti semasa PRU-12 lalu jika dia tidak lagi diPILIH oleh UMNO sebagai calon? Adakah DS Najib BERANI menGUGURkan dia yang jelas diTOLAK oleh RAKYAT? Lagi pun, apa sangatla sumbangan dia selama jadik 'BOSS' Pemuda UMNO nih berbanding dengan arwah TS Sardon Jubir, Datuk Harun Idris, TS Jaafar Albar atau pun DS Najib sendiri? Tak de lah menyerlah mana pun.. Biasa-biasa aje..
Apa pun, seperti yang kita sebut diAWAL tadi, jangan mudah PERCAYA kata-kata seorang ahli POLITIK.. HIPOKRASI adalah MAINAN lidah mereka selama ini.. Malah, diKHUATIRi usahanya untuk meLIBATkan anak-anak muda di IPT dalam POLITIK sebagai salah satu bentuk TEKANAN kepada DS Najib untuk mengekalkannya sebagai calon walaupun jelas dia bukan sebagai 'Winnable CANDIDATE'? ->KLIK<-
Tidak siapa pun tahu bila PRU-13 akan berlangsung.. DS Najib pun masih lagi teragak-agak kerana ketika ini UMNO/BN bukannya KUAT mana pun.. DS Najib jugak tidak mahu mengeLUARkan mereka yang meROSAKkan UMNO/BN dari dalam kerana TAKUT parti akan diSABOTAJ lebih teruk.. Kot mana pun, DS Najib akhirnya terpaksa menunggu satu detik di mana dia berasa BERANI untuk benar-benar memilih 'Winnable CANDIDATE' yang BEBAS dari gejala POLITIK WANG dan diterima RAKYAT! Bila tu jangan TANYA la..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan