DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, April 10, 2009

Kabinet baru DS Najib.. Harapan dan kemahuan rakyat hendaklah dipenuhi..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Akhirnya Kabinet Baru DS Najib Tun Razak telah pun diUMUMkan semalam.. Kita dapati banyak muka baru dan ada juga muka lama yang diKEKALkan.. Ada komen yang POSITIF dan ada jugak yang NEGATIF terhadap mereka yang ditampilkan di dalam kabinet ini.. Apa pun, Blog ini ingin mengucapkan TAHNIAH kepada mereka yang dipilih oleh DS Najib untuk menganggotai kabinet beliau seperti Datuk Mukhriz, Datuk Rosnah Shirleen, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik, TS Koh Tsu Koon dan ramai lagi.. Semoga mereka dapat menjalankan tugas dengan baik..

Ada beberapa perkara yang kita perasan dengan keanggotaan ahli-ahli kabinet baru seperti di bawah:-

1) Bilangan Tokoh yang berlatar-belakangkan mahir agama Islam agak ramai
Terddapat 2 Menteri dan 1 Timbalan Menteri yang kita ketahui latar belakangnya sebagai orang-orang agama.. Contohnya macam Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Mashithah Ibrahim dan Datuk Jamil Khir Baharom.. Ini ditambah lagi dengan Datuk Dr Abdullah Md. Zin sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri.. Dari satu segi kita memandang POSITIF akan perlantikkan ini yang kita harap dapat memberi kesinambungan kepada kerajaan untuk menghadapi golongan seperti:-
1-1) Golongan Lebai-Lebai PAS
1-2) Golongan bukan Islam tapi perasan 'LEBAI' dalam DAP
1-3) Golongan Lebai 'JAHIL' dalam PKR yang mengHALALkan 'sedekah SEKS' atau aktiviti BERSEKEDUDUKAN..

Kita haraplah mereka yang berlatar-belakangkan agama ini mampu berHUJAH dengan baik terutamanya apabila 3 golongan yang di atas cuba memecah-belahkan umat Islam di negara ini.. Sekurang-kurangnya kita harap mereka yang dilantik oleh DS Najib ke dalam kabinetnya kali ini dengan BERANI mampu mengatakan bahawa "LIWAT ITU HARAM" di dalam Parlimen nanti! HE!HE!HE!

2) Walaupun agak kurang meyakinkan, namun kita mengharapkan mereka yang mengetuai kementerian yang ada kaitan dengan orang muda seperti Kementerian Belia dan Sukan dan jugak Kementerian Pengajian Tinggi dapat melakukan sesuatu yang dinamik atau 'di luar jangkaan' untuk menarik kembali sokongan golongan muda khususnya golongan muda Melayu kembali mencintai negara, sayangkan bangsa serta mempunyai aspirasi dan hala tuju hidup yang jelas.. Jangan ulangi kesalahan pertubuhan-pertubuhan belia di negara ini diterajui oleh mereka yang mengejar jawatan dalam parti hingga mengakibatkan golongan belia terpinggir daripada bersama-sama membangunkan dan mempertahankan negara!

Cukuplah golongan muda dihancurkan menerusi aktiviti-aktiviti yang tidak ada faedah seperti menyertai rancangan-rancangan REALITI TV macam 'My Team', 'Malaysian Idol' dan sebagainya.. Malah kementerian terbabit juga harus merencanakan program yang lebih bersifat kemasyarakatan dan penghayatan terhadap asal-usul bangsa mereka daripada membiarkan mereka menjadi manusia yang mendewa-dewakan perjuangan ala-ala 'KOMUNIS', 'KIASU', 'LTTE' atau 'PENGGANAS AGAMA ISLAM' hasil wacana pemikiran politik SEMPIT golongan yang kemaruk nak berkuasa.. Semoga anak-anak muda kita menjadi warisan bangsa yang benar-benar berwibawa dan bukannya menjadi HAPRAK tepi jalan yang sanggup 'MENGGADAI TUBUH' semata-mata ingin menyertai politik! HE!HE!HE!

3) Perlantikkan beberapa Tokoh Ekonomi seperti Datuk Mustapha Mohammed, Datuk Nor Mohammad Yaacob dan juga Datuk Dr Awang Adek Husin seharusnya dapat memberikan impak yang jelas terhadap pemulihan ekonomi negara.. Mereka ini bukannya orang baru, malah merekalah antara nama-nama yang bersama-sama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memulihkan ekonomi negara semasa kegawatan tahun 1998 dahulu.. Kewibawaan dan prestasi mereka ini sebenanrnya bergantung kepada bagaimana pemimpin ketika itu merencanakan agenda pemulihan ekonomi.. Dengan kata lain, DS Najib sendiri sebagai Menteri Kewangan seharusnya mengetuai satu pasukan yang mantap dengan corak kempimpinan yang dinamik seperti apa yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir dahulu.. Jangan terlampau menurut kehendak seorang Pemimpin Pembangkang yang sanggup menggadaikan negaranya kepada IMF semata-mata kepingin nak jadi Perdana Menteri dan menutup kes 'SEKS Luar Biasa'nya! HE!HE!HE!

4) Perlantikkan DS Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri juga sebenarnya agak menggusarkan.. Kita masih ingat lagi sifat 'PEMAAF' DS Hishamuddin yang mencium keris semasa perhimpuan Pemuda UMNO hingga dijadikan isu BESAR oleh segelintir puak-puak 'racist' untuk menekan kerajaan.. Kita berharap agar DS Hishamuddin dapat menunjukkan ketegasan setaraf dengan Ketua Polis Negara TS Musa Hassan untuk mengetuai kementerian ini.. Kita harap jugak DS Hishamuddin tidak mudah tunduk kepada tekanan terutamanya oleh golongan yang mahir dengan undang-undang tapi memperalatkannya bukan untuk menegakkan keadilan, sebaliknya untuk bermain POLITIK! Kalau nak menunjukkan sifat 'PEMAAF' pun biarlah bertempat.. Jangan sampai orang pijak kepala kita pun kita yang kena mintak MAAF! HE!HE!HE!

Apa pun secara keseluruhan kita mengalu-alukan pengumuman kabinet baru ini.. Harapnya mereka yang tak dapat jawatan, yang hilang jawatan atau yang 'MELEPAS' jawatan tu tidaklah cuba mensabotaj barisan kabinet sedia ada ini.. Almaklumlah.. Mungkin kalau orang tu dah mengetuai sesuatu kumpulan, bila dia tak dapat jawatan kabinet kali ni maunya dia buat SABOTAJ diam-diam.. Ye la.. Macam mana nak jadi Perdana Menteri termuda kalau sekarang ini takde jawatan pun dalam kabinet? HE!HE!HE!

Wallahualam..

1 comment:

Walk D Talk 09 said...

MAHATHIR PERLU SEORANG MUSUH DALAM SATU MUSIM UNTUK KEKAL SIHAT Baca disini

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS