DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, August 04, 2010

Takkan BERANI ambil tindakkan terhadap orang yang dah PENCEN aje?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Akhirnya Tun Dr. Ling Liong Sik akan didakwa di mahkamah kerana dikatakan cuba menipu jemaah Menteri untuk urusan pembelian TANAH bagi projek PKFZ.. Dari satu aspek, kita melihat ada keWAJARan untuk mendakwa setiap salah laku seperti ini.. Perkara sebegini tidak harus dibiarkan dalam terutamanya apabila melibatkan projek-projek kerajaan yang AKHIRnya mendatangkan keRUGIan kepada negara.. Namun, untuk mengatakan penDAKWAan sebegini sebagai memBUKTIkan 'KETELUSAN' kerajaan, adalah kurang TEPAT atau agak tersasar..

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsgeneral.php?id=517650

Sebelum itu, kita tertanya-tanya apakah yang kerajaan FAHAM dengan maksud 'KETELUSAN'? Kalau dalam Bahasa Inggeris, ianya hampir sama maksud dengan 'TRANSPARENT'.. Dengan kata lain, sebarang urusan yang dijalankan hendaklah mengikuti peraturan, jelas dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan.. Kes Tun Dr. Ling Liong Sik mungkin hanya SALAH satu kes yang ingin ditonjolkan sebagai BUKTI kerajaan TELUS.. Namun demikian, bagaimana pulak dengan kes-kes di bawah ini? Di manakah 'KETELUSAN' kerajaan untuk mendakwa para PETUALANG dalam kes-kes berikut?

1) ISU PEMBATALAN JAMBATAN 'BENGKOK'

Dua hari sebelum kerajaan mengumumkan pembatalan pembinaan jambatan ini secara RASMI, DS Najib yang merupakan TPM ketika itu telah mengambil LANGKAH BERANI dengan mengatakan jambatan tersebut tetap akan dibina walaupun LURUS atau pun BENGKOK.. Akibat pembatalan tersebut, DS Najib diMALUkan sebegitu MUDAH oleh 'pihak yang lebih ATAS' daripadanya.. Dalih yang cuba dikemukakan ialah KONONnya Singapura mahukan pasir dan ruang udara Johor.. DALIH yang GAGAL dibuktikan keSAHIHannya hingga hari ini.. Almarhum Sultan Johor mahukan jambatan tersebut dibina mebuktikan DALIH yang mengatakan rakyat Johor tidak mahukan jambatan adalah PALSU belaka.. Sudah beratus juta RM dibelanjakan dan akhirnya yang ada hanya dua batang TIANG cerucuk jambatan.. Di manakah 'KETELUSAN' kerajaan dalam SOAL ini?

2) ISU PENJUALAN MV AGUSTA KEPADA GEVI SPA DENGAN NILAI RM4

Pengurusan Proton pada masa itu yang memilikki MV AGUSTA terpaksa menjualnya kerana mahu mengurangkan jumlah keRUGIan yang dihadapinya.. Yang peliknya, PROTON selepas penjualan tersebut didapati masih mengalami keRUGIan.. Malah, GEVI SPA yang membeli MV AGUSTA pulak telah beroleh keuntungan ratusan juta RM apabila mereka menjualnya semula.. Sudahlah tak ada siapa pun tahu siapa GEVI SPA ini, pihak yang memilikki MV AGUSTA pulak beroleh keuntungan daripada syarikat yang dikatakan meRUGIkan? Sekali lagi kita TANYA di manakah 'KETELUSAN' kerajaan dalam SOAL ini?

3) ISU PEMILIKKAN SAHAM AVENUE CAPITAL OLEH ECM LIBRA

Pemilikkan saham ini dikatakan KONTROVERSI kerana ECM LIBRA yang sebenarnya pihak yang lebih kecil berjaya 'MENELAN' AVENUE Capital yang jauh lebih besar.. Ada pihak dikatakan berjaya merendahkan nilai saham AVENUE Capital hingga berjaya diambil-alih oleh ECM Libra yang boleh dikira baru beroperasi.. Pendedahan ini telah pun dibangkitkan semula oleh MP Wangsa Maju yang mahukan kerajaan TELUS menyiasat kes ini..

http://weechookeong.wordpress.com/2010/07/17/reply-to-securities-commission%E2%80%99s-explanation-in-utusan-online-today/

Jadik, di manakah 'KETELUSAN' kerajaan dalam SOAL ini?

4) ISU PEMILIKKAN PANTAI HOLDING OLEH PARKWAY YANG KEMUDIAN DIJUAL SEMULA KEPADA KHAZANAH

Isu ini jugak 2X5 dengan isu yang No.3 di atas.. Malah dikatakan pihak yang SAMA turut terlibat dalam kes ini.. Sampai sekarang kita tak nampak LOGIKnya di mana sebuah GLC Malaysia dijual kepada GLC Singapura dan dibeli kembali oleh GLC Malaysia yang lain dengan harga lebih tinggi.. GLC Singapura tersebut telah untung ratusan juta ringgit buta-buta aje! Macam cerita 3 ABDUL pun ada.. Sekali lagi MP Wangsa Maju memainkan peranan membangkitkan semula hal ini..

http://weechookeong.wordpress.com/2010/07/27/%E2%80%9Cbattle%E2%80%9D-for-parkway-needless-and-wasteful-if-%E2%80%98original-sin%E2%80%99-was-not-committed-by-authorities-tasked-to-safeguard-our-national-interests/

5)KE MANAKAH DUIT PETRONAS DIBELANJAKAN?

Ini yang paling menarik kerana diDEDAHkan sendiri oleh Negarawan kita Tun Dr. Mahathir.. Pendedahan beliau sangat MUDAH tetapi sampai sekarang GAGAL dijawab oleh pihak berkenaan..

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/sound-bites-5.html

Dalam masa 4 tahun selepas Tun Dr. Mahathir bersara, sebanyak RM253.6 billion telah disumbangkan oleh Petronas kepada kerajaan.. Jadik, ke manakah duit ini dibelanjakan dan di manakah 'KETELUSAN' kerajaan dalam soal ini?

6)KERUGIAN BESAR SIME DARBY

Kes ini boleh dikatakan agak baru berlaku.. Namun, sudah tentu ianya mengambil masa yang LAMA untuk sesebuah KONGLOMERAT gergasi seperti Sime Darby mencatatkan kerugian sebanyak RM1.6 bilion.. IRONIKnya, kerugian sebesar ini boleh berlaku walaupun Sime Darby dikatakan gabungan 3 syarikat perladangan terbesar NEGARA..

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaantidakberhasrattutupkerugianSimeDarby_PM/Article/index_html

Adakah ianya memadai dengan CEOnya letak jawatan? Di manakah 'KETELUSAN' kerajaan dalam soal ini?

Ada banyak lagi perkara yang boleh dibangkitkan untuk memperSOALkan 'KETELUSAN' kerajaan dalam banyak perkara.. Itu belum lagi kita bangkitkan kes-kes seperti pembelian Lippo Bank oleh MAYBANK, kerugian BERNAMA TV, pembatalan kemudian teruskan balik projek landasan berkembar, penyerahan blok MINYAK kepada Brunei, penjualan dan pembelian semula BERNAS dan banyak lagi.. Di manakah USAHA kerajaan untuk mengesan mereka di belakang semua KES-KES ini? Adakah memadai sekadar berani MENDAKWA 'orang PENCEN' seperti Tun Dr. Ling Liong Sik sedangkan mereka yang belum PENCEN dan masih MENYAMUN sambil berPOLITIK WANG hingga mengakibatkan berlakunya perkara di atas langsung tak diSIASAT? Di manakah 'KETELUSAN' kerajaan dalam soal ini?

RASA-RASANYA LA, CUMA ADA SEORANG SAHAJA 'MANGKUK' YANG SERING DIKAITKAN DENGAN HAMPIR KESEMUA KES DI ATAS.. KONONNYA, DIA KUAT MEMPENGARUHI KEPUTUSAN KERAJAAN DALAM BANYAK PERKARA SEMASA ZAMAN PM KE-5.. AGAK-AGAK ANDA, SIAPAKAH ORANG ITU? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS