ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Blog ini ingin meluahkan rasa MALU teramat sangat dengan sikap para pemimpin POLITIK kita yang begitu terhegeh-hegeh seperti 'HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG' apabila melihat mereka begitu beriya-iya menyembah seorang bekas PM merangkap Menteri Mentor Singapura yang sepatutnya sudah dikira 'OBSOLETE' dan langsung tidak ada kepentingan kepada negara ini untuk menyanjungnya.. Anda boleh lihat sendiri bagaimana media-media kita begitu GHAIRAH (mungkin dipaksa) memaparkan gambar-gambar pemimpin dan isteri pemimpin menemui Menteri Mentor Singapura ini sebagai 'front page news'..
Sepatutnya para pemimpin ini berasa MALU apabila mantan PM yang kita sanjungi yang juga pemimpin yang pernah mengkritik Menteri Mentor Singapura ini semasa Singapura masih berada dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1964 bersikap SINIS terhadap keGHAIRAHan segelintir pemimpin politik kita yang TERHEGEH-HEGEH menemui Lee Kuan Yew dan menjadikan pertemuan tersebut sebagai satu PUBLISITI MURAHAN menerusi media!
Mahathir tak minat jumpa Kuan Yew
KUALA LUMPUR 11 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berminat untuk bertemu dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew selain tidak yakin jambatan ketiga Malaysia-Singapura akan menjadi realiti.
Beliau berkata, Kuan Yew tidak meminta untuk bertemu dengannya dan tidak ada sebab bagi pemimpin veteran republik berkenaan untuk berjumpa dengan beliau.
"Ah! tak dak,'' katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai kemungkinan bagi beliau untuk bertemu dengan Kuan Yew yang sedang dalam lawatan lapan hari ke negara ini.
Mengenai jambatan ketiga Malaysia-Singapura pula, Dr. Mahathir berkata, jambatan itu hanya akan menjadi kenyataan jika Malaysia memberikan pasir kepada republik berkenaan.
"Jika kita beri pasir kepada Singapura, kita dapatlah (jambatan ketiga),'' kata beliau selepas melancarkan Penyelenggara Kawalan Jauh Operasi Dasar Laut Sapura Crest Petroleum Berhad pada Pameran Minyak dan Gas Asia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Jelas Dr. Mahathir, Kuan Yew tidak membuat sebarang permohonan untuk bertemu dengan beliau.
"Saya tidak fikir sebab untuk Kuan Yew bertemu dengan saya. Saya bukan sesiapa,'' katanya.
Mengenai pertemuan Kuan Yew dengan pemimpin pembangkang Malaysia, Dr. Mahathir berkata, Menteri Mentor Singapura itu mempunyai pengalaman yang luas.
"Ahli politik Malaysia tidak tahu apa-apa jadi kita kenalah belajar dari Singapura.
"Singapura sebuah negara yang hebat, mereka melabur banyak wang,'' katanya.
Kuan Yew, 85, kini dalam rangka lawatan lapan hari ke negara ini.
Di bawah adalah beberapa URL daripada Utusan Malaysia yang memaparkan beberapa pemimpin politik kita seperti Naib Presiden UMNO dan isteri Presiden UMNO berjumpa dan bergambar dengan Menteri Mentor Singapura ini!Siap jadik berita 'front page' media kita lagi!
1)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm
2)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive
Kita tertanya-tanya, atas KAPASITI apakah para Naib Presiden UMNO begitu kelihatan begitu terHEGEH-HEGEH nak jumpa beliau? Sejak bila Menteri Mentor Singapura ini memberikan sumbangan kepada perjuangan UMNO?
Kita tertanya-tanya, adakah begitu bermakna perjumpaan '1st lady Malaysia' dengan beliau hingga wajar letak gambar kat muka depan akhbar? Kesemua 4 PM Malaysia terdahulu begitu tegas apabila menjalinkan hubungan dengan Singapork.. PM ke-5 pulak begitu 'MESRA' dengan Singapork melalui perantaraan Menantu dan Level 4 BOYS..
Sedarkah mereka semua ini bahawa Menteri Mentor Singapura begitu bernasib baik kerana mereka begitu terHEGEH-HEGEH untuk berjumpa beliau sedangkan belum tentu Menteri Mentor Singapura ini menerima penghargaan sedemikian rupa di Thailand yang marah dengan aktiviti TEMASEK Holding membeli syarikat-syarikat GLC mereka atau di Indonesia yang mana rakyatnya BENGANG akibat pernah dituduh 'sarang pengganas'!
Atau adakah negara ini sudah pun 'DIPAJAK' atau di'LEASE-Hold'kan kepada Singapura demi membina Jambatan Ketiga menyeberangi Selat Tebrau atau untuk mendapatkan dana bagi membangunkan ekonomi negara ini?
MELAYAN SI KIASU INI KERJA BODOH SEMATA-MATA!!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment