DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, April 22, 2009

DUN Penanti - UMNO jugak yang TERNANTI-NANTI keputusan nak lawan atau tak!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Patutkah UMNO bertanding di DUN Penanti yang dikosongkan oleh Timbalan Ketua Menteri Satu(TKM1) Pulau Pinang? Pelbagai reaksi yang dapat kita lihat.. Ada yang menyokong dan ada juga yang menentang.. DS Shahidan Kasim dalam reaksinya menyatakan UMNO sepatutnya lebih menumpukan kepada pemulihan ekonomi negara daripada melayan kerenah pembangkang yang lebih bersifat RHETORIK.. Tun Dr. Mahathir dan TS Nazri Aziz pula berpendapat UMNO wajar meletakkan calon kerana selama ini UMNO tidak pernah gagal bertanding dalam mana-mana pilihanraya.. Apa pula reaksi PM kita DS Najib Tun Razak? Setakat ini beliau belum beri apa-apa pun keputusan namun menurut laporan media, beliau dilihat 'keberatan' untuk membenarkan UMNO bertanding di DUN Penanti..

Calon UMNO tewas 3 kali di Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan yang terbaru di Bukit Gantang..

- Apakah yang telah UMNO pelajari daripada kekalahan tersebut?
- Adakah dengan mengelakkan diri daripada bertanding di DUN Penanti akan menyebabkan sokongan kepada UMNO kembali pulih dan rakyat kembali yakin dengan UMNO?
- Adakah dengan membiarkan PKR menang percuma dengan alasan ingin menumpukan kepada pemulihan ekonomi maka UMNO akan berjaya meraih keyakinan rakyat?
- Adakah UMNO yakin UMNO mampu memulihkan ekonomi sedangkan antara KUNCI pemulihan ekonomi adalah KESTABILAN politik?
- Adakah UMNO benar-benar faham kenapa mereka KALAH di 3 tempat sebelum ini?
- Apakah UMNO yakin sekiranya ekonomi pulih, UMNO akan kembali di hati rakyat?

Terlampau banyak persoalan yang harus dijawab sebelum UMNO memutuskan samada untuk menarik diri atau bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti kali ini.. Namun, terus-terang katalah sekiranya UMNO memilih untuk menarik diri, RISIKO jangka panjang yang UMNO akan hadapai jauh LEBIH DAHSYAT daripada RISIKO jangka pendek jika kalah di DUN Penanti.. Sepatutnya kata-kata beberapa bekas wartawan atau pensyarah politik yang tidak pernah bertanding pilihanraya tidak seharusnya jadi kayu pengukur untuk UMNO buat keputusan samada patut bertanding atau tidak..

UMNO seharusnya sedar bahawa mereka harus memulihkan sokongan pengundi Melayu terhadap mereka.. Tanda-tanda pemulihan sokongan pengundi Melayu semasa pilihanraya kecil di Bukit Gantang sebenarnya sudah pun kelihatan.. UMNO sepatutnya harus memastikan sokongan tersebut berterusan atau meningkat agar keyakinan pengundi Melayu terhadap UMNO kembali pulih.. UMNO harus sedar bahawa mereka tidak lagi boleh mengharapkan sokongan pengundi bukan Melayu ketika ini.. Pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina dan India telah pun memperolehi 'bargain' politik yang amat berharga kerana sikap 'seekor' Melayu yang terlampau kemaruk ingin jadi Perdana Menteri setelah dipecat akibat aktiviti SEKS luar tabiee pada tahun 1998 dahulu! Pakatan Rakyat tidak kuat sebenanrnya tetapi mereka aktif berkempen dan mendedahkan kelemahan UMNO - sesuatu yang UMNO tidak suka lakukan KONONnya itu isu 'PERIBADI'! KAH!KAH!KAH!

Memang UMNO masih ada keLEMAHan.. Kalau tak, takkanlah UMNO asyik KALAH aje.. Kelemahan ketara UMNO adalah kerana ada beberapa kerat ahlinya yang mudah menggadaikan prinsip perjuangan parti hanya kerana inginkan wang, pangkat, kontrak dan banyak lagi.. Sekiranya kemahuan golongan ini dihalang, mereka tidak ragu-ragu untuk menSABOTAJ UMNO terutamanya apabila UMNO bertanding piilihanraya.. Ini aje masalah UMNO yang masih belum selesai walaupun sudah pun berlaku peralihan kepimpinan dalam parti.. Inilah punca utama kekalahan UMNO dan juga penyebab utama UMNO ditolak rakyat.. Adakah UMNO sedar hakikat ini?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS