DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, September 27, 2014

PASCA PRK DUN Pengkalan Kubor - Antara 'JENERAL' yang TURUN ke 'MEDAN PERANG' dengan 'JENERAL' yang meLIHAT dari New York..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sesebuah pePERANGan TIDAK boleh diMENANGi jika JENERALnya berPELUK TUBUH lagi SYOK sendiri sahaja.. Itulah GAMBARan yang kita dapat apabila memBACA kenyataan DS Najib tentang keMENANGan UMNO pada PRK DUN Pengkalan Kubor yang BARU aje selesai.. SENARIO sebenarnya JAUH berBEZA..


Kita tak TAHU siapalah yang memBERIkan GAMBARan sedemikian kepada DS Najib di New York sana.. Secara JUJURnya, untuk mengatakan keMENANGan CALON UMNO kerana pengUNDI DUN Pengkalan Kubor menyokong Kerajaan DS Najib tuh adalah keterlaluan.. BODOH sangat ke pengUNDI di DUN Pengkalan Kubor tuh nak SOKONG kerajaan dalam perkara sebegini? Agak-agaklah SIKIT.. 




Apa pun, TIDAKlah mengHAIRANkan jika DS Najib membuat kenyataan begitu kerana dikelilingi oleh PUAK-PUAK 'PenJILAT' TEGARnya di New York sana.. Almaklumlah, sudah tentu mereka ini TIDAK MAHU meROSAKkan 'MOOD' SELEBRITI DS Najib yang berSEMANGAT untuk berUCAP dalam SIDANG PBB di sana.. Sedangkan, HAKIKAT sebenarnya TS Muhyiddin sendiri lebih REALISTIK dalam kenyataannya berHUBUNG dengan keMENANGan UMNO pada PRK ini..


"Kemenangan BN ini sesuatu yang luar biasa dan antara faktornya adalah keberkesanan jentera BN, latar belakang calon yang baik dan isu-isu seperti royalti minyak yang berjaya ditangkis dengan baik. Antara lain kerana masalah dalaman Pakatan Rakyat yang menyebabkan ada antara pengundi yang bosan dan tidak mahu memilih mereka" ->KLIK<-

BAYANGkan jika PIHAK LAWAN kepada UMNO pada PRK terSEBUT langsung TIDAK mengalami MASALAH seperti yang diNYATAkan TS Muhyiddin di atas? Agak-agak boleh ke UMNO tuh MENANG dengan CEMERLANG seperti semalam?

Inilah BEZAnya antara JENERAL yang ke New York untuk menjadi SELEBRITI dengan JENERAL yang TURUN ke 'MEDAN PERANG' berTEMPUR berMATI-MATIan dengan LAWAN.. Kita GUSAR jika JENERAL yang ke New York ini sendiri TURUN berTEMPUR dengan LAWANnya, dialah yang paling dulu diTEMBAK MATI tatkala 'SARJAN'nya sendiri masih dok ISI PELURU lagi.. Agaknya, pada MASA itu pun 'SARJAN'nya ini akan SEBUT bahawa dia tengah meMENANGi perTEMPURan kot? 


UMNO berUNTUNG pada PRK DUN Pengkalan Kubor kali ini kerana DUIT RM3.2 BILION dari Selangor TIDAK sempat di'BANK-In' ke sana.. BAYANGkan kalau LAWAN mereka berSEDIA siap dengan JENTERA pePERANGan dan PERUNTUKAN seBANYAK itu? Maunya NAYA UMNO kena LANYAK pada PRK terSEBUT.. Oleh itu, HENTIkanlah SUARAkan kenyataan BODOH seperti RAKYAT MENYOKONG kerajaan setiap kali MENANG PRK.. Itu SEMUAnya RETORIK seMATA-MATA..



Agaknya, orang ini pun diKATAkan menyokong kerajaan jugak ke? Almaklumlah, langsung tak BERANI nak ambil TINDAKan pun? Dah CABUT ke US dah pun dia..


Walaupun kita KAGUM dengan keSUNGGUHan JENERAL seperti TS Muhyiddin dan Tok Pa semasa PRK DUN Pengkalan Kubor, kita terTANYA-TANYA apakah JENERAL-JENERAL lain dalam UMNO jugak mampu KOMITED dan ISTIQAMAH seperti mereka ini? Malah, perkara yang lebih meRISAUkan ialah berapa RAMAI lagi para JENERAL seperti mereka ini yang masih ada dalam UMNO pada HARI ini? Rasannya apabila kedua-dua JENERAL ini berSARA nanti, UMNO SAH-SAH akan TINGGAL BENDERA aje la kot? Yang ada nanti SEMUAnya PAKAT nak JUAL NEGARA sendiri aje? Tak pun bakal pemBELOT kepada LAWAN bila nak KALAH..

Wallahualam.. 

10 comments:

orangjohor said...

Najib tersangat perasan. Padahal ad sebab2x lain kekalahan PAS. Najib selalu ckp takbur, mcmlah menang hari ini, x kan kalah esok plak.

Anonymous said...

Kesian Najib
New Puppet in town !!

Anonymous said...

Ni perang kecik jaa.... najib antar prebet pon bleh mng... kikiki

Anonymous said...

Opss lupa..... Pas hantar jeneral tua yg x dak gigi. Harap bleh doa kerat lidah jaa laaa....kikiki...

jgn jadi bodoh!!! said...

masih ramai org UMNO masih dibuai mimpi basah!!

Anonymous said...

UMNO menang PRK ini sebab Najib tak turun berkempen. Jika dia turun berkempen, confirm UMNO akan kalah.

Anonymous said...

Kalau ah jib gong turun kempen ... confirm aku kempen pembangkan ...

Anonymous said...

General ni pistol dgn rifel pun tak kenal apatah lagi nak guna

Anonymous said...

Sian aku tgk pencacai Pakatan taik haram merapu kt sini...dah kalah sudah la tgk diri sendiri dulu betui ka dak

Anonymous said...

X semua yg hentam Najib tu pencacai PR bro..
Org UMNO dah berlambak meluat kt Najib
Mgkn rmi akan buat mcm PRU13..
Nak undi Paklah rasa kena khianat
Nak undi hadi awang rasa mcm jual agama
Nak undi lim kit siang rasa dah masuk komunis dan jd kapir
So ??? Buat apa ?
Dok kt rmh jer lah... tgk tv

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS