DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, March 18, 2014

PeNAFIan WUJUDnya HUBUNGan keKELUARGAan dengan PILOT MH370 bakal menyusahkan NENEK 'DOLL' LAKI BINI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pakcik kepada MENANTU sendiri pun tak KENAL? Atau SENGAJA diBUAT-BUAT tak KENAL? Apa dah jadik nih? PeNAFIan NENEK 'DOLL' dan LAKI 'PenJUBOR' bahawa mereka TIDAK mengenali langsung 'PILOT' MH370 telah berjaya diBONGKARkan oleh beberapa BLOG pada HARI ini.. Sungguh mengejutkan peNAFIan (PENIPUan?) mereka berDUA ini.. BAPA saudara kepada MENANTU bukanlah HUBUNGan yang JAUH mana pun.. Boleh diKATAkan SAMA macam BESAN jugaklah..


PemBUKTIan ini menimbulkan lebih BANYAK lagi SPEKULASI dan lebih KUAT lagi berKUMANDANGnya TEORI KONSPIRASI di sebalik keHILANGan MH370.. Walaupun belum ada sesiapa pun menuduh 'PILOT' sebagai PUNCA kepada keHILANGan MH370 tetapi SEMUA maklum di dalam pesawat MH370 setakat ini hanya 'PILOT' yang berkeMAMPUan untuk menukar arah penerbangan, meMATIkan segala alat KOMUNIKASI dan 'SENSOR' serta mampu menerbangkan pesawat tanpa diKESAN oleh RADAR dan SATELIT.. Kita TIDAKlah menolak kemungkinan lain tetapi kita jugak harus SEDAR ini adalah pesawat bukan bas!

TIDAKlah PELIK jika 'PILOT' menjadi SUSPEK UTAMA di atas keHILANGan ini.. Kalau 'PILOT' itu jugak ada HUBUNGan keKELUARGAan dengan NENEK 'DOLL' LAKI BINI, ianya TAMBAH meRUMITkan keadaan.. NENEK 'DOLL' sendiri kenalah mengakui bahawa KONSPIRASI sentiasa menyelubungi keHIDUPan mereka seKELUARGA kerana LAKInya yang KEMARUKkan KUASA dan jugak SEKSUAL.. 


Dalam KONTEKS ini, memang TEPAT sekali TINDAKan TUN DR. Mahathir memecat LAKI NENEK 'DOLL' ini daripada JAWATAN TPM 15 TAHUN dulu.. Jelas sekali bahawa orang ini sering diselubungi KONTROVERSI dan MUDAH diUGUT oleh KUASA-KUASA ASING yang ada AGENDA terhadap NEGARA ini.. Malah, AGENDA ini jugak akan turut SAMA mengHERET seluruh ahli KELUARGA dan mereka yang ada HUBUNGan keKELUARGAan.. Inilah yang patut menjadi keBIMBANGan dan patut jugak menjadi perTIMBANGan kepada pengUNDI di DUN Kajang yang bakal keluar mengUNDI nanti.. Habis SEMUA akan terHERET SAMA..

Kenapa agaknya SATU-SATUnya anak LELAKI mereka ini KEKAL berada di US? Selain kerana peKERJAan, apakah lagi FAKTOR yang mungkin SENGAJA diSEMBUNYIkan mereka seKELUARGA daripada pengetahuan UMUM? Apakah anak LELAKI mereka ini sebagai 'JAMBATAN' kepada KUASA-KUASA ASING yang selama ini menyumbangkan DANA kepada 'PenJUBOR' ini dan PARTInya? Apakah anak LELAKI mereka ini sebenarnya 'TARUHan' agar mereka LAKI BINI TIDAK lari daripada AGENDA terSEMBUNYI KUASA-KUASA ASING ini terhadap NEGARA kita? NAMPAKnya TRAGEDI MH370 mungkin dah 'TRIGGER' kepada ISU lain di luar pemikiran..

Wallahualam..   

1 comment:

kereta kuda said...

SEWA KERETA KUDA   ..Untuk Majlis Perkahwinan PIHAK SYARIKAT KAMI TELAH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PERARAKAN KERETA KUDA UNTUK MAJLISPERKAHWINAN SERTA MAJLIS-MAJLIS RASMI.JIKA ANDA BERMINAT SILA HUBUNGI : EN.Nordin( MANAGER ).0192499965 www.din.weebly.com

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS