DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, March 12, 2012

The PARASITES that live within your PARTY..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ada orang kata Kak Ijat telah berKORBAN.. Walaupun sebenarnya Kak Ijat 'RESIGN' pasal tempoh JAWATAN Senatornya sudah 'EXPIRED', namun tak ada siapa pun menyebutnya.. Dalam KONTEKS ini, kita PERCAYA Kak Ijat TIDAK pergi begitu sahaja.. Sudah tentu ada peRANCANGannya demi memastikan UMNO TIDAK diJEJASkan oleh ISU berKAITan dengan KELUARGAnya.. Jika PEMIMPIN itu benar-benar PEMIMPIN yang TULEN, dia pasti akan BANGKIT daripada keJATUHannya.. Jadik, baik PENYOKONG atau pemBENCI Kak Ijat dalam UMNO, siapa TAHU hayat POLITIKnya mungkin jauh lebih PANJANG lagi?

Pada kitalah, ISU Kak Ijat sebenarnya sangat REMEH.. ISU ini hanyalah ISU dalam sebuah syarikat KORPORAT yang menDAPATkan PINJAMAN kerajaan untuk menJAYAkan PROJEKnya.. Apakah ISU sebegini TIDAK berlaku di luar sana? Apakah ISU ini TIDAK ada di dalam Kerajaan NEGERI PR? Ada.. Cuma ianya TIDAK diperBESARkan dan diHEBOHkan.. Sebaliknya Kerajaan NEGERI PR berjaya 'COVERLINE' dengan BAIK dibantu oleh JENTERA PROPAGANDA mereka.. Kena pulak JENTERA PENERANGAN UMNO dan para JURUBLOG upahannya lebih SIBUK nak berTELINGKAH sesama sendiri..

Inilah MASALAHnya.. Dengan segala macam keLEMAHan yang ada dalam PR, dengan semakin DEKATnya tarikh PRU-13, kita masih menyaksikan perTELINGKAHan sesama PEMIMPIN, ahli dan PENYOKONG UMNO.. Inilah 'PENYAKIT' dalam UMNO.. DS Najib patut 'TAKE NOTE' bahawa 'PENYAKIT' begini WUJUD kerana ramai ahli-ahli dalam UMNO khususnya dalam HIERARKI kePIMPINan PARTI sebenarnya TIDAK mengHORMATi kePIMPINan DS Najib.. TIDAK seperti mana kePIMPINan Tun Dr. Mahathir yang TEGAS, mereka TIDAK ragu-ragu untuk mengUGUT jika keMAHUan mereka TIDAK diPENUHi..

Kenapa ini berlaku? MUDAH aje.. Bukan dalam PAS aje ada PARASIT seperti yang diDEDAHkan oleh Datuk Hassan ALI.. Dalam UMNO lagi BANYAK.. Bukankah PAS dan PKR itu sebenarnya LAHIR daripada UMNO jugak? UMNOlah sendirilah INDUK kepada PARASIT-PARASIT itu ZAMAN berZAMAN.. Sejak dulu lagi TIDAK akan PRESIDEN UMNO yang BERJAYA mengHAPUSkan para PARASIT ini.. Sebaliknya, sehabis HEBAT mereka pun hanya mampu 'MENGEKANG' aje macam Tun Dr. Mahathir.. Kalau macam PM sebelum DS Najib, dia memang 'penTERNAK' dan pemBIAK baka para PARASIT ini..

Bagaimanakah untuk mengHAPUSkan para PARASIT ini? Sukar.. Amat sukar.. PARASIT ini walaupun KONONnya mereka mengaku 'Taat-SETIA' dengan UMNO, mereka sebenarnya saling berINTERAKSI dengan PARASIT lain dalam PAS dan PKR.. Dengan kata lain, mereka ini macam ILLUMINATI jugaklah, ada aje dalam mana-mana PARTI untuk menjadi 'PENGUASA' atau 'PUPPET Master'.. Mereka akan mengawal segala ISU yang diMAINkan agar TIDAK menJEJASkan sesama mereka walaupun nama PARTI mereka akan BUSUK.. Biarlah PARTI hancur tetapi mereka KEKAL sebagai PARASIT..

Namun demikian, hanya ada satu CARA sahaja untuk mengHAPUSkan semua para PARASIT ini sekaligus.. Hanya jika UMNO dan PAS berKOMPROMI atau sekurang-kurangnya BERSATU dalam ISU-ISU berKAITan kePENTINGan ISLAM, Melayu dan keSULTANannya.. Dengan kata lain, jika ISU sebegini diBANGKITkan, baik UMNO atau PAS akan mempunyai penDIRIan yang SAMA.. Namun demikian, secara REALITInya mampukah UMNO dan PAS berbuat demikian? Cukuplah diKATAkan MUSTAHIL.. Malah, para PARASIT tersebut sudah pun berSEDIA untuk memastikan ianya TIDAK berlaku.. Itulah MALANGnya nasib UMNO dan PAS ketika ini..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS