DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, May 30, 2015

Pak Cik & Mak Cik penerima BR1M terINGIN nak TAHU tentang FORMULA bagaimana ASET yang BESAR boleh 'SETTLE' HUTANG RM42 BILION..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! Bukan MAIN lagi HEBATnya JENTERA 'COVERLINE' PM kita beKERJA untuk memBETULkan apa yang SALAH di dalam ISU 1MDB ini.. NAMPAKnya mereka berHEMPAS-PULAS menCARI segala macam MODAL untuk diPUTAR-BELITkan bagi memWAJARkan 1MDB berHUTANG sehingga RM42 BILION untuk sekitar 7 TAHUN ianya berOPERASI.. Yang KELAKARnya tuh, diSEBARkan pulak PROPAGANDA bagi memPENGARUHi Pak Cik dan Mak Cik di kampung yang baru diSOGOKkan dengan BR1M untuk memPERCAYAi PROPAGANDA mereka..


Namun begitu, kita CUKUP yakin para Pak Cik dan Mak Cik itu TIDAKlah seperti PENGURUSAN 1MDB yang sanggup mengGADAIkan TANAH bagi memBAYAR HUTANG.. Sesungguhnya walaupun mungkin TIDAK berpenDIDIKan TINGGI, para Pak Cik dan Mak Cik di kampung pada HARI ini sudah jauh lebih CERDIK untuk memahami betapa RUGI dan terKUTUKnya mereka jika berBUAT begitu..

Sampai begitu sekali terDESAKnya mereka agar para Pak Cik dan Mak Cik yang menerima BR1M itu KEKAL menjadik PENYOKONG PM, lalu sekaligus menutup TELINGA mereka terhadap segala penDEDAHan berHUBUNG dengan OPERASI 1MDB yang meRAGUkan..  SOALnya, apakah PM dan kerajaan INGAT bahawa para Pak Cik dan Mak Cik hanya ANGGUK sahaja terhadap segala KISAH pasal 1MDB ini? Atau bolehkah sesiapa menerangkan apakah TUJUAN 1MDB diCIPTA?


Kalau kita tengok dalam GAMBAR kat atas yang cuba diMOMOKkkan kepada para Pak Cik dan Mak Cik, anda SEMUA boleh FAHAM bahawa selain 1MDB keSEMUA SYARIKAT yang ada itu dikeTAHUi OPERASInya dan dari mana penDAPATan mereka diperOLEHi.. Oleh itu TANYAkan,

  • 1MDB nih apa yang dia HASILkan sebagai PRODUK? 
  • Kalau 1MDB TIDAK ada PRODUK, apakah perKHIDMATan yang diBERIkan? 
  • Bagaimanakah 1MDB ini menJANA penDAPATan untuk ianya berOPERASI?
  • Pernahkah anda terLIHAT di mana-mana MEDIA tentang PENYATA KEWANGAN 1MDB ini?

Janganlah JAWAB kat Pak Cik dan Mak Cik kat kampung tuh bahawa 1MDB ini berFUNGSI untuk menJUAL segala TANAH-TANAH kerajaan yang diBELI pada HARGA yang MURAH kepada pihak ASING.. Nanti kang MARAH pulak Pak Cik dan Mak Cik tuh yang sesetengahnya mungkin peJUANG keMERDEKAan NEGARA tatkala PM sendiri masih terKIAL-KIAL nak masuk KELAS.. PENAT mereka berJUANG menebus TANAH dan NEGARA untuk ANAK CUCU, tiba-tiba datang PM macam DS Najib MUDAH aje menJUAL TANAH kat orang ASING menerusi 1MDB?


Bagi para Pak Cik dan Mak Cik di kampung-kampung, mereka TIDAK HERAN pun apabila para penCACAI dan kerajaan menJAJA tentang ASET 1MDB meLEBIHi daripada HUTANG RM42 BILIONnya.. Pak Cik dan Mak Cik yang menerima BR1M ini walaupun diKATEGORIkan sebagai TIDAK KAYA, tetapi masih ada TANAH SAWAH, GETAH atau KELAPA SAWIT beRELONG-RELONG.. BerBEZAlah pulak dengan 1MDB, ASET-ASET TANAH mereka ini memang berNILAI TINGGI tetapi TIDAKlah pulak ada keperluan untuk Pak Cik dan Mak Cik ini menJUAL TANAH kerana mereka bukanlah berHUTANG seBESAR RM42 BILLION pun.. HUTANG pun takat terCATAT dalam BUKU 555 kat KEDAI atau pun kat WARUNG KOPI..

Dengan KATA lain, Pak Cik dan Mak Cik ini walaupun TIDAK MEWAH tetapi mereka TIDAKlah jugak menyusahkan NEGARA kerana HUTANG.. Oleh itu, penJELASan KONONnya ASET 1MDB lebih TINGGI daripada HUTANG untuk 'COVERLINE' keKORUPannya TIDAKlah boleh diTERIMA langsung.. Malah, ianya berTUJUAN untuk mengHINA dan memperBODOHkan Pak Cik dan Mak Cik agar KEKAL memBAWA 'BANNER' setiap kali PM ajak berHIMPUN KONONnya untuk menyatakan SOKONGan.. Patut ke Pak Cik dan Mak Cik ini diHINA sedemikian?


Oh.. Ada ASET lain macam JANAKUASA ELEKTRIK dan jugak 'SALINATION PLANT' KONON-KONONnya boleh diJUAL untuk memBAYAR HUTANG 1MDB tadi! 

  • Bagaimana pulak JANAKUASA ELEKTRIK yang dah nak 'EXPIRED' tetapi diBELI dengan HARGA MAHAL boleh diJUAL dengan HARGA yang lebih TINGGI untuk dapat UNTUNG? 
  • Bagaimana pulak 'SALINATION PLANT' kat luar NEGARA tuh boleh menJANA keUNTUNGan sedangkan OPERASInya di sana dah tentu dengan KOS yang TINGGI kalau pun tak dalam USD?

Itu adalah pemBOHONGan untuk mengatakan SEMUA SYARIKAT yang ada ASET yang BESAR mampu memBAYAR HUTANGnya walaupun seBESAR RM42 BILION.. Nak CONTOH bagaimana seBUAH SYARIKAT yang ada ASET yang BESAR tapi masih KEKAL berMASALAH sehingga kini?


Ya.. Takkanlah anda tak INGAT LOGO SYARIKAT kat atas tuh.. SYARIKAT itu masih lagi berMASALAH sampai sekarang.. Walhal, dulu SYARIKAT itu ada jugak ASET seperti BANGUNAN di tengah KL, berPULUH BUAH PESAWAT dan jugak HOTEL-HOTEL? Apabila 'EVANGELIST' kat bawah nih menerajui SEKEJAP SYARIKAT yang kat atas nih, HABIS diLELONGnya segala ASET-ASET terSEBUT.. 


Namun, apakah LELONGan segala ASET-ASET tadi dah menyelesaikan MASALAH SYARIKAT PENERBANGAN itu? Takdenya.. Takat dapat 'CASH' untuk BAYAR GAJI dan OPERASI untuk seTAHUN DUA lepas tuh RUGI la BALIK.. Yang UNTUNGnya si 'EVANGELIST' tadi le diNAIK PANGKAT pulak sebagai orang yang KONONnya paling 'BRILLIANT' kemudian meneruskan KERJAYA menJAHANAMkan NEGARA dek kerana ke'BANGANG'an INDIVIDU yang jadik PM yang jugak INDIVIDU yang menubuhkan 1MDB itu sendiri! NAMPAK tak ke'BANGANG'an ini anda SEMUA? 

Jadik? 'VALID' lagi ke ALASAN penCACAI dan kerajaan yang mengatakan 1MDB TIDAK berMASALAH kerana ada ASET meLEBIHi HUTANG? Nak 'KENCING' pun agak-agakla.. Bukan SEMUA orang tak pergi SEKOLAH.. Sekarang diBERITAkan,

Wahh.. PeMURAH sungguh Pak Arab nak SELAMATkan 1MDB.. Namun, bukan SEMUA Pak Arab itu NAWAITUnya IKHLAS.. Setakat ini tak pernah lagilah ada terBACA keIKHLASan Pak-Pak Arab nih dalam URUSAN JUAL-BELI.. Kalaula Pak-Pak Arab nih memang IKHLAS, dah LAMA dah Palestin tu kembali ke tangan UMAT ISLAM dan segala pePERANGan kat Timur Tengah tuh dapat diTAMATkan? 

Wallahualam.. 

12 comments:

Unknown said...

Setuju!

Unknown said...

Dulu masa tabung haji beli tanah trx dikatakan nak bail out 1mdb. Rugi katanya. Sekarang bila 1mdb dah dapat pelaburan kata nak lelong tanah sebab nak bayar hutang. Mana satu yg betul? Atau dua dua pun betul?

Ipp expired. Macam barang makan pulak. Yg expired tu kontrak. Bukan ipp. Selepas kontrak habis, buatlah kontrak baru tanpa perlu bebankan rakyat dan petronas.

Audit deloiite tu sebenarnya dah cukup kuat. Tapi ada pulak manusia2 yg kononnya lebih bijak dari akuantan yg kata aset jadi rm52billion sebab intangible aset dan goodwill. Diaorg ni ingat cerita drama tv ke jumlah intangible aset dan goodwill ni boleh suka2 hati nak letak? Alahai....

Nak bagi puas hati, pac dan audit dari jabatan akauntan negara buat keje lagi siasat 1mdb. Lepas tu ada pulak kata kalau tengah audit semua kena beku. Kihkihkih.......diaorg ni penah tahu atau lalui pengalaman syarikat diaudit???.....lepas ni agak2 tak nak bayar gaji pekerja korang...senang je...cakap syarikat tengah diaudit........wakaaaakakkaaaakaaakaaa.......sori bang...jangan marah...nanti cepat tua.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KAH!KAH!KAH! TANAH diBERIkan pada HARGA MURAH untuk diBANGUNkan sendiri, bukan diJUAL bila dah HUTANG berBILION? Kalau tak, kenapa HARI ini MENTERI DATUK Husni KATA nak PISAHkan 1MDB daripada PROJEK TRX tuh?

SEMUA benda ada 'EXPIRED'nya sedangkan manusia pun akan MATI? BODOH punya CACAI! KONTRAK 'EXPIRED' berMAKSUD ASET itu boleh diBELI pada HARGA MURAH tanpa perlu berBELANJA sampai kena HUTANG berBILION? Kenapa tak TUNGGU hingga KONTRAK 'EXPIRED' kalau BETUL nak UNTUNG? Ingat boleh JUAL STESEN JANAKUASA macam JUAL BATERI ENERGIZER?

HEBAT sangat ke AUDIT Delloite tuh? NAMPAK sangat CACAI dok dalam GUA!

http://www.accountancyage.com/aa/news/2112662/deloitte-sued-billions-audit-failed-mortgage-provider

Nak JUMPA PAC pun boleh MAIN 'EXCUSE', nak TUNGGU BERAPA LAMA lagi baru nak SELESAI AUDIT SEMUA tuh? Nak TUNGGU Pak-Pak ARAB PAKAT 'POW' segala TANAH untuk 'BAIL-OUT'?

BODOH punya CACAI, BACA pun TARAK RETI ka? KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

Anonymous said...

Kalau hati sudah hitam, buat aper pon semua salah...

Yang betul pon salah, yang salah nampok betul...

Haiii, dunia...dunia.......

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

MAKAN DUIT HARAM je HATI tak HITAM.. KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

Anonymous said...

Ramai penyokong 1MDB dok viral hutang 1MDB sama syarikat2 lain.. keuntungan syarikat2 lain tu tak diambil kira pulak untuk perbandingan.

Anonymous said...

ade lagi...buruk sangka dan menuduh tanpa bukti yg jelas juga TIDAK menghitamkan hati...juga merupakan amsl terpuji.. KAKH!KAH!KAH!

Anonymous said...

"ade lagi...buruk sangka dan menuduh tanpa bukti yg jelas juga TIDAK menghitamkan hati."

Dah bagi lah bukti yang jelas untuk menolak sangkaan buruk orang tu....bukannya susah pun....JAWAB lah mana pi XX billion tu!

Hari tu aku duk dengar dengar org TUDUH TANPA BUKTI JELAS yang 1MDB tadak duit cash 1 billion tu yang depa duk sebut kat BSI Singapore tu...TAk Sangka betui pulak! Lanun Bugis dah confirm memang takda!

Otak pun dah Hitam agaknya sampai nak Jawab pun tak boleh akibat makan duit haram harta rakyat 42 billion!

Anonymous said...

CIMB/SIME DARBY/Malakof etc tu semua ada cash flow yang cukup untuk servis hutang besar diorang!

1MDB ada?

Ada ke kita dengar CIMB/SIME Darby etc mintak standby credit 1 billion dari kerajaan semata mata nak bayar hutang?

Lagi satu; sebahagian yang lain lain tu syarikat private atau government hanya ada share yang amat sedikit....apa kita peduli kalau diorang hutang banyak pun! kalau diorang bankrap...diorang yang tangggung!

Kalau 1MDB bankrap siap tanggung??? Hutang 1MDB sekarang siapa tanggung???

Unknown said...

Tunggu audit tunggu audit tunggu audit sedangkan Pm dia sebagai penasihat 1mdb dan dia juga menteri kewangan! Jawab soalan mudah pun nak kena tunggu audit? Aku rasa kalau kita bagi budak2 10 hinggit lepas habis duit tu dibelanja, budak2 pun boleh jawab kemana duit tu habis beli ais krim beli gula2 la apa2 la. Tapi bila kita tanya 1mdb hutang 42 bilion beli aset2 semua 27 bilion baki tu pergi mana??? Nak tunggu audit jugak??? Eh budak tadika pun boleh jawab la...kalau menteri kewangan selaku punahsihat 1mdb pun tak boleh jawab baik letak jawatan sebab bodoh tak tahu apa2.

Anonymous said...

Setuju sangat dengan artikel ni.

Anonymous said...

Mungkin dema ni masih tak kenal perangai pak pak sheikh minyak arab ni(bukan semua arab).Dema ni
setengah nya lebih kuat membelit dan menipu berbanding yahudi sendiri!

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS