DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, May 31, 2015

Kalaulah DS Najib jadik JENERAL kat MEDAN PERANG, nescaya HABIS ASKAR dia sendiri akan diTEMBAKnya..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Segala MASALAH yang mengeliling PM kita nih seBENARnya berPUNCA daripada dia sendiri.. EGO PM kita yang meRASAkan dirinya ANAK BANGSAWAN dan JAWATAN PM ini adalah JAWATAN PUSAKA menyebabkan SATU demi SATU keSILAPan diLAKUkan olehnya.. Ini diTAMBAH lagi dengan keEGOannya yang memandang RENDAH terhadap DAYA pemikiran di kalangan UMAT Melayu/ISLAM dan mereka yang berpenDIDIKan TEMPATAN tetapi dia pulak lebih menyanjung TINGGI perADABan BARAT.. Hinggakan para 'PUNAH-Sihat'nya pun diambil dari kalangan MAT SALLEH, Kristian 'EVANGELIST' dan mereka yang berOTAK LIBERAL tetapi PERASAN lebih PANDAI..


Yang JELIKnya, PM kita nih sering mengatakan dia diUJI dan MAHUkan SOKONGan UMAT Melayu/ISLAM dan UMNO setiap kali dia buat 'ROADSHOW' ke seluruh NEGARA untuk MINTAK SIMPATI pasal ISU 1MDB ini? Aik? Bila dah terSEPIT, meLOLONG MINTAK SOKONGan UMAT Melayu/ISLAM tapi yang diPACAK kat KELILING PINGGANG dia sebagai 'PUNAH-Sihat' atau sebagai 'BOSS' kat GLC-GLC yang berMASALAH seperti MAS ialah MAT SALLEH, Kristian 'EVANGELIST' atau pun PUAK yang berOTAK LIBERAL tadi? Tak ke TUNGGANG-terBALIK jadiknya? Mana mungkin mereka ini meRASAkan mereka perlu berKHIDMAT untuk kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM seperti mana PM yang diPILIH oleh UMAT ini semasa PRU? Mereka akan PAKAT BUAT tak TAHU aje la!


Depan PM kita nih mereka memang HEBATlah memPAMERkan diri sebagai PROFESIONAL tetapi HAKIKATnya, SATU demi SATU HAK-HAK dan kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM di NEGARA ini diCABUL oleh mereka.. Bukankah 1MDB itu CONTOH terBAIK di mana para 'PUNAH-Sihat' PM seperti yang diMAKSUDkan itulah yang menCADANGkan penubuhannya, BISNES MODELnya dan jugak HUTANG-HUTANGnya? Sekarang apabila 1MDB ini berMASALAH, boleh pulak mereka LEPAS TANGAN dan PM sendiri tak MAHU mereka ini diSABITkan SAMA?


IRONInya, para 'PUNAH-Sihat' PM ini jugak TIDAK berHUTANG keSETIAan pun dengan dia? Malah, ada yang TERANG-TERANGan berSEKONGKOL menDEDAHkan keLEMAHan kerajaan kepada MUSUH seperti PARTI LAWAN? Apabila PIHAK LAWAN menyerang kerajaan dengan pelbagai CARA dan MEDIA yang mereka ada, ianya langsung tak diJAWAB pun.. Sehinggalah MANTAN PM TUN DR. Mahathir MULA berSUARA dan MARAH tetapi beliau pulak diSERANG oleh PM dan penCACAInya seolah-olah beliau yang meMULAkan MASALAH ini SEMUA?

Inilah JELIKnya PM kita yang berKETURUNAN BANGSAWAN ini walaupun ALMARHUM BAPAnya TIDAK pulak menunjukkan dirinya sedemikian RUPA dahulu.. Nak CONTOH? HARI ini Tony Phua 'CHU Kang' TAMPIL memPERTIKAIkan pulak USAHA kerajaan untuk menyelesaikan MASALAH 1MDB ini dengan memisahkan TRX dan Bandar Malaysia daripada 1MDB menerusi kenyataan seperti berIKUT..


"Instead, it was a blatant attempt to bailout 1MDB with billions of ringgit of tax-payers funds. On top of that, we are made to understand that the motive behind the action was to relieve 1MDB of its overwhelming debt burden. Such a move would be a massive travesty of justice because the Federal Government sold these two properties to 1MDB for only RM194 million and RM1.69 billion respectively, totalling less than RM1.9 billion. Any amount in excess of the above would mean Malaysians have been cheated into financing and bailing out the misadventures of 1MDB." ->KLIK<-

Walaupun Tony Phua 'CHU Kang' menyifatkan TINDAKan kerajaan di atas seperti meROMPAK di siang hari, kita CUKUP yakin TIDAK akan ada mana-mana penCACAI pun yang akan menyerangnya.. Dari segi FAKTA, ada jugak keBENARan dalam kenyataan dia tetapi sudah tentu PM, para PUNAH-Sihat, PEMIMPIN UMNO dan para penCACAI akan memperSETANkan aje.. Mereka hanya akan berTINDAK BALAS jika kenyataan Tony Phua 'CHU Kang' ini diSUARAkan semula oleh orang ini..


HE!HE!HE! Anda boleh LIHAT sendiri daripada perMULAan ISU 1MDB ini lagi.. Bukan TUN DR. Mahathir pun yang MULA-MULA menyuarakan penentangan beliau.. Namun, apabila beliau MULA berSUARA, bukan MAIN HEBAT lagi PM dan para penCACAInya meLOLONG keMARAHan dan menyerang TUN DR. Mahathir.. Sedangkan beliau bukanlah berada dalam kerajaan, KABINET atau pun mengANGGOTAi PAC macam Tony Phua 'CHU Kang' tadi?

Begitulah BANGANGnya PM, PEMIMPIN UMNO dan para penCACAInya dalam menangkis PERSEPSI BURUK terhadap mereka.. Tak CUKUP dengan itu, mereka jugak mengALU-ALUkan jugak bila ada PIHAK yang OTAKnya SEWEL cuba mengambil KESEMPATAN seperti berIKUT..


HE!HE!HE! TENGOK kot mana pun RAKYAT akan TAHU bahawa si OTAK SEWEL yang KONONnya nak kasi HADIAH RM1 JUTA dan NGO HARAMnya itu ialah pengKHIANAT Melayu/ISLAM yang diTAJA oleh DAP La'anatullah dengan SOKONGan para 'PUNAH-Sihat' PM sendiri yang terdiri daripada PUAK Kristian 'EVANGELIST' dan PUAK berOTAK LIBERAL tadi.. Tak TAHUlah pulak kalau PM dan para penCACAInya sebegitu BANGANG menyifatkan TINDAKan si OTAK SEWEL sebegini sebagai satu BENTUK SOKONGan yang TIDAK berBELAH bagi kepada mereka?


MASALAH kerajaan pada hari ini DATANGnya daripada PM seperti Najib TUN Razak yang LALAI dan ALPA dengan MANUSIA yang berada di sekeliling dirinya dan BINInya.. Sebab itulah orang SURUH dia 'RESIGN' supaya MASALAH yang diCETUSkannya TIDAK memBEBANkan orang lain samada dalam PARTI atau pun dalam NEGARAnya sendiri.. Kita TAHU PM kita ini LEMAH kerana SOKONGan terhadapnya 100% adalah PALSU dan keMENANGan TIPIS pada PRU-13 lalu memang memBUKTIkan dia diTERIMA kerana terpaksa.. Namun demikian, MANUSIA ini SIFATnya boleh berUBAH tapi kalau dah diri sendiri tak nak berUBAH, takkan nak SALAHkan orang lain?

Wallahualam..  

6 comments:

Anonymous said...

Ciri ciri pemimpin boneka
hutang banyak2 bukan untuk rakyat
belanja boros
punaisehat warga asing....org tempatan mcm nnpk lekeh jee
bila jawab suka bohong
.....bila dah terdesak terpekik terlolong mintsk otg kampung islam dan melayu
.....pemimpin boneka anwar sljuboori dan najib sama saja....

Anonymous said...

Bodoh sangat ke orang melayu sampai pakai penasihat jenis tahi?????apa selama ni yang bangunkan Malaysia bukan orang melayu ke????kenapa buat roadshow Kat kawasan kampung????kenapa tak gegar London,new York???bangang!!!!

Anonymous said...

Dasar pemimpin tak boleh ditegur. Ego, sombong dan bongkak. Perasan diri bijak tapi clueless. Tak berani berdepan dengan Tun tapi melalak membising merata tempat. Pemimpin takda b*d*k dan hanya berani bercakap tapi takut ditanya.

Anonymous said...

Angkara satu bugis-degil-lagi-bogel nih sumpah melayu akan terpalit kepada semua tatkala kejatuhan kepimpinan melayu-muslim pada PRU14!

Andai ahli dan MT UMNO masih lagi hendak bermain 'playsafe' maka the wrath of the malay-muslims would be 10X worst than what the cinabengs' tsunami!

The feeling on the ground is let the pinnacle of malay-muslims' political dominance crumbled and all hell will break loose and we can start all over again with conditions, the PENDATANGS will have entirely no say except on the basis of anak-bumis' limited hospitality accorded to them.

Najib can go around on a road-show but he should also stayed back and listened to the rumbled where the rakyats seem to just wait to let it burn...

Any 'Tom, Dick and Harry' (Mat, Dol dan Ali) going around the country would have at least feel the sentiment of the rakyats! Do you really think the warning of the next wave of 'ISIS' thing in Malaysia is legitimate given the few thousand kilometres away conflict zone that has nothing to do with nusantara or rather melayu-muslim! The warning is about the blood of the malay-muslims are brewing, albeit not to a boiling point!

Anonymous said...

Lag satu kalau kita flashback kerjaya politik dia ni,kenaikkan nya dalam heiraki politik begitu mudah,dia sentiasa saja diberikan menang mudah oleh perwakilan UMNO kerana dia anak bangsawan dan anak bekas PM !Dengan ini menyebab kan dia bersikap ambil mudah dan seterusnya nya tidak menghargai amanat yg di letakkan pada nya.Senario yg sama berlaku pada seorang sepupu dia Hisham AMARAN Husein.Berbanding dgn pemimpin lain Sprt Ts Muhyiddin.,Tun Maahathir even anak beliau mukhriz .Mereka ini pernah mengalami jatuh bangun ,pernah kecewa,pernah kalah dlm mendaki heiraki dalam politik..Pemimpin seperti ini lebih menghargai amanat yg diberikan pada mereka,,berbanding pemimpin seperti dua sepupu tadi

Anonymous said...

Cuba dok pikiak macamana Tony GIGI ARNAB Pula dan Radzi pondan serta juak juak pembangkang boleh banyak tahu rahsia 1MDB ni sampai boleh buat road show merata negara he? Siapa yg bagi dema ni information kalau bukan para punah sihat najib sendiri?

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS