DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, March 28, 2009

Kehadiran Tun semasa sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO - UMNO jangan pencilkan Tun Dr Mahathir lagi..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Penuh dengan KEJUTAN.. Itulah yang dapat kita katakan apabila melihat secara tiba-tiba kelibat Tun Dr. Mahathir dan isteri memasuki Dewan Merdeka PWTC ketika Timbalan Presiden baru UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap.. Begitu GEMURUH dan para hadirin semua berdiri tanda menghormati kehadiran pasangan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 dalam persidangan UMNO.. Malah, tiap kali nama Tun Dr. Mahathir disebut, sorakkan bergemuruh kedengaran di setiap pelusuk dewan.. Begitu sekali sambutan dan penghargaan yang diberikan kepada Tun..

Kejutan menjelang berakhir Perhimpunan Agung UMNO...

Pada jam 12.25 pagi Sabtu ketika seluruh perhatian Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka,PWTC sedang bertumpu kepada ucapan pengulongan Timbalan Presiden UMNO yang baru,Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba terdengar deraian tepukan.

Ramai dalam dewan yang terpinga-pinga apa halnya.Ini diikuti oleh tepukan semakin gemuruh apabila disedari kelibat yang sedang menuju ke tempat duduk bahagian pemerhati kenamaan ialah Tun Dr Mahathir Mohamed dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ini memang satu kejutan kerana tiada siapa yang sangka bekas Perdana Menteri itu akan muncul.Baru kelmarin Dr Mahathir tulis dalam laman blognya Che Det bahawa beliau tidak hadir ke majlis perasmian perhimpunan itu kerana Pemuda UMNO secara langsung merestui rasuah.

Melihat kehadiran Dr Mahathir itu,Muhyiddin terus berkata," kehadiran Tun amat dinantikan ...dan saya percaya Tun akan masuk UMNO secara rasminya hari ini...kehadiran Tun adalah satu endorsement kepada kepimpinan Datuk Seri Najib."

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diawal ucapannya selepas itu turut mengalu-alukan kehadiran Dr Mahathir.

Sementara itu Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam ucapan penggulungannya menyentuh mengenai kehadiran Dr Mahathir dan dengan secara jenaka berkata "Saya cuba untuk mentasirkan kehadiran Tun".

Katanya, beliau berharap akan dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Presiden UMNO dengan kerjasama dua negarawan negara, iaiatu Dr Mahathir dan Abdullah.


Diharapnya orang-orang UMNO tidak lagi cuba memencilkan Tun seperti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini.. Diharap jugak tidak ada lagi ahli-ahli Majlis Tertinggi yang cuba memperlekehkan Tun semata-mata nak ambil hati atau memBODEK Presiden parti.. Mereka semua seharusnya maklum dengan akibatnya cuba memperlekehkan Negarawan yang berjasa kepada negara selama 22 tahun sekiranya masih cuba meneruskan usaha-usaha memperlekehkan Tun.. Apa yang berlaku kepada UMNO dalam pilihanraya ke-12 adalah satu MANIFESTASI yang jelas kepada UMNO bahawa mereka seharusnya menghargai insan-insan yang berjasa kepada negara..

Semasa menonton siaran langsung sesi penggulungan menerusi TV tadi, kita dapat menyaksikan Tun dan isteri naik ke pentas dan berSALAMan dengan para ahli Majlis Tertinggi di atas pentas, terus-terang katalah, TAK NAMPAK PUN KELIBAT KETUA PEMUDA UMNO YANG BARU BERSALAM ATAU MENCIUM TANGAN TUN? Malah nampak dia dok cuba menyelit kat belakang ahli-ahli Majlis Tertinggi yang berebut-rebut bersalam dengan Tun.. Itu yang diSAKSIkan menerusi TV tadi.. Anda bagaimana? Ada nampak ke? Kalau betul apa yang kita nampak menerusi TV, memang patutlah Ketua Pemuda UMNO yang baru tuh tiap kali dia pegang mikrofon aje asyik kena "Booo!!!" KAH!KAH!KAH!

Diharap adalah sesiapa tolong 'confirm'kan dia SALAM ke tidak dengan Tun.. Kalau betul tidak, nampak sangat masuk OXFORD nih tahu adab Melayu!Mana dia 304 'ekor' perwakilan Pemuda UMNO yang mengundi dia? Ini ke ADAB seorang Ketua Pemuda bila berjumpa dengan orang yang lebih tua dari dia?

Wallahualam..

2 comments:

A__q said...

KJ xbrani salam dgn DrM..takot kene lepuk..hahahahhaaha!

Apapun..aku bersyukur dan gembira dgn ksudian DrM kat dewan td..n trnanti2kan apa yg dmaksudkan dgn syarat2 tu..heheheh~

n mmg langsong xklihatan si KJ tu bersalam dgn DrM.
aku tgk kat tv la,hahahaha!

:D

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Saya cuba mencari adegan atau KLIP yang menunjukkan Ketua Pemuda UMNO berSALAM atau cium tangan Tun ketika Tun naik ke pentas utama untuk bersalam dengan anggota MT.. Tak jumpa lagilah buat masa ini..

Sekiranya betul tak berSALAM, Ketua Pemuda seharusnya rasa MALU kerana anak Tun masih sudi berikan bantuan dan sokongan walaupun kalah pemilihan sedangkan Ketua Pemuda yang menang walaupun disabitkan dengan POLITIK WANG pulak langsung tak tahu hormatkan bapanya?

wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS