DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, June 02, 2009

Kenapa hanya orang Melayu yang perlu mengingati sejarah bangsa mereka di negara ini?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini sengaja meletakkan petikan tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia bertarikh 31 Mei 2009 pada bahagian 'header'.. Kekesalan yang dirasakan oleh Awang Selamat dalam tulisannya adalah juga kekesalan Blog ini.. Malah, tak keterlaluan kalau dikatakan bahawa kekesalan Awang Selamat juga adalah kekesalan jutaan rakyat bangsa Melayu di negara ini..Hakikatnya, semakin ramai orang Melayu merasakan hak-hak mereka semakin 'dipencilkan' demi memenuhi kehendak atau NAFSU POLITIK sesetengah pemimpin parti.. Para pemimpin parti politik terutamanya yang berbangsa Melayu bukannya mahu membela nasib bangsa Melayu di tanah airnya ini sebaliknya masing-masing hanya mahu mengukur POPULARITI dengan memperjudikan hak-hak bangsa Melayu - bangsa mereka sendiri!

Kekesalan yang diluahkan menerusi akhbar Bahasa Melayu yang paling berpengaruh di negara ini membuktikan tahap kesabaran orang Melayu sudah pun mencapai tahap maksimum.. Mereka kesal apabila hak-hak yang mereka nikmati selama ini dipersoalkan seolah-olah orang Melayu selama ini dilihat 'MERAMPAS' hak-hak orang bukan Melayu.. Seolah-olah orang bukan Melayu selama ini langsung tak boleh BERNAFAS atau pun beranak-pinak di negara ini.. Malah yang lebih 'MENYAKITKAN HATI' ialah apabila melihat beberapa pemimpin yang mendakwa mereka membela Melayu tetapi dalam masa yang sama berlumba-lumba MENGGADAIKAN KEPENTINGAN MELAYU demi mengejar cita-cita politik mereka.. Habis dipengaruhi generasi muda Melayu dewasa ini agar melupakan asal-usul mereka sebaliknya diajar MENGAGUNGKAN fahaman LIBERALISASI hinggakan agama Islam dan budaya hidup orang Melayu pun hendak diliberalisasikan!

Yang lebih dikesalkan lagi, orang-orang bukan Melayu sudah berani mempertikaikan tindak-tanduk orang Melayu walaupun orang Melayu hanyalah cuba mempertahankan jati diri dan kedaulatan bangsa mereka..

- Anda boleh melihat sendiri bagaimana ada cubaan untuk mengagungkan pemimpin KOMUNIS oleh 'SAHABAT-SAHABAT BAIK PENASIHAT PKR'.. Hakikatnya semua maklum beribu-ribu rakyat negara ini khususnya orang Melayu yang menderita akibat keGANASan KOMUNIS!

- Anda semua patut menilai bagaimana GENG ERDOGAN dalam PAS begitu gila menolak penyatuan bangsa Melayu sebaliknya begitu mengagungkan kerjasama dengan bukan Melayu (semestinya bukan Islam juga) hinggakan orang Melayu yang tidak sependapat dengan mereka dimusuhi secara berterusan.. Lihat sendiri bagaimana ADUN Bukit Lanjan yang mempunyai 'KEHIDUPAN PERIBADI TERLAMPAU' pulak boleh dibela oleh mereka yang mendakwa lebih Islam dari orang lain ini?

- Anda juga patut melihat bagaimana HINDRAF dan mereka yang berSIMPATI dengannya cuba mencetuskan suasana seperti di Sri Lanka dengan melakukan PROVOKASI dan juga FITNAH secara berterusan terhadap orang-orang Melayu yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam seperti polis, tentera dan pekerja di hospital.. Tak percaya? Sila rujuk URL di bawah:-


http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/kugan-the-second-another-detainee-death-while-under-custody/

Ramai orang Melayu pulak mengharapkan UMNO yang sepatutnya menjadi pejuang dalam mempertahankan orang Melayu.. Sebaliknya para pemimpin UMNO sendiri pulak meminta agar orang Melayu tidak terlampau 'BERNOSTALGIA' dengan hak-hak yang mereka ada selama ini? Anda boleh melihat sendiri bagaimana pemimpin HINDRAF, sebuah pertubuhan yang 'TIDAK KURANG HARAM'nya berbanding Parti Komunis Malaya dan ALMAUNAH boleh dibiarkan bebas membuat provokasi, menghasut dan mencetuskan huru-hara tanpa sebarang SEKATAN oleh kerajaan?

UMNO yang sepatutnya menjaga kepentingan Melayu sudah dicemari dengan perebutan kuasa, tidak ada ETIKA, ahli-ahli yang tidak berdisiplin dan juga amalan POLITIK WANG yang berleluasa hinggakan Ketua Pemuda UMNO sendiri adalah bekas PESALAH POLITIK WANG! Adakah orang Melayu yang diluar UMNO patut dianggap sebegitu bodoh apabila mereka bersuara mengenai kepincangan dalam UMNO seperti yang dinyatakan? Rasanya ramai ahli-ahli UMNO yang buta perut beranggapan sedemikian..

HAKIKATNYA, SEBAHAGIAN BESAR ORANG MELAYU TIDAK PERNAH LUPA DENGAN ASAL-USUL DAN SEJARAH BANGSA MEREKA DI NEGARA INI SEBALIKNYA ORANG-ORANG BUKAN MELAYU DAN SEGELINTIR AHLI UMNO YANG SELALU LUPA! MALANGNYA, ORANG-ORANG MELAYU INI PULAK YANG SERING DISARANKAN UNTUK MENGINGATI SEJARAH?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS