Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, January 26, 2012
2 berita BERNAMA yang pasti akan di'SCRAP'kan oleh MAHASISWA SMM..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Sekali lagi ada 2 berita BERNAMA yang sebenarnya berita yang berASINGan tetapi saling berKAITan antara satu sama lain.. Salah satu daripadanya ialah TEGURan mantan PM Tun Dr. Mahathir tentang betapa AUKU itu masih RELEVAN kepada orang yang TIDAK tahu menjaga DIRI dan tidak mengHARGAi peluang yang harus diGUNAkan sebagai seorang MAHASISWA.. ->KLIK<-
Menurut Tun Dr. Mahathir,
"Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul."
Ya.. Memang TEPAT sekali kata-kata Tun Dr. Mahathir seperti biasanya.. Kalau diFIKIRkan kot mana sekalipun, DUIT siapakah yang diGUNAkan untuk memBINA segala macam PRASARANA di IPT dan memBIAYAi penDIDIKan para MAHASISWA ketika ini? Bukankah duit orang RAMAI yang diKUTIP menerusi CUKAI? Itulah yang sering kita sebut dalam BLOG ini banyak kali.. Malah, pernah kita TEKANkah bahawa inilah bentuk pemBAZIRan MAHA besar kerajaan sejak MERDEKA yang TIDAK pernah diTEGUR oleh Ketua AUDIT NEGARA!
Apabila kita memperKATAkan tentang TANGGUNGJAWAB seorang MAHASISWA, apakah yang perlu kita FAHAMi?
- Adakah berDEMONSTRASI pukul 2 PAGI di depan pintu MASUK UPSI adalah TANGGUNGJAWAB mereka?
- Adakah menurunkan BENDERA gambar muka DS Najib di PWTC adalah meRUPAkan TANGGUNGJAWAB mereka?
- Adakah 'meLAYAN' agenda BANGSAT 'NEW Politics' yang diCIPTAkan oleh ZIONIS Neo-CON dan diSEBARkan oleh segelintir ahli POLITIK MURAHAN meRUPAkan TANGGUNGJAWAB mereka?
- Adakah mengGAGALkan diri sendiri di IPT semata-mata memenuhi TUNTUTan NAFSU untuk berPOLITIK meRUPAkan satu bentuk TANGGUNGJAWAB?
BerBALOIkan duit pemBAYAR CUKAI diBAZIRkan untuk SEMUA perkara yang diNYATAkan di atas semata-mata kerana KONONnya mereka itu MAHASISWA? Mungkin Timbalan Menteri IPT yang jugak 'PENYELARAS' agenda 'NEW Politics' boleh menJAWABnya? Takkanlah ini pun MP PAS 'The TROLLEY Man' yang tak pernah jadik MAHASISWA atau Timbalan Presiden PAS 'The KHALWAT Man' nak JAWABkan? Kalau macam tuh, tak LAYAKlah dia JAJA diri tuh 'Ex-M#KK'!
Satu lagi berita BERNAMA yang ada KAITAN dengan berita di atas ialah tentang keBIMBANGan minat PELAJAR untuk mengikuti jurusan SAINS di sekolah semakin MEROSOT ke tahap yang sangat KRITIKAL.. Ini diSUARAkan sendiri oleh Menteri IPT yang meRUPAkan 'BOSS' kepada Timbalan Menteri IPT tadi.. ->KLIK<-
Apa KAITAN berita ini dengan berita pasal KENYATAAN Tun Dr. Mahathir tentang AUKU tadi? Ini kerana menurut Menteri IPT,
"Lebih membimbangkan sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains terus menurun sehingga 29 peratus. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti,"
Dengan KATA lain, PELAJAR kita sejak di sekolah lagi telah menunjukkan SIKAP untuk mengambil jalan MUDAH di IPT.. Mungkin ini lebih jelas apabila kita meLIHAT keBANYAKkan MAHASISWA SMM yang meRUSUH di PWTC dan UPSI ini diDALANGi oleh mereka yang 'DROP' walaupun mengambil KURSUS yang MUDAH dan bukan aliran SAINS seperti TESL atau Pengajian SOSIAL dan lain-lain.. Adakah mereka ini berANGGAPan bahawa gelaran MAHASISWA apabila masuk IPT adalah 'LESEN' untuk mereka berPOYA-POYA atau menunjuk PANDAI dengan berPOLITIK? TerPULANGlah untuk anda membuat TAFSIRan..
Apa pun, Menteri IPT apabila diTANYAkan tentang PINDAan AUKU telah menJELASkan,
"Saya tidak pernah menghalang mahasiswa bersikap kritikal tetapi biarlah sikap itu disalurkan melalui pendekatan yang berhemah lagi beradab. Mahasiswa juga merupakan rakyat dan warganegara yang mempunyai tanggungjawab kepada negara sama seperti pihak lain dalam masyarakat,"
Tak TAHUlah samada penDIRIan dia nih diKONGSI oleh Timbalannya sendiri.. Jangan pulak lepas nih mereka berDUA saling ber'TWITTER' menegakkan penDIRIan masing-masing, tak tahu la! Yang NYATA, kePENTINGan POLITIK telah meMUSNAHkan pemBENTUKkan MODAL INSAN di IPT dalam NEGARA ini!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan