DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, September 23, 2014

Ada MENTERI UMNO tengah SERONOK meLEMPARkan TAHI kepada PARTInya sendiri pasal GEMBIRA perLANTIKkan MB Selangor yang BARU?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Walaupun belum diSAHkan apa-apa lagi, DENGAR CERITAnya orang di sebelah KIRI tuh akan menjadi MB Selangor beberapa JAM lagi.. Kita bukan RAKYAT Selangor, jadik kita tak RASA apa-apa la.. Cuma takat mampu berSIMPATI aje la dengan RAKYAT Selangor pasal NEGERInya MAJU tapi RAKYAT tak ke mana pasal takde halatuju..


TS Khalid dah takde apa-apa dah pun selepas ini.. Walaupun sebelum ini disanjung TINGGI KONONnya sebagai MB Selangor paling BAGUS, itu SEMUAnya HIPOKRASI seMATA-MATA.. RAKYAT Selangor sendiri akan meLUPAkan JASAnya sebelum PRU-14 nanti.. HAKIKATnya, Selangor TIDAK akan menjadi lebih BAIK pun berBANDING sekarang..


Dalam KONTEKS ini, PAS paling RUGI kerana TIDAK dapat apa-apa pun tetapi hanya MAKI HAMUN yang TIDAK berkeSUDAHan terMASUKlah dalam MUKTAMAR sendiri.. Walaupun PAS lebih LAYAK mengGANTIkan TS Khalid sebagai MB Selangor, HAKIKATnya PAS lebih TERUK daripada LEMBU yang diCUCUK hidung.. Walhal, TIDAK ada SALAHnya pun PAS mengambil-alih JAWATAN MB itu kerana PAS memang LAYAK BAIK dari SEGI UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI Selangor mahupun dari SEGI BILANGan KERUSI DUN.. Namun, PAS hanya TELAN air LIUR dan mengHAMPAkan HARAPAN MAJORITI RAKYAT Selangor sendiri pada kali ini!



Yang masih TIDAK keSUDAHan BANGANGnya ialah UMNO.. BAIK sebelum atau selepas PRU-13, UMNO memang BANGANG.. Dalam KONTEKS KRISIS POLITIK di Selangor, UMNO masih GAGAL untuk meRAIH semula kePERCAYAan RAKYAT Selangor.. Kita TIDAK NAMPAK pun sebarang USAHA oleh UMNO untuk turun PADANG berJUMPA RAKYAT di Selangor bagi menJELASkan penDIRIan mereka? Malah, terBUKTI pulak UMNO sendiri diBALING TAHI dari dalam PARTInya jika kita meRUJUK kepada TWITTER di bawah ini.. Memang BANGANGlah UMNO ini..


Jelas sekali bahawa bukan sahaja dalam PAS, malah dalam UMNO sendiri pun memang ada 'BARUA' yang sekian LAMA diSIMPAN untuk mengHANCURkan UMNO dari dalam.. KeSETIAan 'BARUA' ini bukannya pada UMNO pun, malah 2X5 jugak dengan SPESIS 'ERDOGAN' dalam PAS.. Maka, tak HAIRANlah jika  SOKONGan UMAT Melayu/ISLAM terhadap kedua-dua PARTI UMNO dan PAS ini semakin MEROSOT dek kerana peranan yang diMAINkan oleh 'BARUA' sebegini.. 

Jika BENAR UMNO mahu memBELA RAKYAT Selangor, kenyataan sedemikian TIDAK akan dikeluarkan dari TWITTER seorang PEMIMPIN UMNO.. Apatah lagi MB yang bakal mengGANTIkan TS Khalid ini bukannya lebih BAGUS pun? Malah, sebelum ini pun orang ini sudah ada SKANDAL yang masih GAGAL diJELASkan olehnya hingga sekarang..




Kalau ADUN PAS yang mengGANTIkan TS Khalid, mungkin tak akan ada RAKYAT Selangor yang MARAH jika kenyataan sedemikian dikeluarkan.. Ini kerana, PAS di Selangor TIDAK memPUNYAi ADUN yang berMASALAH seperti di dalam PKR.. Sebab itulah RAMAI RAKYAT Selangor KHUSUSnya UMAT Melayu/ISLAM mahu mana-mana ADUN PAS yang mengGANTIkan TS Khalid.. ADUN UMNO pulak masih diBUAI MIMPI INDAH meRASAkan mampu MENANG MUDAH pada PRU-14..

Kita nak TANYAlah kepada anda.. Apakah anda meRASAkan 'BARUA' yang meROSAKkan UMNO dan PAS selama ini beKERJA untuk si 'PenJUBOR' PKR ini dan KELUARGAnya?


TIDAK.. TIDAK SAMA sekali.. Anda harus TAHU bahawa si 'PenJUBOR' PKR ini jugak sebenarnya terIKAT dengan PIHAK lain kerana segala RAHSIAnya yang dalam KAIN terSIMPAN KEMAS oleh mereka ini sejak sekian LAMA.. Mereka ini sudah lama menyimpan segala RAHSIA 'MenJUBOR' dan pengKHIANATan si 'PenJUBOR' PKR ini terhadap NEGARA, BANGSA dan AGAMAnya..  Malah ada yang diSIMPAN di Singapura pun.. Siapakah mereka yang MENGAWAL si 'PenJUBOR' PKR ini demi meROSAKkan penguasaan POLITIK UMAT Melayu/ISLAM di dalam NEGARA kita?


NAMPAK tak perKAITannya? Mereka MENGAWAL si 'PenJUBOR' PKR, dia pulak meMASUKkan 'BARUA'nya ke dalam UMNO dan PAS untuk meROSAKkan kedua-dua PARTI ini.. HASILnya, kita LIHATlah seperti kenyataan dalam TWITTER  di atas itu..


Sebab itulah TUN DR. Mahathir dah menarik SOKONGan beliau kepada DS Najib kerana beliau TAHU bahawa  DS Najib terlalu BODOH untuk menJAGA UMNO dari diCEMARi dan diROSAKkan oleh para 'BARUA' yang diSELUDUP ke dalam PARTI ini..

Wallahualam..

9 comments:

megat panjialam said...

Terbaik. Siapa yang makan cili dia terasa pedas. Dah lama sangat mamat yg diimpot masuk UMNO tu berkuasa sejak pak mertua dia berkuasa. Malah waktu itu dia lebih berkuasa drpd pak mertua dia. Inilah jadinya bila orang yang itu tidak tahu apa perjuangan tiba2 jadi pemimpin atasan kerana mertua berkedudukan tinggi dalam parti. Yang perwakilan pun sokong 200% demi presiden tercinta konon.

megat panjialam said...

Mohon copy dan paste ke blog saya dan saya viralkan ke faceboob dengan credit. Terima kasih Admin.

Anonymous said...

semakin lama semakin barua kj ni 2x5 dgn azmin anti dr m.kalau dr m tarik blk sokongan pd najib,dgn makin baruanya kj dan saifuddin abdullah,saya pun nak tarik blk sokongan pd umno.geli geleman dgn keterujaan kj pd azmin...umno mmg takkan ke mana di selangor.

Anonymous said...

selain asyik bertwitter,kehebatan kj ibarat artis,ice bucket,bercatwaik,jd model majalah dan berzumba ala ala jlo dgn
penari wanita.produktif ke menteri sukan dan pemuda melayu umno ni.contoh buruk pd belia melayu akibat mengagungkn budaya barat.

artikel yg cukup baik.umno makin tenggelam manakala pas menghancurkan melayu islam kerana menolak jawatan.boneka anwar ,azmin akan guna rm3 bilion utk kuatkn pkr dan dap apatah lg azmin bole diugut dgn pelbagai skandalnya.

Anonymous said...

Kerajaan Selangor salah pilih MB...ambil iblis jadi ketua.

maae said...

Politik moderat kata nya. Penghujung jalan kelabu asap...

Anonymous said...

Aku mmg lama dulu geli dgn kj ni....

Harap pemuda umno lanyak bdak ni laa...

Angkat fathul bari jadi kp ....

Meloya bebeno aku nengok si kj ni....

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tuan MegatPanji Alam, silakan.

Inilah keKESALan kita sebagai UMAT Melayu/ISLAM kerana WUJUDnya orang macam ini dalam NEGARA kita ini..

ANON 8:46:00 AM, nak SURUH Ustaz Fathul GANTI? Mungkin patut MULAkan dengan bagitau bahawa TARIAN ZUMBA berCAMPUR jantan BETINA atas satu PENTAS itu HARAM dulu.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

Anonymous said...

Apa-apa pun Azmin telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor sebagai MB Selangor yg baru .

Perkenan sultan hanyalah sunnatullah , yang pasti semuanya telah tertulis di lauhulmahfuz yang tiada siapa pun dapat merubahnya .

Redhalah dan muhasabahlah dengan ketetapan Allah .

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS