DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, March 26, 2014

TRAGEDI MH370 diperALATkan untuk menJATUHkan kerajaan kePIMPINan UMAT Melayu/ISLAM di NEGARA ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Bukan RAHSIA lagi TRAGEDI MH370 ini dijadikkan seUMPAMA "To KILL 2 BIRDs with 1 STONE".. Ianya diperGUNAkan untuk memBURUKkan HUBUNGan BAIK antara DUA NEGARA dan pada MASA yang SAMA cuba mengUBAH kePIMPINan DUA NEGARA ini.. Walaupun NEGARA kita ini DEMOKRASI dan TIDAK pernah GAGAL mengADAkan PILIHANRAYA, kita SEMUA maklum bahawa kePIMPINan NEGARA ini TIDAK pernah TIDAK dipegang oleh UMAT Melayu/ISLAM yang jugak KAUM MAJORITI.. Manakala bagi NEGARA China, mereka walaupun lebih terBUKA dari SUDUT EKONOMI, tetapi dari segi POLITIK masih tetap KOMUNIS.. 

Sejak dari MINGGU PERTAMA lagi BLOG ini dah TEGASkan bahawa WUJUDnya USAHA untuk memPOLITIKkan TRAGEDI MH370 berTUJUAN nak JATUHkan kerajaan.. Ianya bukan perkara MAIN-MAIN dan dah BANYAK kali kita 'SOUND' kat SKMM agar mengambil SERIUS setiap MAKLUMAT yang diSALURkan dalam BAHASA Inggeris, BAHASA Mandarin, Tionghua dan sebagainya.. ->KLIK<-



Apa pun, SKMM seperti biasa ALPA dan mengambil MUDAH perkara sebegini kerana mungkin RAMAI di kalangan mereka ini ialah ANAK-ANAK VIP yang diBERIkan tempat di sana bagi menJAGA STATUS IBU BAPA mereka.. Jadik, apabila NEGARA diANCAM dalam sebegini, RAMAI yang 'BLUR' nak berTINDAK..


SENTIMEN keMARAHan dalam TRAGEDI MH370 ini memang akan WUJUD.. Namun begitu, ada PIHAK yang cuba menyemarakkan lagi keMARAHan ini kepada perkara-perkara yang TIDAK sepatutnya.. Ya.. KeBANYAKkan daripada kita memang menyedarinya tetapi TIDAK RAMAI yang TAHU apakah KESAN yang bakal mereka HADAPi selepas ini.. TIDAK mustahil keSELAMATan RAKYAT kita di luar NEGARA jugak akan terANCAM terUTAMAnya di kalangan UMAT Melayu/ISLAM.. Sudah ada beberapa MEDIA mereka menyalahkan TRAGEDI MH370 ini kepada kerajaan yang diKUASAi oleh PEMIMPIN Melayu/ISLAM di NEGARA ini..



Di China pulak, walaupun kerajaan mereka TIDAK sebegitu AGRESIF seperti RAKYAT mereka, MEDIA-MEDIA mereka yang berPANGKALan di Hong Kong dan Taiwan TIDAK BERHENTI cuba memPROVOKASI Kerajaan China agar berTINDAK terhadap NEGARA kita.. Malah, segala keBURUKkan tentang kePIMPINan UMAT Melayu/ISLAM di NEGARA ini diPUTAR-BELITkan dan diSALURkan oleh 'RED Bean ARMY' yang UMUM TAHU berPAKSIkan sebuah PARTI POLITIK paling RASIS dan KIASU di NEGARA ini.. Mereka TIDAK semestinya berOPERASI di Low Yat atau Jalan Pasar pun.. ANAK-ANAK mereka yang BELAJAR di Taiwan pun boleh terLIBAT..


Dalam KONTEKS ini, kerajaan kita harus SEGERA berTINDAK secara SENYAP dan TEPAT sebelum keadaan menjadi lebih PARAH.. Langkah-langkah untuk menyatukan UMAT Melayu/ISLAM bagi memPERTAHANkan TANAH AIR mereka ini perlu diLAKUkan sesegera yang boleh kita SEMUA diHANCURkan tanpa mengira samada UMNO atau PAS.. SeTAHUN sebelum ini mereka dah cuba menerusi TRAGEDI Lahad Datu yang sampai sekarang masih belum diBUKTIkan siapakah DALANG dari kalangan PEMIMPIN POLITIK di NEGARA ini.. Mungkin kerana PEMIMPIN POLITIK yang diMAKSUDkan ada 'CABLE'nya di dalam UMNO?


KeBODOHan kerajaan mengHAPUSkan ISA dan ORDINAN DARURAT sebelum ini jelas menjadikan kerja-kerja 'RED Bean ARMY' lebih MUDAH untuk memPORAK-PERANDAkan NEGARA.. Jika mereka ini berjaya diCEKUP dan diDAKWA pulak, 'BAR Council' dan segala macam NGO-NGO HARAM tetapi KONONnya PEJUANG HAK ASASI manusia akan tampil memBELA mereka.. Ini seterusnya akan mengUNDANG campur tangan ASING yang SEMUA TAHU apakah AKIBATnya.. Kita TIDAK TAHU apakah lagi yang boleh diLAKUkan oleh kerajaan untuk meLINDUNGi kita, UMAT Melayu/ISLAM ini.. Apa pun, berTINDAKlah segera..

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

Langkah pertama yang harus diambil adalah menyingkirkan PM yang lemah dan tidak kompeten.Kemudian singkirkan Ketua Pemuda@Pom-Pom Girls. Jika tidak, negara kita akan hancur begitu saja atas kelemahan sendiri pemimpin. Tak perlu salahkan pihak ketiga seperti RBA dsb.

-Tampar Buaya-

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

LANGKAH PERTAMA: Cari RBA ini sampai ke LUBANG CACING dan 'Get RID'..

LANGKAH KEDUA: DEDAHkan siapa penaja RBA ini,dari mana mereka mendata DIDIKan (UEC ke)kemudian HARAMkan SEMUAnya..

LANGKAH KETIGA: SULA si 'PenJUBOR' mengikut HUKUM ISLAM kerana penDERHAKAan terhadap AGAMA, BANGSA dan NEGARA

LANGKAH KEEMPAT: BARUlah DS Najib dan 'RESIGN' pun.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

Anonymous said...

bagi pemimpin kerajaan pulak, tak apa la, kita berada di pihak benar. rakyat akan faham apa yang kita buat.lagi pun kita gentleman. kita memahami apa yang mereka rasakan. kita akan terus memberi maklumat agar rakyat tak terpengaruh dengan pembohongan pemimpin pembangkang. lagi pun mereka dah kata tersalah cakap, tersalah tafsir dan tersalah arah. tak perlulah kita nak saman. mereka dah pun minta maaf.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS