ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apakah HIMPUNan Shamsidar Sabtu LEPAS diLIHAT mengancam keDUDUKan Kerajaan UMNO/BN? TIDAK bukan? Malah, RAMAI yang KETAWA berguling-guling apabila memBANDINGkan keGANASan BERSIH 3.0 dengan HIMPUNan Shamsidar.. Dengan KATA lain, mereka terpaksa mematuhi Akta PerHIMPUNan AMAN yang diBENTANGkan oleh Kerajaan UMNO/BN kerana TIDAK mahu diLIHAT GANAS seterusnya mengAKIBATkan mereka keHILANGan UNDI pada PRU-13 nanti.. Apakah SENARIO sedemikian meRUGIkan UMNO/BN? Sudah tentu TIDAK.. RAKYAT meLIHAT UMNO/BN yang menjaga kePENTINGan mereka sekarang ini..
Jadik, apakah yang akan mengGUGAT UMNO/BN atau PM DS Najib pada PRU-13 nanti? Apakah PR mampu lagi menJUAL KELETONG KONONnya mereka akan MENANG jika berLAWAN satu LAWAN satu dengan calon UMNO/BN pada PRU-13? Itu kita tengok kemudian.. Yang NYATA, walaupun HIMPUNan Shamsidar TIDAK lebih macam kelompok RAKYAT turun memBELI-BELAH di MUSIM peRAYAan, ada lagi BAHAYA yang lebih BESAR sedang diRENCANAkan terhadap UMNO/BN dan tentunya kePIMPINan DS Najib.. BAHAYA ini bukan datang dari LUAR sebaliknya dari DALAM.. BAHAYA ini TIDAK dijangka dan dah LAMA ada dalam UMNO/BN..
Apakah BAHAYA tersebut? BAHAYA yang diMAKSUDkan ialah apabila seseorang yang diLIHAT menDAPAT keUNTUNGan dan keMEWAHan daripada JAWATAN dalam Kerajaan PUSAT tiba-tiba 'CORNER' baring dan MENIKAM pulak UMNO/BN.. CONTOHnya seperti TINDAKAN seorang yang diKATAkan KETUA Pakar EKONOMI Bank ISLAM yang tiba-tiba membuat kenyataan POLITIK terhadap UMNO/BN.. Sedangkan semua MAKLUM bahawa Bank ISLAM itu sendiri diTUBUHkan melalui DASAR Kerajaan UMNO/BN dan tentunya 'MALAUN' itu jugak mendapat JAWATAN sedemikian kerana DASAR Kerajaan UMNO/BN jugak.. Patut ke? ->KLIK<-
Inilah BAHAYA yang sebenarnya sudah LAMA wujud tetapi DS Najib dan kePIMPINan UMNO/BN sendiri TIDAK dapat berbuat apa-apa.. Ye la.. DASAR Kerajaan UMNO/BN sebelum kePIMPINan DS Najib telah menyaksikan RAMAI 'DADDY' kasi 'GENERATION' yang berOTAK LIBERAL dan KONON-KONONnya mereka aje lah yang belajar di luar NEGARA meMASUKki agensi Kerajaan PUSAT dan GLC-GLC.. Kita jugak pernah menyebutnya dalam BLOG ini.. ->KLIK<-
Ya.. Mereka inilah TALAM beRATUS MUKA yang akhirnya akan menjadi MUSUH kepada UMNO/BN seterusnya akan berusaha menJATUHkan Kerajaan UMNO/BN..
Jika anda LIHAT balik PROFIL diri mereka, sudah tentu anda akan dapati mereka ini amat menJELIKkan.. Malah, naik LOYA melihatnya.. Nak TAHU kenapa?
- Mereka BUKANlah GENERASI yang terpaksa berJALAN KAKI di tengah PANAS untuk ke SEKOLAH..
- Mereka jugak BUKANlah GENERASI yang terpaksa bertukar UNIFORM setahun sekali seperti keBANYAKkan orang lain..
- Mereka jugak BUKANlah GENERASI yang terpaksa ke sana ke mari mengHANTAR 'RESUME' untuk mendapat peKERJAan.. 'DADDY' masing-masing dah siap LOBIkan JAWATAN lagi!
Kenapa mereka ini berBAHAYA kepada UMNO/BN? BAHAYAnya mereka ini ialah kerana PEMIKIRAN LIBERAL mereka.. Mereka TIDAK KISAH pun jika NEGARA hancur.. Yang PENTING ialah keDUDUKan dan keMEWAHan yang mereka NIKMATi hari ini KEKAL walau siapa pun menjadi kerajaan.. TIDAK kisahlah RAKYAT MARHAEN lain menDERITA sekalipun dek PENIPUan puak-puak PR asalkan diri mereka terJAMIN dan mampu pulak berLAGAK PANDAI dalam keBODOHan sendiri!
Apakah UMNO/BN memPUNYAi BUKTI bahawa 'DADDY' kasi 'GENERATION' ini akan menyokong UMNO/BN pada PRU-13 nanti? TIDAK ada pun.. Malah, seperti CONTOH yang diTUNJUKkan oleh KETUA Pakar EKONOMI Bank ISLAM ini, dia TIDAK MALU pun untuk memBURUKkan Kerajaan UMNO/BN hari ini dalam FORUM di luar NEGARA.. Ye la.. Mana mungkin dia merasa perlu terHUTANG BUDI kepada UMNO/BN kerana bagi dirinya, UMNO/BN adalah PLATFORM untuk keMEWAHan.. Dengan keDUDUKan yang PENTING dalam GLC-GLC atau agensi kerajaan, dia rasa BEBAS memBURUKkan UMNO/BN demi kePENTINGan POLITIK puak-puak PR!
Kenapa mereka ini jadik begini? Anda patut TAHU bahawa puak-puak PR yang berOTAK LIBERAL sudah lama menDEKATi golongan sebegini.. Malah, keBODOHan UMNO/BN menerima mereka dan menempatkan mereka dalam agensi-agensi kerajaan dan GLC-GLC menyebabkan mereka berMAHARAJALELA di dalamnya.. Mereka TIDAK perlu pun rasa MALU untuk berSIKAP BURUK kerana RAKYAT akan menyalahkan UMNO/BN yang memBERIkan keDUDUKan kepada mereka.. Jika dikenakan TINDAKAN, mereka akan berPALING pulak kepada puak-puak PR dan menDEDAHkan pulak keLEMAHan agensi-agensi yang mereka pernah berada sebelum ini sebagai MODAL POLITIK.. Jadik, apa yang tinggal untuk UMNO/BN?
Mereka jugak meMAINkan PERANAN dalam memBURUKkan agensi-agensi dan GLC-GLC di mana mereka bekerja.. Segala keLEMAHan ini akan diSALURkan kepada puak-puak PR untuk dijadikan INTIPATI CERAMAH.. Jika ada agensi atau GLC yang diURUSkan dengan BAIK, mereka akan SABOTAJ pulak dari dalam.. Lihat apa yang berlaku kepada FGV.. Bukankah FGV tuh diSABOTAJ dari dalam? Bayangkan pulak berapa RAMAI lagi golongan sebegini dalam GLC-GLC lain? Bayangkan pulak kalau ada di kalangan mereka ini berada dalam UMNO/BN atau mendapat JAWATAN melalui POLITIK WANG semasa pemilihan UMNO yang lepas? Dapatkah diBAYANGkan keMUSNAHan yang akan mereka LAKUkan sebaik sahaja PARLIMEN diBUBARkan nanti?
Mereka bukan sahaja meMILIKki MAKLUMAT DALAMan agensi dan GLC yang akan dijadikkan MODAL POLITIK, mereka jugak telah meRANCANG STRATEGI untuk seperti TEORI DOMINO untuk JATUHkannya.. Itu belum lagi PERANAN mereka dalam menyalurkan SUMBER kewangan tanpa HAD kepada puak-puak PR.. Bayangkan kalau DANA-DANA HARAM dari ZIONIS Neo-CON disalurkan oleh agensi atau GLC-GLC yang diKUASAi mereka? Pernah tak UMNO/BN menyiasat perkara ini? Bagaimana pulak yang menjadi PEGAWAI Kerajaan atau pun yang berJAWATAN dalam HIERARKI kePIMPINan UMNO/BN? Apakah mereka RASIONAL untuk meNILAI sumbangan UMNO/BN selama ini terhadap RAKYAT dan NEGARA?
Wallahualam..
sy sgt bersetuju... cr la org muda yg betul2 nak berkhidmat. cer tanya gaji mamat ni brapa?? dah tentu bleh bayar gaji org lain 4-5 bln. mmg ramai pun org mcm ni dlm glc
ReplyDeleteBagus dan Syabas atas tulisan yang jujur ikhlas dan berterus terang. Semangat penulisan macam ni perlu diterapkan lagi. Berkata benar walaupun pahit. Kita bukan NIK Aziz yang sudah tinggi hikmatnya cakap flip-flop pun air kaki masih ampuh.
ReplyDeleteTapi perlu nak tambah sikit golongan ni bukan dalam GLC sahaja. Perati-perati juga Jabatan-jabatan kerajaan atau badan-badan yang bebas seperti suruhanjya-suruhanjaya. Yang saya ada ragu-ragu sikit la Pejabat Peguam Negara dan SPRM.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteYa, kita MENULISnya begini kerana kita sendiri sedang/PERNAH beKERJA dengan orang macam ini.. WUJUDnya golongan begini kerana semakin RAMAI di kalangan kita sendiri yang LUPA asal-usul dan AGAMA sendiri..
Inilah masalahnya bila DS Najib terSALAH melihat golongan MUDA yang diTAJA oleh 'DADDY' masing-masing sebagai CONTOH sedangkan masih RAMAI yang jauh lebih HEBAT dan TULUS berBAKTI kepada NEGARA.. Kita MOHON supaya apa yang kita TULIS ini dapat diSAMPAIkan kepda DS Najib..
Wallahualam..