DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, March 23, 2012

PERANGAI BURUK orang UMNO bukti UMNO belum bersedia untuk PRU-13


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita TAK kisah jika ada beberapa PEMIMPIN Wanita UMNO inginkan Kak Ijat 'RESIGN'.. Tak KISAH pun pasal dah itu PERANGAI orang-orang UMNO tak kira LELAKI atau PEREMPUAN.. Inilah pesen PERANGAI yang sering diTANGISi oleh Tun Dr. Mahathir setiap kali PAU.. PERANGAI KEMARUK nak JAWATAN bukannya, nak berKHIDMAT dan menJAYAkan perJUANGan PARTI.. Kita PERCAYA sampai KIAMAT pun PERANGAI BURUK ini tak akan berUBAH.. Walhal sek-sok kalau mereka dapat JAWATAN sekalipun, mungkin mereka jugak akan mengULANGi SEJARAH HITAM Kak Ijat? Siapa TAHU?

'TIMBALAN' kepada Kak Ijat menDESAK agak Kak Ijat meLEPASkan JAWATAN Ketua WANITA UMNO.. Ye.. dia BERHAK menyatakan sedemikian.. Namun demikian, apabila dia mengatakan DESAKan itu adalah dari ahli-ahli WANITA UMNO akar-UMBI, kita dah terGELAK berGULING-GULING.. Kenapa? Ye la.. Kita TAK NAFIkan pun ada di kalangan WANITA UMNO yang mungkin SUKAR nak menJAWAB ISU ini.. Namun demikian, yang LUCUnya ada 'TIMBALAN' yang menDESAK kemudian mengALIHkannya pulak KONONnya itu adalah DESAKan WANITA UMNO akar-UMBI.. Perghh.. Dah KEMARUK sangat ke?

SePENGETAHUAN kita, 'TIMBALAN' kepada Kak Ijat ini selepas MENANG pemilihan UMNO pada Mac 2009 lalu langsung SENYAP-sunyi.. Kalau ikut LAPORan JURUBLOG lain, KELIBAT dia langsung tak NAMPAK dalam 16 siri PRK yang lalu.. Entah BETUL ke tak, tetapi kalau kita LIHAT keAKTIFan Kak Ijat semasa menjadi TIMBALAN kepada Kak Fidah sebelum ini, memang jelas ada keLAINan.. Hari ini bila Kak Ijat dilanda MASALAH yang sebenarnya lebih kepada MASALAH BISNES suaminya, tiba-tiba aje 'TIMBALAN' yang nih bikin KECOH terus menDESAK itu dan ini KONONnya DESAKan tersebut adalah suara akar-UMBI?

Kalau KELIBAT dia semasa PRK pun MALAP, apa LOGIKnya tiba-tiba aje dia mengatakan dia menDESAK bagi pihak akar-UMBI WANITA UMNO? Selama nih dia dok buat APA? Kita tak KISAHlah kalau dia ENGGAN memBELA 'BOSS'nya tapi apabila PARTInya dan PEMIMPIN terTINGGI UMNO seperti DS Najib diFITNAH, diHINA dan bermacam jenis PERKARA lagi berlaku, di manakah dia? Di manakah dia untuk TAMPIL atas KAPASITI sebagai 'TIMBALAN' kepada Kak Ijat dalam wanita UMNO untuk menJAWAB sesuatu ISU atau sekurang-kurangnya TAMPIL untuk menJELASkan dasar perJUANGan PARTI?

Kalau TAKAT ni aje kerja 'JKKK' dalam WANITA UMNO, baik lantik 'MAK NYAH' aje.. Silap-silap 'MAK NYAH' pun lagi berHEMAH, lagi CEKAP, lagi PRIHATIN? Sepatutnya pada masa ini, 'TIMBALAN' patut TAMPIL sebagai PEMIMPIN untuk menSTABILkan PARTI dan meminta ahli-ahlinya BERSATU terhadap perJUANGan PARTI bukannya dia pun TUMPANG SEKAKI nak mengHANCURkan PARTI.. Dah KEMARUK sangat ke nak JAWATAN? Mungkin pasal dalam UMNO, sesuatu JAWATAN itu diperOLEHi dengan 'KONDEM' sesama ahli PARTI bukannya dengan pengIKTIRAFan terhadap BAKTI atau KHIDMAT yang telah dilakukan secara IKHLAS terhadap PARTI? Senang BETUL?

Pada kita, ISU NFC yang diKAITkan dengan Kak Ijat bukanlah ISU terhadap UMNO pun? Hanya keBETULan sahaja Kak Ijat merupakan ISTERI kepada Pengerusi NFCorp.. Dalam KONTEKS ini, ahli-ahli UMNO patut LIHAT bahawa segala macam ISU akan diKAITkan dengan UMNO oleh PR.. Bahkan, pihak PR pun ada jugak SKANDAL sebegini seperti PASIR 'GATE' dan 'UNDERWORLD GATE' di Selangor, AIR 'GATE' dan Ladang RAKYAT 'GATE' di Kelantan serta TENDER 'GATE' dan RABA NENEN 'GATE' di Pulau Pinang? Apakah 'TIMBALAN' Kak Ijat itu pernah TAMPIL menyerang PR dalam ISU-ISU begini?

Memang RAMAI pihak yang terINGIN nak buat KERJA MUDAH dalam UMNO/BN.. Kerja mereka MUDAH aje.. Berikan JAWATAN, berikan 'FULUS' lepas tu KONDEM PARTI sendiri.. Macam PERANGAI beberapa JURUBLOG yang KONONnya meWAKILi UMNO atas pelbagai nama atau 'UNIT' tetapi lebih banyak mengKONDEMkan PARTI sendiri selepas TELAN 'FULUS' yang diperuntukkan.. Apa punya PESEN entah.. Itu orang LUAR yang diBIARkan oleh UMNO untuk meROSAKkan PARTI sendiri.. Kalau PEMIMPIN dalam UMNO sendiri yang berPERANGAI sebegini? Tak ke terKUBUR UMNO nanti pada PRU-13? Atau ini sememangnya HAJAT mereka untuk meROSAKkan UMNO dari dalam?

Wallahualam..

1 comment:

zakzak said...

ni la punca orang2 atas pagar macam aku ni benci dengan umno.

tapi banding dengan kepala PR yang lagi teruk dari depa ni, i've really got no other choice.

hampeh tul laa...tapi ini la wajah UMNO sekarang. aku penah baca tulisan Dr. Bakri Musa yang kata, kalu PR menang lagi pada PRU kali ni,mungkin time tu ramai yang akan lompat parti dan hanya yang jujur sahaja akan tinggal dan bina kembali UMNO sebagaimana ia ditubuhkan sebelum merdeka.

but would it not be too late?

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS