Monday, November 21, 2011

Semoga UMNO/BN mampu MENANG PRU-13 dengan SOKONGan golongan MUDA menerusi SLOGAN terbaru ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tu dia.. Ada SLOGAN baru pulak dah.. SLOGAN terbaru UMNO/BN berbunyi 'BN Pilihan Orang Muda' pulak dah.. ->KLIK<-

Aduhai.. Berhentilah berSLOGAN wahai kePIMPINan UMNO/BN.. Kami sebagai RAKYAT dah MUAK dengan SLOGAN.. RAKYAT sekarang sudah terlalu BIJAK untuk memBUAT PILIHan tanpa perlu kepada SLOGAN.. Apakah UMNO/BN sudah terlampau rendah tahap INTELEKTUAL hingga PERCAYA bahawa SLOGAN sebegini mampu menarik SOKONGan pengundi MUDA yang bakal menentukan jatuh BANGUN UMNO/BN pada PRU-13 nanti? Dah tak ada MODAL lain ke nak tarik SOKONGan?

Mungkinkah kePIMPINan UMNO/BN baru sedar PERSEPSI orang MUDA terhadap UMNO/BN tidak seBAIK mana? Habis? Selama nih dok buat apa untuk tarik SOKONGan pengundi MUDA kepada UMNO/BN? Adakah dengan mengANJURkan program seperti Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada perTENGAHan tahun ini menCERMINkan tahap SOKONGan golongan MUDA kepada UMNO/BN? Golongan MUDA mungkin mudah untuk diAJAK berHIMPUN untuk tujuan sedemikian tetapi ianya belum tentu menCERMINkan mereka akan 'PANGKAH' UMNO/BN bila mengundi nanti.. Tambah pulak UMNO/BN pun buat acara sebegini secara berMUSIM aje..

'MOOD' orang MUDA tidak boleh diGAMBARkan hanya dengan SLOGAN.. 'MOOD' orang MUDA terlampau KOMPLEKS dan mudah berUBAH.. DS Najib sendiri sebagai mantan MB Pahang paling MUDA dalam SEJARAH dan antara Menteri Kabinet yang dikira masih MUDA dalam kabinet Tun Mahathir pada tahun 80-an pasti tahu HAKIKAT ini.. RAKYAT boleh berTANYAkan kembali kepada DS Najib semasa dia menjadi 'BOSS' Pemuda UMNO, adakah dia sibuk nak berSLOGAN untuk menarik SOKONGan? Kali ini, siapakah pulak yang diHARAPkan oleh kePIMPINan UMNO/BN untuk menarik SOKONGan orang MUDA ini? 'BOSS' Pemuda UMNO yang diSABITkan keSALAHan POLITIK WANG ke? KAH!KAH!KAH!

Memang tak diNAFIkan 'kePAKARan berSLOGAN' oleh 'BOSS' Pemuda UMNO yang diBANTU oleh geng 'LEVEL 4 Boys'nya ini.. Biasanya SLOGAN diCIPTA untuk memikat hati orang tetapi SLOGAN sebegini diBAWAkan pulak oleh orang macam nih, makin orang MELUAT ada la! LUPAkah DS Najib dan kePIMPINan UMNO/BN bahana SLOGAN CIPTAan mereka yang berKUMANDANG di kaca TV semasa PRU-12 lalu menyebakan UMNO/BN tersungkur TERUK? Sudah tentu antara SLOGAN paling KELAKAR yang diCIPTA ialah SLOGAN 'Pade doh', KONON-kononnya mampu mengembalikan Kelantan kepada UMNO/BN pada PRU-12.. SLOGAN yang memakan DIRI.. ->KLIK<-

UMNO/BN sebenarnya terlalu keTINGGALan dalam menarik SOKONGan golongan pengundi MUDA.. Bukan kerana golongan MUDA berminat kepada puak-puak PR tetapi kerana SIKAP para pemimpin UMNO/BN sendiri khususnya dalam Pemuda UMNO yang meLETAKkan 'KASTA' mereka tidak sama dengan golongan MUDA marhaen lain.. Inilah PADAHnya apabila seseorang yang tidak LAHIR di NEGARA ini, tidak berSEKOLAH di NEGARA ini tetapi tiba-tiba diANGKAT sebagai PEMIMPIN! Sudahnya, AGENDA dia balik-balik AUKU, nak MANSUHkan KUOTA itu ini dan cari PUBLISTI untuk diri sendiri KONON-kononnya dia tu IDOLA ala-ala ARTIS! HE!HE!HE!

Daripada dok 'KHAYAL' dengan SLOGAN syok sendiri, ada BAIKnya DS Najib dan kePIMPINan UMNO pakat baca wawancara Utusan Malaysia dengan Tun Dr. Mahathir pasal PRU-13.. ->KLIK<-

Patut diINGATkan bahawa walaupun Tun Dr. Mahathir sudah bersara 8 tahun lalu tetapi pengalaman beliau sebagai PM selama 22 tahun mengatasi segala SLOGAN syok sendiri yang diCIPTA selepas beliau bersara.. BUKTInya, tidakkah 'SURVEY' oleh UIA baru-baru ini memBUKTIkan beliau KEKAL popular berbanding mana-mana pemimpin lain di NEGARA ini? Tak perlu pun beliau jadik 'MODEL sambilan' dalam mana-mana majalah FESYEN atau majalan 'keJANTANan' untuk KEKAL popular! KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

1 comment:

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan