Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, December 07, 2011
PRU-13 - Kenapa UMNO perlu berMATI-MATIan untuk dapat undi Melayu/ISLAM..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Setakat manakah undi Melayu/ISLAM akan menyebelahi UMNO/BN pada PRU-13 nanti? Diimbas rekod PRU12, sebanyak 54% daripada pengundi Melayu yang turun mengundi telah mengundi UMNO berbanding 39% bagi kaum Cina dan 5% kaum India. UMNO memperoleh SOKONGan kira-kira 1.87 juta undi Melayu daripada 112 kawasan Parlimen manakala BN mendapat 2.28 juta undi Melayu di Semenanjung. PKR pula hanya memperoleh kira-kira 700,000 undi Melayu di 68 Kawasan Parlimen yang diTANDINGinya di Semenanjung.. ->KLIK<-
Pentingnya undi Melayu/ISLAM kembali adalah perkara SERIUS yang perlu diTANGANi oleh UMNO secepat mungkin jika mahu MENANG PRU-13.. UMNO dan Presidennya DS Najib tidak boleh lagi sekadar mengUCAPkan 'Nauzubillah' jika mahu pengundi Melayu/ISLAM memilih UMNO.. Malah, undi Melayu/ISLAM adalah penting kepada jentera UMNO di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan jika mahu KEKAL berKUASA.. UMNO/BN harus sedar 'DISASTER' yang akan tiba jika undi Melayu/ISLAM masih begitu dan komponen BN di Sabah dan Sarawak keHILANGan banyak kerusi pada PRU-13..
Adakah UMNO/BN berharap undi Melayu/ISLAM di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan kembali kepadanya? Mungkin berlaku jika UMNO/BN berMATI-MATIan berKEMPEN atau melakukan agenda 'Kelantan/Kedah SPRING' di sana.. Kalau tak kena cara, UMNO/BN jugak boleh 'TERKENA' sekali lagi seperti semasa PRU-12 di mana pengundi MUDA Kelantan di peRANTAUan balik mengundi untuk mengekalkan PAS sebagai kerajaan.. Akibatnya SLOGAN 'Pade DOH' 'BOSS' Pemuda UMNO kena balik kat MUKA sendiri! Nasib le MUKA dia pesen TEBAL macam tayar LORI! KAH!KAH!KAH!
Selain itu, UMNO jugak perlu mengembalikan semula undi ROSAK kepada undi untuk UMNO.. Undi ROSAK PRU-12 adalah yang terTINGGI dalam sejarah PRU.. Alangkah RUGInya jika UMNO tidak mampu mengembalikan undi ROSAK ini kepadanya.. Kita PERCAYA undi ROSAK tersebut bukan kerana pengundi tidak tahu mengundi.. Sebaliknya, undi ROSAK tersebut kerana PROTES terhadap PM ke-5 dan menantu BABAHnya yang menjadik DAJAL kepada UMNO/BN.. Cubalah NAFIkan apa yang diNYATAkan ini dan UMNO akan meLIHAT perkara yang sama berULANG pada PRU-13!
Selain itu faktor SABOTAJ akibat tidak terpilih sebagai calon jugak penting untuk diatasi oleh UMNO.. Sukar untuk PERCAYA bahawa UMNO mampu mengemukakan 'Winnable CANDIDATE' ketika UMNO masih tercari-cari arah untuk keluar dari PERSEPSI buruk POLITIK WANG yang melanda pemilihan parti sebelum ini.. Selain itu, pengLIBATan belakang tabir beberapa kePIMPINan Pemuda UMNO dalam urusan GLC seperti 'SHARE swap' MAS dan Air Asia dan banyak 'keGANASan' mereka di GLC-GLC jugak turut menyumbang kepada PERSEPSI buruk terhadap UMNO.. Kalau era 70-an dan 80-an mungkin tak siapa PEDULI tapi kalau era 2000-an ini semuanya orang TAHU..
PerINGATan Tun Dr. Mahathir bahawa UMNO perlu menDAPATkan peratusan undi Melayu/ISLAM mencecah 75%-85% perlu diambil berat.. UMNO hanya mampu MENANG hanya dengan undi Melayu/ISLAM.. Jika undi Melayu/ISLAM berpecah 3 kepada UMNO, PKR dan PAS, memang UMNO akan diKAPANkan pada PRU-13 nanti.. JuruBLOG Kickdafella telah membuat ANALISIS terperinci berhubung perkara ini.. Setakat manakah UMNO sendiri mengambil berat terhadap ANALISIS sebegini, kita pun tak TAHU.. ->KLIK<-
Apa pun, jangan diHARAPlah untuk UMNO melakukan sendiri 'GROUND Research' untuk PRU-13 kali ini.. UMNO lebih suka telan KELENTONG 'BOSS' Pemuda UMNO daripada menyelidik sendiri keKUATan dan keLEMAHan parti untuk menghadapi PRU-13 kali ini..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan