Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, December 12, 2011
Kalau macam ni punya CERITA, habis 'WINNABLE Candidate' UMNO jadik 'LOSER Candidate'..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
FAHAMkan anda kenapa Tun Dr. Mahathir meNASIHATkan agar DS Shahrizat berUNDUR kerana ISU Lembu NFC? ->KLIK<-
Walaupun Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa seseorang itu TIDAK berSALAH selagi belum diSABITkan sedemikian, ini tidak berMAKNA PERSEPSI terhadapnya adalah POSITIF.. Seseorang yang BERSIH perlu keLIHATan BERSIH.. Tambah pulak dekat dengan PRU-13.. UMNO sendiri perlu menyerang, BUKANnya berTAHAN dengan ISU sebegini..
Apabila menyentuh SOAL calon UMNO untuk PRU-13, kita terasa LUCU dengan kenyataan 'BOSS' Pemuda UMNO yang KONONnya akan menyerahkan calon 'WINNABLE Candidate' dalam masa 2 bulan kepada DS Najib.. HE!HE!HE! ->KLIK<-
Apa yang LUCUnya ialah, ada ke dalam Pemuda UMNO nih calon 'WINNABLE Candidate' yang diMAKSUDkan? Ada? Atau semuanya BERANI sebagai 'WINNABLE Candidate' di kawasan Parlimen atau DUN yang banyak undi POS? Itu pun belum tentu lagi MENANG..
Kita BERANI katakan dalam Pemuda UMNO ketika ini langsung tidak ada 'WINNABLE Candidate'.. Malah, lebih TEPAT kalau diKATAkan kesemua EXCOnya dan 'BOSS' Pemuda UMNO di setiap NEGERI kecuali Johor dan Sabah bukannya 'WINNABLE Candidate'.. Tak PERCAYA? Kalau nak BUKTI, tunggulah PRU-13 nanti.. Masa tuh, PERCAYAlah UMNO akan MENANGIS tak berlagu jika PERCAYAkan 'WINNABLE Candidate' yang diBERIkan oleh 'BOSS' Pemudanya.. Cuma satu aje cara untuk Pemuda UMNO dapatkan 'WINNABLE Candidate' iaitu 'BOSS' Pemuda UMNO sendiri mengotakan JANJInya untuk menolak diSENARAIkan sebagai calon bersama-sama para LANUN 'Level 4 BOYS' dalam EXCOnya..
Dalam pada itu, ada HATI pulak dia nak mengatakan faktor SABOTAJ sebagai punca keKALAHan UMNO di banyak kawasan di Kedah.. Kenapa dia 'KENEN' kat Kedah ye?
"Pada 2008, banyak kawasan di Kedah majoriti kemenangan Barisan Nasional kurang daripada undi rosak. Maknanya ada sabotaj. Malah ada anggota parti tidak mahu membantu parti dengan pergi luar negara, dan ada juga tidak mahu mengundi,"
Perghh.. SABOTAJ tu.. Terus-terang katalah, pada PRU-12 tahun 2008 RAKYAT lebih rela menSABOTAJ UMNO daripada memBERIkan keMENANGan yang seterusnya menyaksikan REJIM Menantu BABAH meROMPAK dan meROSAKkan NEGARA bersama-sama 'Level 4 BOYS'! Tapi jika dia cuba meLAKUkan perkara yang SAMA seperti PRU-12, DS Najib pasti akan jadik PM UMNO yang terakhir dalam SEJARAH.. Yang PELIKnya tuh, tak de pulak dia mengakui bahawa wujudnya SABOTAJ di dalam UMNO sendiri untuk pemilihan 'WINNABLE Candidate' semasa PRU-12? Bukan ke penampilan calon-calon 'HAMPEH' pada masa tuh disebabkan oleh campur tangan dia dan para LANUN 'Level 4 BOYS?
Sudah tentu apabila 'BOSS' berSUARA, 'Tukang KIPAS' pun akan menyahutnya.. Salah seorang EXCOnya meminta agar penubuhan jawatankuasa DISIPLIN khas bagi menangani isu SABOTAJ calon yang mungkin timbul pada PRU-13 ->KLIK<-
Tak apalah.. Buatlah.. Cuma kita nak KATAkan, jawatankuasa tuh tak akan ada GUNAnya jika UMNO/BN diKALAHkan pada PRU-13 nanti.. Kenapa masa UMNO/BN kalah 8 PRK sebelum ini takde pulak nak TUBUHkan jawatan sedemikian? Buat 'POST-Mortem' ke tak?
DS Najib sepatutnya mengawal tingkah LAKU macam 'MURAI tercabut EKOR' sesetengah pemimpin UMNO seperti yang disebut ini.. Semakin kerap SPESIS macam nih buat kenyataan, semakin TIPIS peluang untuk UMNO kembali MENANG selesa.. Ada sesetengah pemimpin tu pulak berFORUM dengan pemimpin PR diKHALAYAK ramai bukan untuk menerangkan keBAIKkan DASAR kerajaan sangat.. Sebaliknya nak memPROMOSI diri sendiri KONONnya dia pemimpin yang ada keLAINan daripada rakan-rakannya yang lain dalam UMNO.. ->KLIK<- dan ->KLIK<-
Apa FAEDAH dia buat begitu semasa berFORUM? Hanya dia yang TAHU.. Mungkin nak SABOTAJ UMNO depan hadirin, mungkin nak TUNJUK dia HEBAT walaupun tanpa UMNO?
Sebab itulah DS Najib sekarang ini patut ARAHkan pemimpin UMNO seperti Timbalan Menteri tuh lebih banyak TUTUP MULUT dalam FORUM sebegini seterusnya arahkan JENTERA parti lebih KERAP turun padang.. UMNO tak akan MENANG dengan keBERANIan memPAMERkan keBONGOKkan diri pemimpin di atas pentas FORUM.. UMNO hanya akan MENANG jika RAKYAT kembali PERCAYAkan UMNO dan yakin UMNO telah BERSIH daripada BUDAYA menJIJIKkan seperti POLITIK WANG atau BUDAYA menJAYAkan agenda PEMBANGKANG di dalam parti sendiri.. Soalnya, sempat ke DS Najib ubah semua sebelum PRU-13 nanti? Kalau tak, walaupun ada 'WINNABLE Candidate' pun habis semuanya pakat terSUNGKUR bila PRU-13 nanti!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan