Monday, January 05, 2009

Akibat dibaling dengan kasut, BUSH membiarkan Palestin diLANYAK Israel?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apabila anda membaca Blog ini, rasanya Semenanjung Gaza sudah hampir hancur diLANYAK oleh bom-bom Israel.. Pak-Pak Arab dalam Liga Arab masih KALUT dan sedang mecari 'AYAT YANG SESUAI' untuk mendraf resolusi untuk dibawa ke PBB.. Rakan-rakan Palestin dalam OIC dan NAM pula hanya mampu sekadar membazir air liur meluahkan SIMPATI dan membuat KECAMAN dari jarak jauh.. Walaupun tunjuk perasaan dilakukan di serata dunia, rasanya tidak akan membawa kesan apa-apa pun.. LANYAK tetap LANYAK..

Ada di antara negara-negara Islam termasuk negara kita mengharapkan negara kuasa besar seperti USA menyuruh Israel memberhentikan keGANASan di bumi Palestin.. Inilah yang seringkali diperdengarkan khususnya oleh Media Prima KONONnya negara kita di bawah pimpinan DS Abdullah Ahmad Badawi masih 'LANTANG' meminta USA mendesak Israel menghentikan keGANASan.. Itu sahajakah yang mampu dilaungkan oleh pemimpin negara kita? Sedarkah kita USA sendiri GELAK TANPA HENTI melihat kepimpinan kita yang 'LEMBIK' cuba menegur mereka.. Berbeza dengan kepimpinan negara sebelum ini yang mengGEGARkan dunia hanya apabila pemimpin tersebut menyebut 'JEWS RULE THE WORLD BY PROXY' di hadapan 51 wakil negara-negara Islam!

Sebenarnya BUANG masa sahaja kita mintak USA melakukan sesuatu untuk menghentikan keGANASan Israel.. Negara-negara Islam begitu BODOH meminta kepada pemimpin yang dibaling KASUT oleh orang Islam sendiri.. Adakah anda tidak TAHU perbuatan sedemikian menimbulkan rasa DENDAM bukan kepalang kepada manusia bernama George W Bush JUNIOR terhadap umat Islam? Untuk meLUNASkan dendamnya, dia biarkan sajalah Israel meLANYAK Palestin yang dia pun MAKLUM seagama dengan pembaling kasut terhadapnya? Tambahan pula, dia bakal berSARA pada hujung Januari ini.. Dah tentu dia tidak perlu bertanggung-jawab sebaliknya Barack Obama lah yang kena JAWAB!

ANDA DIPERBODOHKAN OLEH BUSH TANPA DISEDARI..

Wallahualam..

2 comments:

  1. Memang betul Bush balas dendam Issu Kasut.

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Malangnya KASUT hanya 'senjata' yang tidak menCEDERAkan sebaliknya hanya mengAIBkan..

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan