Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Friday, December 02, 2011
Penolong S/U Pemuda UMNO 'PUKUL parti SINDIR Menantu BABAH' pasal ISU 'Si KITOL'?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Mungkin RAMAI yang tak PERASAN berita ini.. Mungkin jugak RAMAI di kalangan perWAKILan UMNO yang buat-buat tak NAMPA kenyataan sebegini.. Apa pun, IRONInya apa yang diperkatakan oleh seorang Penolong S/U Pergerakan Pemuda UMNO ini sebenarnya boleh diKATAkan ibarat 'PUKUL anak SINDIR Menantu'.. Cuma dalam KONTEKS ini, kita boleh sebut balik sebagai 'PUKUL parti SINDIR Menantu BABAH' la kot?
Semalam, Penolong S/U Pemuda UMNO ini telah mengatakan seperti berikut,
"Pemuda akan akur dengan calon tak kira tua, muda, baru atau lama, yang dipilih oleh Presiden tetapi kita harap tak ada calon yang 'guna kabel', 'harap simpati','peras ugut', serta calon daripada golongan 'golden handshake'," ->KLIK<-
Ya.. Memang itu yang sepatutnya.. Mungkin kePIMPINan UMNO di PWTC patut jugak melihat bahawa RAMAInya perWAKILan ke PAU kali ini mungkin bukannya kerana betul-betul mengHAYATi perjuangan parti.. Mungkin di saat-saat yang begitu HAMPIR untuk PRU-13 ini, RAMAI jugak yang datang untuk meLOBI diri sebagai CALON.. Mungkin jugak yang tengah berCAKAP berdegar-degar dalam perHIMPUNan bukan untuk BANGKITkan SEMANGAT sebaliknya untuk memPROMOSIkan diri sebagai 'WINNABLE Candidate'?
Selanjutnya, dia menambah..
"Pemuda cadang mana-mana pemimpin yang sabo, yang mengamalkan (pendekatan) "Si Kitol", mereka tidak dimasukkan dalam senarai calon selama dua penggal dan jika mereka ada jawatan dalam parti, dilucutkan jawatan serta merta. Kami tak rela Si Kitol jadi pemimpin akar umbi,"
HE!HE!HE! Ini yang kita tak TAHAN nak KETAWA bila memBACAnya.. Sebab itulah kita katakan Penolong S/U Pemuda UMNO ini telah meLAKUkan 'PUKUL parti SINDIR Menantu BABAH'.. Sama ada di SENGAJA atau 'tidak terSENGAJA', kenalah TANYA kat dia sendiri.. Namun, baik dia SENGAJA atau 'tidak terSENGAJA', mungkin sekali dia LAYAK diCALONkan sebagai 'BOSS' Pemuda UMNO untuk pemilihan UMNO yang berikutnya? Ye la.. Siapa lagi dalam Pemuda UMNO yang BERANI sebut macam nih kena TEPAT kat 'BOSS'?
Dalam UMNO sekarang ini cukup MUDAH untuk mengenali siapakah 'Si KITOL' yang diMAKSUDkannya.. Alahai, bukan payah nak CAM orang macam 'Si KITOL' nih..
1) Dia meLAKSANAkan agenda pemBANGKANG seperti peMANSUHan AUKU, kepentingan Melayu dan lain-lain dengan ALASAN ini adalah 'NEW POLITICs'..
2) Dia memPUNYAi hubungan BAIK dengan para pemimpin pemBANGKANG termasuk sebagai 'pengHANTAR passport' mereka di luar pengeTAHUan ahli-ahli UMNO yang lain..
3) Dia sebenarnya tidaklah POPULAR di peringkat ahli akar UMBI tetapi POPULAR hasil 'TABUR DUIT' semasa pemilihan parti untuk JAWATAN tinggi dalam UMNO..
4) Dia menJADIkan UMNO sebagai PLATFORM untuk agenda PERIBADInya seperti mencari keMEWAHan untuk dirinya dan sekutu-sekutunya..
5) Dia meMOMOKkan KONONnya dia berPELAJARan tinggi dan patut diCONTOhi sebagai IKON generasi MUDA walhal generasi MUDA pun nak MUNTAH tengok MUKA dia..
Itulah ciri-ciri 'Si KITOL' yang sepatutnya diGAMBARkan oleh Penolong S/U Pemuda UMNO ini.. 'Si KITOL' ini banyak berkeliaran dalam Pemuda UMNO sendiri.. Jadik, tak PAYAHlah kita menuduh sesiapa pun kerana 'HINT' yang diBERIkan cukup JELAS.. Walaupun begitu, bukan SEMUA 'Si KITOL' ini berada dalam kePIMPINan Pemuda UMNO..
Ada la seorang yang bukan dalam Pemuda UMNO tapi mempunyai SIFAT seperti 'Si KITOL' menerusi AGENDA 'NEW POLITICs' nya KONON-kononnya nak mengajar para MAHASISWA kita berPOLITIK di IPT.. 'Si KITOL' spesies yang ini MARAH bila kerajaan campur tangan dalam urusan IPT tetapi dia sendiri sebagai Timbalan Menteri menyibuk urusan IPT bila seorang 'Professor Chap AYAM' di UIA diberi surat tunjuk SEBAB pasal KOMENnya terhadap DYMM Sultan Selangor berhubung isu MURTAD, tak apa pulak? Ini 'Si KITOL' paling BAHAYA pasal dia anggota KABINET dan tahu segala POLISI kerajaan..
Adakah 'Si KITOL' seperti yang diNYATAkan mampu diBERSIHkan daripada UMNO sebelum PRU-13? Mustahil kot.. UMNO ketika ini tak mampu berPECAH pasal 'Si KITOL' ini SEMUA bukannya baru berTAPAK dalam UMNO.. Mereka dah sedia mengukuhkan keDUDUKan sejak zaman PM ke-5 lagi.. Apabila DS Najib mengambil alih, mereka dah pastikan keDUDUKan mereka sebagai 'Si KITOL' dalam UMNO tidak terGUGAT atau jika diGUGAT, DS Najib akan menyaksikan HURU-HARA dalam UMNO yang mengUNTUNGkan pihak pemBANGKANG.. Mungkinkah 'WINNABLE Candidate' itu jugak sekadar RETORIK?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan